Showing posts with label samsung product. Show all posts
Showing posts with label samsung product. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Sukanya Lina Teoh Dengan Samsung Eco Bubble

Hi Korang,

Aku memang teringin nak mesin basuh yang ade cermin (front load) kat depan tuh. Macam seronok je kan, bila dapat tengok kain berpusing-pusing dengan sabun tu kan.

Boleh nampak segala-galanya

Nie korang tengok video ni ek.



Bila aku tengok video youtube pelakon LINA TEOH ni mengenai betapa sukanya dia dengan mesin basuh Samsung ECO BUBBLE ni, rasa cam best plak lah.

Tup-tup macam nak paksa je Mr Big angkat satu letak kat rumah ni.

Mintak-mintak dapatlah ye... Amin..



Friday, August 3, 2012

Review | Samsung Smart Camera WB 1507

Hi Korang,

Kenapelah aku boleh terlupa post pasal review camera ni ek? 

Ishk nampak sangat dah tua kan. Itu yang aku duk fikir tuh mana plak entry ni hilang, rupanya dalam DRAFT folder lagi. Teruk betul lah.

Samsung Smart Camera WB 1507

Ermm dengar nama pun dah terasa mesti smartnya camera keluaran dari Samsung ini. Saiz macam digital camera biasa but functionnya seolah-olah seperti DSLR.


Ok jom tengok apa lagi function yang ada ye. Aku cuma guna function yang aku tau dan guna je.




Lagi satu Camera WB 1507 ini mempunyai function untuk mengedit photo. Maknanya tak payahlah kita nak tansfer gambar ke PC then baru boleh edit. Tak payah! Dalam ni semua ada. Nak masukkan segala mak neda effect pun boleh, based on template yang telah pun di sediakan.













Cantik tak? Of courselah cantik kan. Dari satu gambar boleh gunakan banyak background. Jimat masa untuk editing, ye tak?


Lepas je edit, terus je upload kesemua gambar-gambar ni ke social media. Korang boleh upload ke Facebook ke Photo Bucket dan memacam lagi lah sebab camera ini ada function WiFi kan. 

Rasa-rasa cam nak angkat satu tak? Kalau nak, baguslah sebab harganya tak sampai RM1K pun. Sesuai untuk lifestyle blogger cam aku yang kaki event ni kan.


So sekian sahaja yang dapat aku review sebab part technical tu aku pun bukan pandai sangat, kang salah bagi info abis aku kena kejar dengan orang Samsung plak.

Untuk more details, log on to www.samsung.com.my segala mengenai Samsung Smart Camera WB 1507 ada kat sana ye.


Tuesday, July 17, 2012

Dapat Review Samsung GALAXY Mini 2

Hi Korang,

Semalam ada PR company datang office lagi. Ingatkan kenapa lah plak kan. Dia tak cakap pun. 

Tup-tup je abang despatch keluarkan envelope kecik je. Bukak-bukak je

jeng jeng jeng

Samsung GALAXY Mini 2

Hah ade handphone tuh. hehehehehe tapi bukan lah smartphone kan. So apa lagi kena review lah selama 2 minggu.

So far not bad jugak functionnya. Sukalah

Ok nanti aku citer lagi pasal tepon kuning ni ek


Saturday, June 23, 2012

Tak Sangka Dapat Lagi

Hi Korang,

Memang tak sangka aku boleh dapat buat review gadget lagi. 

Sepatutnya semalam aku pi office Nuffnang untuk amik printer untuk direview dan tiket London Musical tup-tup diorg suruh sign satu surat plak. Aku tak baca pun, pakai sign je sambil borak-borak dengan diorg ni. Bila nak balik je, ada plak satu kotak kecil atas printer tuh lah tengok2 menda ni plak.


Hak ko memang tak sangka, dapat jugak review Samsung Digital Camera WB150F ni. Terperanjat dibuatnya, nak gelak pun ada. ehehheheh

Ni pun belum try lagi still duk godek2 function, maklum lah camera ni function dia macam DSLR ooo tu yang pening2 sket tuh.

Ok nanti aku citer sket demi sket pasal camera ni ek. Kalau korang nak tau apa-apa pasal camera ni, bagitau ek aku akan cuba settle kan.

Seriussss still cam tak caya lagi ni

CLP notes : Nak jadi blogger mestilh rajin dan sabar kan, so baru lah sentiasa murah rezeki. Ingat tu korang ye




Friday, June 1, 2012

Rumah Lebih Bersih Dengan Flexi Slim, NaviBot-Silencio Dan Aquatic Vacuum Cleaner


Hi Korang,

Wanita-wanita yang bertitle ‘ISTERI’ macam aku ni, salah satu tanggungjawab dalam rumahtangga ialah menjaga kebersihan rumah. Kalau rumah berabuk, kotor korang rasa ada tak orang nak masuk kan. Bukan setakat masuk ntah2 lalu pun tak hinggin kan.


Betul tak apa aku cakap, mestilah betul kan. Macam rumah aku ni, dah lah tinggi melangit, depan tu plak ada construction so haruslah berhabuk sepanjang masa kan. Memang kalau aku pepagi dah sapu dan mop lantai, cabinet bagai kan tup-tup petang dah berhabuk balik. Itu yang aku sakit nau hati di buatnya.


So Mr Big malas nak dengar aku membebel pasal habuk2 ni, dia dengan rasa rajinnya vacuum rumah setiap hujung minggu. Ye aku tak tipu. Dia memang tolong aku buat keje ni. Sebab dia rasa vacuum tu very effective daripada penyapu dan mop untuk hilangkan habuk. Habis semua celah sofa, kerusi meja makan, langsir dia sedut lah kan.

Biasalah vacuum pun dapat free kan so selalulah meragam. Beg buang habuk tu koyak lah, mesin jadi panas, berat nak tarikla pendek kata memacam lah. Tapi sabar jelah coz tak de masa nak survey vacuum baru kan.


So baru2 ni ktorg berdua dijemput ke Samsung Smarter Cleaning Solutions kat Micasa Hotel, KL. Macam tetahu je aku tengok survey vacuum kan. So haruslah pegi coz Mr Big yang excited pasal gadget ni sebab dia yang nanti buat keje2 vacuum ni nanti


Ktorg di perkenalkan dengan 3 jenis vacuum dalam Family Gadget Family ni. FlexiSlim, NaviBot-Silencio Robotic dan Aquatic. Sekali imbas pandang macam hiasan rumah je tapi rupanya vacuum cleaner.

Meh aku citer satu per satu kan korang ek


FlexiSlim (RRP : RM599)
Kalau tengok memang nampak macam speaker je. Kurus dan tinggi. Slim design yang pengguna simpan kat memana je. Dia gunakan sistem twin chamber yang dapat mengumpulkan debu dan habuk dengan lebih baik dan aliran udara yang di reka secara cyclonic akan memisahkan udara dan habuk secara mendadak.


Vacuum cleaner ‘FlexiSlim’ ini juga menawarkan pengguna kefleksibilitian  untuk membersihkan mana-mana sudut rumah dengan adanya vacuum unik yang kecil sedikit yang boleh ditanggalkan dari bahagian yang tersembunyi di kerangka badan vacuum. FlexiSlim ni is rechargeable dan ianya lebih dua kali lebih panjang masa berjalan daripada stick vacuum cleaner yang konvesional.


NaviBot – Silencio (RRP : RM2,499)
Ianya merupakan robotic vacuum cleaner. Dua CPU chip kawalan telah di pasangkan di bahagian badan NaviBot ni supaya ianya dapat mengawal pergerakan secara bijak. Maknanya ia akan bergerak dengan sendiri mengikut setting yang telah kita setkan. Yang best ia boleh kemana sahaja disebabkan saiznya yang kecil dan mampu ke merata sudut yang diseluruh rumah yang ada binatang peliharaan macam kucing ke anjing ke hamster ke sugar glider ke kan.


Eventho batterinya abis dengan tetiba then recharge. After recharge, NaviBot akan sambung balik kat mana yang dia stop tadi coz dia ada memory baik punya yang tersimpan kat CPU chips tu kan. Walaupun ianya robot tapi dia bekerja secara senyap langsung tak bising tau


Aquatic (RRP : RM1,499)
Kalau tengok gambar nampak cam biasa je but functionnya ermm terbaik. Sebab apa di panggil aqua? Sebab vacuum ni gunakan air sebagai one of the filter. Nak bersihkan pun senang sebab segala habuk akan jatuh ke dalam air so just cuci bahagian filter yang berair tu dan keringkan. 


Senang kan.  Korang leh nampak segala kotoran degil tuh dalam filter air tuh.


Hah ko sekali 3 type diorg demo kat ktorg ni. Tercengang-cengang jugak nak pilih yang mana satu. Semuanya best2. Tapi Mr Big lebih minat kat NaviBot tu coz senang je. Tekan remote dan terus jalan kan. Aku prefer yang Aquatic ni sebab boleh nampak segala kotoran yang di vacuum kan. Tengoklah cam ne nanti yang mana satu ktorg pilih kan.

Alah korang kalau minat or nak tau lebih lanjut boleh klik kat www.samsung.com/myRasanya ada banyak lagi home appliance yang diorg ada kan.

Wednesday, May 30, 2012

REVIEW : Samsung Galaxy SIII Buat Video Sambil Ambil Gambar Secara Serentak

Hi Korang,

Ini review kedua untuk Samsung Galaxy SIII ni. Aku ni bukanlah tech blogger kan so review pun ikut apa yang aku reti buat je.

Semalam masa dating dengan blogger frens kat KLCC, aku sempat buat video sambil ambil gambar. Memula banyak try and error pas dah lelama tuh baru pandai sket kan.

Meh layan video suka-suka ktorg ni ek


Cuba korang tengok lagi sekali, jari aku dua kali tekan button camera tu kan. Itu maknanya sambil video sambil tu jugak lah aku capture gambar kan dan hasilnya tetap sama dengan video yang aku ambil tuh.

Korang jangan gelak-gelak ek, ini hasil je blogger amatur je tau.


Yang ni plak video Start-up on Samsung Galaxy SIII. Macam best kan. Sila maafkan saya sebab screen tu terlalu terang sampai boleh nampak gambar aku tengah pegang camera tu kan.

So terjawablah soalan dari Cuba Teka dan Hazman mengenai Samsung Galaxy SIII ni. Kalau korang ada lagi soalan untuk aku tentang gadget terbaru dari Samsung ni baik bagitau cepat sebab aku dah nak kena pulangkan smartphone ni balik ye.

CLP notes : Baru aku tau betapa susahnya nak buat video kan.


Monday, May 28, 2012

REVIEW : Samsung Galaxy SIII Gunakan Micro Sim Card Untuk Berfungsi


Hi Korang,



Mesti koranG dah tau kan yanG aku dapat peluang untuk buat review mengenai Samsung Galaxy SIII ni selama 2 minggu. So haruslah aku gunakan sebaik mungkin.


Masa memula dapat buka je kotaknya kan, aku terus masukkan sim card yang biasa kita gunakan untuk telefon lain. 



Cuba punya cuba but still tak boleh nak masuk jugak. Rupanya saiz tempat slot sim card tu lebih kecil dari biasa. 


So aku terus je Google di internet mengenai masalah ni. Rupanya aku kena gunakan Micro Sim Card. Oooo patutla tak boleh masuk tadi. Jawabnya harusla aku dapatkan sim card baru untuk gunakan Samsung Galaxy SIII ni kan. Bukan tak boleh potong je normal sim card tu tapi bila nak guna balik telefon lama kan dah susah kan, dan lagi charge untuk potong sim card tuh RM10.00 tau.

Tengok sama besar je kan.


Tengok terus je boleh masukkan micro sim card tu ke tempat slotnya.Memang just nice je masuk kat tempat tuh.


Once dah dapatkan micro sim card dari kedai telefon, terus je aku boleh ON kan. Tengok start up punya montaj pun dah buat aku kagum kan. Aku dapat yang Marble White. Cantik betul berkilat sungguh.


Samsung Galaxy SIII ni di datangkan dengan accesories seperti charger, transfer cable dan earphone. 

So stay tune untuk review aku mengenai Samsung Galaxy SIII ni. Banyak features yang menarik dan sesuai untuk korang yang aku nak kongsikan tau. Tapi tak delah details sangat coz aku bukan tech blogger. 


Thank you Samsung for this special review ni, aku akan cuba tulis sebaik mungkin dan sebanyak info mengenai gadget terbaru keluaran Samsung ni.


Oh ye, apa-apa yang korang nak tau mengenai Samsung Galaxy SIII ni leh komen kat bawah ni then aku akan cuba jawab sebaik mungkin ye.



Tuesday, May 22, 2012

Samsung Digital Camera DV300F Sesuai Untuk Kita-Kita Aje


Hi Korang,

Ingat tak entry aku pasal Camera Samsung DV300F ni. Alah korang ni memang tau asyik lupa je dah macam aku plak gamaknya. Meh klik entry yang aku hang out dengan Samsung Team ni.


Hampir 3 minggu aku gunakan camera ni. Pada mulanya cam kekok gak but lepas 3-4 jam godek segala mak neka button, terus aku khatam dah semua function kan.

Meh tengok function dalam Samsung Camera DV300F ni

Basic Programme - HD tau

Ada Editing Features - Tak yah nak edit kat PC kan, Sini pun boleh

Ni plak apa jenis gambo yang korang nak amik

Ada LCD Screen kat depan, so kalau nak amik gambo bebudak diorg leh layan kartun tu kan. Mesti dirog senyum je kat depan kamera. Ada bunyi dan kartun tu bergerak2 ye.

Shared function - Dengan camera nie segala gambo leh di shared ke mana2 Samsung device, camera ke smartphone ke janji mesti ada WiFi

Yes, ini yang best. Lepas amik gambo terus leh share kat media social yang ada nie. Macam facebook, youtube dan memacam lah. Kejap je dah appear kat Facebook wall aku dah cuba dah.

16.1 Mega Pixels mana tak cantik gambo2 ni semua kan.

Ini je accesoriesnya. Simple kan. Satu untuk charge dan satu lagi untuk transfer gambo.


Best kan, semua function dalam camera ni very user friendly. Tak susah mana pun. Senanglah. Aku memang suka betul lah camera ni. Nampak cam compact biasa but features awesome  sungguh.


Masa nak pulangkan camera ni, ai memang sedih betul. Mana taknya dah macam hakmilik sendiri dibuatnya kan. Nak tak nak kena pulangkan jugak mengikut perjanjian.


Hah,korang mesti sibuk2 tanye aku berape harga kan? Alah RM699 je 1 set. Murahkan. Itulah aku rasa pun aku nak angkat gak satu lah

Anyway thank you to Samsung coz sudi bagi this special opportunity kan. Hopefully kalau ada lagi gadget2 nak review, pas pas lah kat aku kan. I sedia berkhidmat untuk Samsung!.

CLP notes : Aku memang tak nak tulis pepanjang coz korang mesti suka tengok gambo dari baca kan. Dah layan je gegambo nie. Kalau ada apa nak tanye, nanti komen ek.