Showing posts with label Promosi barangan. Show all posts
Showing posts with label Promosi barangan. Show all posts

Wednesday, April 1, 2015

Blogger Bukan Peramal Keuntungan Perniagaan

Hi Korang,

Sejak jadi blogger yang suam-suam kuku yang bajet retis ni, aku memang selalu dapat pertanyaan mengenai bagaimana nak beriklan di blog aku. Alah blog aku bukan ada apa special pun but maybe diorang ni tertarik dengan cara aku menulis kot 

mari-mari join sama saya ini bisnes ye

Hehehehe.. masuk tong drum angkat sendiri, tong drum pecah jatuh terduduk kan.. hahahahaha mongok punye Cik Lily Putih ni tau. 

BUT THIS IS TRUE!!!

Memang sangat banyak. Ada yang nak beriklan di blog, ada yang nak just shoutout di instagram sajor, ada yang suruh review product, ada yang ajak pi food review, ada yang ajak pi resort bercuti kat tempat diorang dan memacam lagi. Tulis pasal bengkel kereta pun hado gak tau. 

So bersyukur sangattt.

Tapi aku tak delah tamak pun, kalau ada kesempatan aku pi buat, kalau aku rasa sesuai dengan content blog aku then aku pi review bukan semuanya aku sapu ek. Sudahnya aku pi rekemen kat blogger lain jelah yang boleh buat tapi kalau client tak mau, nak buat cam ne kan. 

Ini kisah 3-4 minggu lepas..

Client M : saya berminatlah nak beriklan di blog Cik Lily Putih ni

CLP : ermm tak jadi masalah, asalkan kena dengan terms dan conditions ni, saya ok je.

Client M : Pasal bayaran cam ne plak?

CLP : depends pada budget Encik M, kita boleh workout daripada budget yang encik sediakan tuh. Semua ni negotiable. Saya bukan apa, nak tolong orang melayu kita ni je dan tak nak manipulasi harga blogger rate yang lelain. So saya kena ikut harga market yang bersesuaian.

fuh kiri fuh kanan, berkat doa baginda Ali..

Client M : Soal budget tak jadi masalah. Kalau awak cakap RM700-800 untuk satu review ni pun saya ok tapi awak boleh janjikan pulangan berlipat ganda ke daripada amount yang saya bayar pada awak tuh? Contoh macam, saya bayar awak RM700 untuk satu review tapi awak boleh gerenti ke saya boleh dapat pulangan RM7000 pulak.

CLP : gulppp.. (telan air liur kejap) Ni saya nak bagitau pada Encik M la ye, saya ni bukan kerja kat pasaran bursa saham yang boleh ramal keuntungan produk Encik dan saya rasa sepanjang saya jadi blogger ni belum pernah saya dengar ada kursus untuk blogger jadi peramal keuntungan yang boleh janjikan sesuatu bisnes tu maju. 

meh anak tengok, bisnes kita da untung ke tidak ye

Client M : Jadi awak tak boleh bagitau berape keuntungan ROI (return of investment) saya la ye..

CLP : Memang tak boleh la Encik M, saya menulis blog hanya untuk membantu Encik M spread the news all over the internet sahaja, yang lelain berganutng kepada Encik sendiri. Kalau service Encik tak bagus, barang pun tiruan, makanan pun tak sedap, pekerja pun cam jahanam, saya rasa Encik boleh fikir sendirilah ye berapa keuntungan ROI Encik.

Client M : Ermm tak perlah kalau cam tuh, saya boleh cari blogger lain yang boleh menjanjikan R.O.I yang bagus.

CLP : Insyallah kalau Encik dah niat cam tu ye..



Selang 3-4 hari kemudian..

Client M : Salam Lily, saya nak offer lagi sekali projek review tu dengan awak lah..

CLP : Mintak maaf Encik M, saya tak boleh menjanjikan ROI yang cantik ye. Saya takut bila saya accept offer Encik ni saya jadi tak ikhlas masa buat review nanti. Terima kasih

Ko rasa ape??

Sakitnya ku di sini di dalam hati ku. Dah memang kerja blogger ni spread the news mengenai service / food / product yang untuk meningkatkan lagi pasaran menda-menda ni tapi tak delah sampai boleh cakap hah mesti masyuk ni kan. Rezeki ni semua di tangan yang kat atas tuh, kalau dia kata untung then untunglah. Kalau dia kata sebaliknya mesti ada hikmah punya. 

Yang penting usaha untuk memasarkan sesuatu bisnes tuh.

hah meh tengok dalam teluk jampi ni ek

Ok ok lepas ni nak pi cari mangkuk jampi cam Pak Belalang tu ek, untung-untung aku boleh ramal yang aku akan jadi mak tak lama lagi kan hehehhehhehe.. ishk mengarut sungguhlah!

Anyway, korang yang berminat nak beriklan di blog aku ni don't worry la ye. Just email to ciklilyputih@gmail.com untuk info lanjut. Nak review produk sahaja boleh, nak ajak pi makan boleh pendek kata semua boleh ye hehehehhehe

credit photo : google.com