Showing posts with label sharnaaz ahmad. Show all posts
Showing posts with label sharnaaz ahmad. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

Senarai Pemenang Teka Siapakah DUTA Men’s Bioré Double Scrub

Hi Korang,


Ingat tak giveaway yang aku buat baru-baru ni, nah refer entry siapa duta Men's Biore Double Scrub ek

Mesti korang tertunggu-tunggu result bagi giveaway dari blog ciklilyputih ni kan.

Sabo sabo


So Duta Terbaru Men’s Bioré Double Scrub adalah SHARNAAZ AHMAD

Yelah semalam merupakan media launch bagi Men’s Bioré Double Scrub untuk memperkenalkan Sharnaaz Ahmad sebagai Duta terbaru bagi produk tersebut. 

So korang betul ke idok ni kasi jawapan kat aku? Ermm ada yang betul dan ada yang salah.


Berikut merupakan nama 10 pemenang terpantas dan betul menjawab soalan yang aku tanya ni ek

1. Nama: Ahmad Shahril B Jamaludin 
    Email : Shahril1610@gmail.com

2. Nama : Tuan Iskandar
    Email : saya.tarmizi90@gmail.com

3. Nama : Hanim Hashim 
    Email : wanimira737@gmail.com

4. Nama: Aziyatul Ifah 
    Email : aufa_210@yahoo.com 

5. Nama : Wan Syarif bin Wan Rusly 
    Email : syarif_rusly@yahoo.com 

6. Nama : Nur Suraya binti Abdul Karim 
    Email : Sue_pdtp@yahoo.com 

7. Nama :diana rashid 
    Email:diana.rashid36gmail.com 

8. Nama : Lya Akif Imtiyaz 
    Email : lyaaisya@gmail.com 

9. Nama: Mohd Ridzuan B Mohd Ariffin
    Email : mrizuan.marifin@gmail.com

10. Nama: Nor Aishah Mohd Amin
     Email: Akunamatata78@hotmail.com


Tahniah di ucapkan kepada mereka yang berjaya, nanti pihak Kao Biore akan contact korang ye. Tapi kalau di dapati korang ada komen kat blog blogger lain dan menang jugak secara automatiknya korang hanya menang satu hamper sahaja ye, ermm jangan lah tamak kasi chance orang lain jugak ye 

Bagi yang kurang berjaya jangan sedih maybe korang seminit lambat je daripada mereka-mereka ni ek. 

Tak per next time ada lagi contest dan giveaway yang korang boleh join.

Terima kasih kerana sudi join giveaway sempoi kat blog comot aku ni ek hehehehehe




Monday, January 28, 2013

Dapat Jugak Tengok FILEM JUVANA


Hi Korang,

Hah, sape dah tengok JUVANA THE Movie ni? Eleh korang memang advance. Tak macam aku lembab je bab-bab citer melayu ni kan.


Bukan tak dapat pi tengok preview filem Juvana ni dengan media but tak sempat nak pi hari tuh, keje banyaklah awal-awal tahun ni.


Aku ni pun, S.I.L aku yang ajak kalau tak confirm-confirm tunggu keluar kat Astro FIRST jelah.

Sinopsis Filem Juvana:-

Juvana merupakan kesinambungan terhadap drama TV popular Juvana (pemenang Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011).


Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.


Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan.

Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.


Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.

Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain.


Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.

Time tu lah….

Alah ramai yang dah tau kan ending citer ni, siapa mati dan siapa hidup dan siapa kena tangkap balik? So tak yah aku sesusah nak citer. Hehehehhehe

Ok la citernya NOT BAD tapi banyak bercakap sangatlah, patutnya selitkan lah banyak sket action baru lebih gempak. Watak Sharnaaz Ahmad tu memang terbaik oooo. Menjadi sangat, dengan kepala teleng-teleng sekali betul-betul macam psychotic la. Tapi time dia kena belasah dengan Apek tu best, nampak real sangat.

But seriously last part a few minutes sebelum abis tu aku rasa cam tak best plak lah. Cam tak sesuai je

So far Mr Big kasi 3/5 star je coz dia kata action sket sangatlah.


Korang, sempat la nak pi tengok but kena book awal coz filem ni tengah ON baik punya. Penuh je setiap showtime tau.


credit pics from google.com