Showing posts with label samsung product. Show all posts
Showing posts with label samsung product. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Dapat Review Samsung Smart Camera DV300F

Hi Korang,

Nak citer nie..

Untuk 2 minggu ni, segala gambo2 dalam blog aku ni akan di ambil dengan


Samsung SMART Camera DV300F

So far, memang terbaik sekali. Siap ada kartun untuk amik gambo anak2 ye. Dual screen. Depan belakang pun boleh.

Anyway thanks Samsung..






Tuesday, April 24, 2012

Jom Try Samsung Smart TV Secara Percuma.


Hi Korang,

Ingat lagi tak yang aku jadi pelakon iklan Samsung Smart TV tu kan.

Sekarang korang pun boleh tengok dan rasa camner rupanya Samsung Smart TV tu kan. Sangat best kan. Masa launching hari tuh, ramai betul teruja dengan TV yang super duper canggih ni kan.

Korang pun boleh rasai kehebatan Samsung Smart TV ni. Betul ni aku tak tipu lah. Korang boleh singgah di tempat yang aku mentioned kat bawah ni pada tarikh dan masa berikut :

See, Listen, Do! With Samsung SMART TV



Date     : Saturday, 28 April 2012
Time     :  Session 1      12.00 – 1.00p.m. Best Denki, 1 Utama
                                         Session 2      1.00 - 2.00p.m. SenQ, 1 Utama

Korang cuma cakap Hi TV, Power On, gerak-gerak tangan sket dan korang dah masuk ke dunia interactive yang begitu unik sekali

Siapa cepat dia yang dapat coz ist a first come first served basis.

Apa lagi meh bawah family, kengkawan dan sesiapa je untuk try Samsung Smart TV ni.

Aku mungkin ada kat sana kot coz Mr Big duk sibuk nak cuba Smart TV ni.
                         
Stay tuned to the Samsung U-nivez Facebook page at http://www.facebook.com/#!/SamsungUnivez and Samsung official website http://www.samsung.com/my for updates on the Samsung SMART TV.

Kalau tak caya, meH cHeck it out entry aku pasal Smart TV ni



Jom ek..



Monday, April 9, 2012

Samsung SMART TV, Rasa SMART Sangat Hidup Ini


Hi Korang,

Rasanya korang mesti tau yang aku ni memang kaki TV. Mana taknya nama blog yg dulu pun si gila tv kan. Haruslah hidup mati dengan TV je. 



So Samsung Malaysia invite ktorg blogger Nuffnang Gplusmy ni untuk mereview produk terbaru mereka The Samsung LED Series 8000Smart TV. Nampak macam TV biasa2 je but bila ON ermm terus terkesima kejap.



TV ni memang slim betul, screen saiz ada 46” dan 55”. HD lah beb semua tu gambo semua cantik-cantik belaka. Ada camera yang boleh kita amik gambo sekeluarga ke buat video dan ada mic jugak kalau nak berkaraoke. Built In Wireless, ada headphone, USB function dan segala macam function lah.


Samsung SMART TV ni memperkenalkan 3 unique features yang menarik iaitu Motion Control, Voice Control dan Face Recognition. So maknanya dah tak payah guna remote lagi. Semuanya boleh guna voice commands dan guna tangan je sebagai pengganti pasal remote tuh.


Voice Control
Korang sebut je apa function yang korang nak buat then the screen akan bertukar dengan sendirinya. Kira macam korang bercakap dengan TV tu lah. Simple commands macam HI TV, VOLUME UP, CHANNEL DOWN dan memacam lagi lah.


Motion Control
Hah ni best, korang leh control everything dengan guna tangan je. Lambai kiri kanan, atas bawah, genggam tangan, gerak badan sket dah bertukar kepada apa je yang korang nak. Alah macam main Kinect Xbox tuh. Sambil tu boleh lah exercise sket kan. Gerak sana sini.


Face Recognition
Hah penting, sebelum korang setup untuk semua Samsung Apps dalam Samsung SMART TV ni, korang kene create password untuk guna semua function dalam ni. Tak payah key in password, scan je muka korang kat TV ni then dah jadi password. Maknanya kalau nak ON internet ke apa kan, mesti guna muka korang lah, so tak de lah orang lain misuse details korang dalam TV ni.


Bukan SMART TV lah kalau tak de function 3D. Ada memang ada tapi ni yang best ni, dia ada 3D converter. Which is kalau movie yang korang pasang tu bukan 3D, function ni boleh tukarkan view jadi 3D. Best kan. Lagi plak 3D spec tu ada yang boleh adjust 3D punya view tuh.


Selain dari 3 features yang syok ni, dalam Samsung Apps juga ada 1,400 apps yang korang boleh guna thru internet. Macam facebook, twitter, skype, youtube jugak. Ada juga apps untuk berkongsi citer dalam Family Story, menjaga kesihatan on Fitness dan juga program untuk kanak-kana Kids Home. Dengan adanya built in camera dan mic rasanya semua family member dalam umah tuh akan enjoy dengan Samsung SMART TV ni kan.


Harga plak dalam anggaran RM20K ke bawah but pihak Samsung tak nak reveal dulu coz takut aku pi beratur kat kedai nak harga diskaun kan hehehehhe



Bagi aku Samsung SMART TV ni all in one. Boleh tengok TV, surfing internet, boleh bersenam, tau dunia luar, communicate with family and friends dan memacam lagi lah. Kiranya korang dah tak yah kuar umah. Semuanya ada dalam Samsung SMART TV ni dan korang leh enjoy sekeluarga.

CLP notes : Nanti dah siap iklan Samsung yang aku berlakon tu aku bagitau korang ek.

Thursday, December 15, 2011

Samsung Series 7 CHRONOS Notebook Yang Terbaik Di Pasaran

Hi Korang,

Semalam sempat juga aku ke Series 7 CHRONOS Notebook dari Samsung ni di Double Tree Hotel KL. Ermm cantik jugak hotel but a bit confius sket coz kena tukar banyak lif untuk sampai ke 10th floor ni.


Samsung Malaysia electronics selaku salah satu syarikat media digital dan teknologi, telah pun melancarkan Siri premium yang menakjubkan iaitu 7 Chronos Notebook yang menjanjikan kelajuan yang sangat luar biasa, prestasi yang maksimum dan mempunyai paparan berkualiti tinggi.


Dengan salutan chasing aluminium yang menarik serta nipis, kapasiti Series 7 Chronos Notebook ni menggunakan Intel Core Quad Core l5 yang merangkumi teknologi ExpressCache, menyediakan tambahan 8 GB  memori pada motherboadnya. Ini membolehkan ianya lebih cepat strat-up serta meningkatkan prestasi keseluruhan melayari internet 2 kali lebih cepat dan ianya mengambil masa 2 saat je untuk start up.


Bercakap pada perlancaran tersebut Mr Kwon Jae Hoon, Pengarah Urusan untuk Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd berkata

“Berikutan kejayaan Notebook Series 9 kami yang menakjubkan, kami mengembangkan rangkaian notebook premium kami. Dengan Series 7 Chronos Notebook ini, kami telah padankan dengan ciri-ciri baru yang berkuasa dan rekabentuk yang istimewa sesuai dengan kecemerlangan Samsung.

Matlamat kami adalah untuk mewujudkan komputer riba yang bukan sahaja memberi inspirasi dan menyempurnakan kehidupan para pengguna tetapi juga komputer riba yang memenuhi pelbagai permintaan pengguna dan segmen pasaran yang berbeza“



Ermm memang canggih lah Samsung notebook ni. Aku dah cuba semalam masa launching tuh. Spec yang mantap dan laju. Even sound system pun dah macam home teater.  Features nampak sama but Samsung notebook nampak memang exclusive betul. Chasing aluminumnya memang tip top lah.


Harga? Of course lah berpatutan kan. Mengikut harga pasaran notebook sekarang ni. RM 3600 tu memang worth it dengan apa yang di tawarkan.

Apa lagi moh le angkat satu. Aduiyai banyak plak aku nak beli lah dah hujung2 tahun nie. Mentang2 duit bonus nak kuar tak lama lagi kan.

Hehehehehhe

Anyway thanks to Nuffnang and Samsung for invite aku. Hopefully if ada event Samsung lagi do invite me yeah.

For more information, please visit http://www.samsung.com/my.