Showing posts with label limited edition. Show all posts
Showing posts with label limited edition. Show all posts

Tuesday, June 30, 2020

Sandwich Perisa #TambahPedas Kini Di SUBWAY® MALAYSIA Ermm Limited Edition Jer Tau

Hi Korang, 

Ada sini pencinta Subway? 


Kak lily kalau perut dah terasa gemuk 2-3 hari sebab asyik makan nasi so kak lily akan selangkan dengan menu sandwich Subway untuk makan malam 2-3 malam, kengkonon tak delah rasa bloated sangat kan. Nampak macam sket tapi pengenyangkan giler wei hehehe.. 

Kenyang wei, walaupun roti, protein sket dan sayur-sayuran namun ianya #simplebutmarbeles 

balik-balik terus makan sebab lapar sangat, ermm sedap wei. untuk kak lily tak sangatlah pedas nyer hehhee.. agaknya kalau mintak sos banyak mest pedas kan

Bagi si kaki pedas ada berita baik untuk korang, Subway® Malaysia kini melancarkan rangkaian Hot & Spicy Subs edisi terhad #tambahpedas, yang memberikan pengalaman yang lazat.. 

Hot Pepper Chicken

Spicy Mayo Chicken

Berikutan dengan penambahan 12 bahan baru segar ke menu Subway Malaysia, termasuklah kepingan cili pedas dan sos berasap, menu baru Spicy Mayo Chicken ada Hot Pepper Chicken bakal menambah selera rakyat Malaysia. 

Subway Malaysia Country Director, Samad Shariff berkata, sandwic edisi terhad ini dibuat untuk menggembirakan rakyat Malaysia dengan pilihan yang lebih menarik dan mencerminkan komitmen untuk memenuhi selera rakyat Malaysia, termasuklah mereka yang menyukai makanan pedas. 

“We at Subway know how much Malaysians enjoy adding more spice to our food – the spicier, the better! We knew we had to take it up a notch by offering these limited-edition subs,” kata En Shariff. 

“As a lover of spicy food myself, I encourage Malaysians to #tambahpedas and challenge their pedas level by trying out the new subs and adding more chilli flakes!” 

Subway’s Spicy Mayo Chicken mengandungi ayam yang diperap ke dalam Southern-inspired creamy remoulade dan tangy roasted Hot Pepper sauce di letakkan sekali di dalam kepingan ayam lembut ini 

Jadi apa tunggu lagik!! 


Jom kita sama-sama cuba Sandwich Hot & Spicy dan kongsikan penglaman korang di media sosial dengan hashtag #tambahpedas. Sandwich perisa edisi terhad ini boleh didapati secara dine-in mahupun takeaway dari semua restoran Subway atau melalui penghantaran melalui Foodpanda dan GrabFood mulai hari ini dan seterusnya. 

Untuk mengekang penyebaran Covid-19, Subway Malaysia memiliki prosedur keselamatan, keselamatan, dan kebersihan yang ketat. 




Monday, April 15, 2013

Harper's Bazaar Malaysia Limited Edition Lanvin Me Box Set


Hi Korang,

Dah lama nak citer tapi tak terciter plak.


Tau tak majalah Harper’s Bazaar Malaysia untuk bulan April ni ada special gift macam freebies junkie cam korang ni tau.

Betul la, tak tipu.

Tengok ni


Besar, tebal dan keras kotaknya tau.

Meh tengok apa ada dalam



1. Harper's Bazaar April 2013 issue                                        
Tebal tuh lebih kurang 500 pages. So boleh aku tau pasal fashion lagi, barulah up to date.


2. Harper's Bazaar Limited edition notebook
Notebook lagi, bertambah lagi koleksi kan. Nanti aku dermakan kat korang ek

3. Harper's Bazaar vanity case
Boleh dijadikan make-up bag ke, toiletries bag ke, charger bag ke kan



4. Lanvin Me miniature perfume
Dapat parfume oit. Walaupun comel je tapi baunya sedap lah. Boleh letak dalam handbag ni


5. The Beauty Look Book for Spring/Summer 2013
Dapat tengok fashion terkini musim Spring untuk tahun ni

Korang nak gak?

Ntah aku pun tak sure nak bagitau korang kat mana nak beli coz aku sendiri pun kirim kat budak beauty blogger Choulyin belikan kat area Hartamas Shopping Centre tuh.


Biasalah majalah limited edition ni banyak kat kedai-kedai buku yang ada nama macam Times, Borders, Kinokuniya, MPH.

Murah sesangat tau, cuma RM15.00 je semua tuh.

Cubalah try luck korang, mana tau ada lagi terselit celah-celah bookself kedai buku tu kan



Tuesday, December 4, 2012

Samsung Super Sweet BFF Party Yang Best!

Hi Korang,

Dah tua-tua pun minat jugak dengan Hello Kitty, biar betul aku ni kan. Hehehe memang pun aku minat dengan Hello Kitty ni. So cute bangat!


Bila dapat invitation ke Samsung GALAXY Y yang ada Hello Kitty limited edition memang dah seronok dah but tak de plan nak pakai costume pun, cuma pakai cermin mata pink itu je. Simple sangat.




MrBig haruslah tak nak pi kan coz event girly cam ni, so aku kene cover event ni sendiri, nasib baik ada budak kat opis Mr Big ni sudi temankan aku so dia kita cam BFF aku masa event ni.






Lepas je register, baca dulu itinerarynya which is all about girls stuff, apa yang sesuai dibuat when hanging out with BFF kan. Ada face painting, makeover session, nail painting, tattoo, photos, best dress dan yang best sekali makan lah kan.


Jojo struys selaku MC memang sangat sweet dengan baju pinknya, Mr Vincent Chong pun ada untuk kasi some speech mengenai event hari tu dan Samsung GALAXY Y ni.


Sambil tuh, meh aku citer sket mengenai Samsung GALAXY Y, Hello Kitty limited edition ni

1. Android 2.3 Gingerbread platform, 832MHz processor
2. Large 3" TFT LCD touch screen
3. 2GB inbox, memory up to 32GB via MicroSD card.
4. 11.5mm thin, with a iconic Hello Kitty illustration on the back cover and logo on home button. 


Ini sebahagian je, ada banyak lagi features yang best tau.






Aku dengan Yan tak lepaskan peluang untuk cuba segala booth yang ada. Ktorg sempat buat nail painting, face painting, photos dan makan-makan lah apa lagi.






Tengoklah punya ramai yang beratur, but aku still tunggu gak kan until my turn.

Tak lama pas tu, Jojo dah announce 10 BFF finalist untuk best dress. Cantik-cantik belaka dan memang hardcore peminat Hello Kitty ni.


So ini sebahagian daripada 5 pemenang yang berjaya membawa pulang handphone Samsung GALAXY Y ni kan, BFF pun dapat sekali tau. Jeles I, kalau ku tahu memang dress up abis-abisan lah.



Eh event tak abis lagi wokeh tau, ktorg dapat tengok wayang 3D lagi citer ‘Rise Of Guardian’. Memanglah citer kartun but best ooo. Sound system dan 3D effectnya betul-betul hidup sangat.


Eh, tak pulang dengan tangan kosong tau. Dapat pink goodies bag yang comel. Memacam ada kat dalam, khas untuk kita-kita orang pompuan ni.

with yana dan sharon 



Terima kasih bebanyak kat Samsung coz sudi jemput aku ke BFF Party ni. Hopefully ada lagi event sebegini lagi ek in future..


Samsung GALAXY Y Hello Kitty limited edition ni dah pun berada di pasaran mulai 26 November 2012 dengan harga RM419 di semua Samsung Mobile Brand Shops.

So sweet!

Special UPDATE!

Eh ada lagi, kalau korang nak menang trip secara FREE ye PERCUMA ke Sanrio Hello Kitty Town kat JB, korang boleh klik kat sini ye sini http://goo.gl/1vBlZ untuk dapatkan info pertandingan dengan lebih lanjut tau. 

Alah register dan jawab soalan ye tau. 

Aku pun nak cuba, mana tau kot-kot ade luck kan..



Thursday, November 29, 2012

Jom Ke Samsung GALAXY Y Hello Kitty Launch Weekend Ni

Hi Korang,

Aku tau ramai giler yang minat Hello Kitty ni kan. Bukan kata korang, aku pun sama. Kan dulu Mc Donald ada promotion Hello Kitty figure kan, hah aku still ada lagi collection Hello Kitty ni lagi tau sampai sekarang.


Tup-tup dengar plak, Samsung Mobile akan keluarkan handphone Hello Kitty (limited edition) lagilah syiok kan.

Dalam hati berfikir mesti comel sangat, siap aku google kat internet tengok cam ne rupa bentuk handphone Samsung GALAXY Y ni.


Ini lah rupanya Samsung GALAXY Y Hello Kitty ni.

Cantik wokeh, comel yang penting. Pinky gitu auchh girly sangat.

Ada plak launching untuk peminat tegar Hello Kitty ni kan, haruslah tak lepaskan peluang mestilah pergi punya.


Date : 1st December 2012

Time : 2.30pm – 7.00pm

Venue : GSC Pavillion, KL

Wei korang pun mesti terexcited sama cam aku kan, dah macam budak kecik plak aku rasa.

Nak dapatkan exclusive launch passes?

Boleh je dong. PERCUMA sahaja.

Just daftar kat http://goo.gl/8bzzQ (FB Samsung Apps)

Isi apa yang patut, details korang lah. Then tekan butang SUBMIT.

Itu je, senang kan.


Bukan setakat dapat pi launching je malah ada activities untuk girly-girly macam kita ni. Ada fashion show, manicure, theme party, movie screening dan memacam lagi yang sesuai di lakukan bersama BFF korang tersayang lah.

Apa lagi moh cepat kita register kat http://goo.gl/8bzzQ (FB Samsung Apps).

Hopefully dapat pas masuk ke Samsung launching nie ek.

Jomla korang ikut aku ek..