Friday, October 30, 2026

PROTOX CIKGU AYU Kini Sah Berstatus HALAL & MESTI, Lancar Perisa "MIX BERRIES" Lebih Sihat Tanpa Was-Was

Hi Semua,

Jenama kesihatan popular yang menjadi sebutan ramai, Protox oleh Cikgu Ayu, melangkah setapak lagi ke hadapan apabila produk minuman kesihatan usus mereka kini secara rasmi mendapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM serta sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Berita baik ini diumumkan sendiri oleh pengasasnya, Cikgu Ayu, dalam satu majlis ringkas tetapi bermakna yang diadakan di kilang pengeluaran utama mereka di KP Food Industries, Nilai, Negeri Sembilan. Sempena pengumuman penting ini, pihak Protox turut melancarkan perisa baharu yang paling dinanti-nantikan peminat iaitu Mix Berries.

Menariknya, produk Protox ini bukan wujud secara kebetulan. Ia bermula daripada pengalaman pahit Cikgu Ayu sendiri yang pernah bertahun-tahun merana akibat masalah sembelit yang teruk.

"Macam-macam cara dan produk saya dah cuba untuk clear-kan perut, tapi susah betul nak jumpa yang betul-betul berkesan. Dari situlah tercetusnya idea untuk hasilkan Protox. Alhamdulillah, selepas amalkan formulasi ni, masalah pembuangan saya jadi lancar dan berat badan pun makin ideal," kongsi Cikgu Ayu dengan nada teruja.

Zaman sekarang, ramai yang takut nak ambil produk detox sebab risaukan kesan sampingan atau bahan kimia berbahaya. Memahami kebimbangan itu, Cikgu Ayu benar-benar menjaga kualiti produknya tanpa kompromi.

Bahan Semula Jadi Berkualiti: Protox menggabungkan kebaikan prebiotik dan probiotik untuk menjaga kesihatan usus, serta ekstrak daun senna premium yang membantu proses pembuangan dengan lebih lawas secara lembut dan selesa tanpa menyeksa perut.

Lulus Ujian SIRIM: Produk ini sudah pun melalui ujian makmal yang ketat oleh SIRIM dan disahkan 100% bebas daripada bahan berbahaya seperti Sibutramin.

Sasaran utama Protox adalah untuk membantu anak-anak muda dan masyarakat luar sana yang mendambakan gaya hidup sihat serta bentuk badan idaman.

Bila usus dah bersih, toksin pun keluar. Hasilnya? Badan terasa jauh lebih ringan dan bertenaga setiap pagi. Bukan itu sahaja, bila sistem penghadaman sihat, kulit wajah pun secara automatik nampak lebih bersih dan berseri-seri dari dalam.

Bagi Cikgu Ayu, pengesahan Halal dan MeSTI yang diterima ini adalah janji setianya kepada semua pelanggan agar terus yakin tanpa sebutan rasa ragu-ragu.

"Saya buat produk ni ikhlas nak bantu orang yang senasib dengan saya dulu — yang susah nak buang air besar dan stres dengan berat badan. Dengan adanya sijil Halal dan MeSTI ni, ditambah pula dengan perisa baharu Mix Berries yang sedap, saya harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat manfaatkan Protox dengan rasa tenang dan selamat," kata beliau menutup bicara.

Bagi yang ingin mencuba atau mendapatkan maklumat lanjut, produk Protox kini boleh didapati secara meluas menerusi platform TikTok Shop dan Shopee rasmi Protox Cikgu Ayu.



No comments :