Showing posts with label diary 2012. Show all posts
Showing posts with label diary 2012. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Main Tampal-Tampal

Hi Korang,

Mama selalu bising yang dia tak dapat tengok gambar yang kita amik masa pi travelling ke outing dengan family kan. Yelah mana taknya, nowdays kan semua letak kat facebook mana main yeopp nak pi cuci-cuci gambo kat kedai. 

Ktorg pun pi lah cari frame beso kat Ikea masa shopping last 2 week. Gambar-gambar plak aku pi print kat kedai. Banyak gak yang aku print.

Malam tadi ktorg pun duk mengerjakan frame beso nie. Aku duk tang gunting dan Mr Big jadi tukang susun. 


So inilah hasilnya setelah 2 jam duk buat kolaj ni kan. Sila maafkan laki aku yang tak berbaju tuh ek. Dah malam pun kan. Cer cantik plak gegambo ni bila dah susun cantik-cantik cam ni.

Esok bolehla pi anto kat umah mama.

Ok itu je nak citer, happy weekend korang


Thursday, August 23, 2012

Bersederhana Je Aidilfitri Tahun Ini

Hi Korang,

Dah raya pun. Sekejap je dah 5 hari raya kan. Memang tak terasa langsung. Seronok dek makan-makan, sembang2, camwhore dengan family member kan.

Bagi ktorang berdua, tak de lah sehebat mana pun. Konsep bersederhana dan ala kadar je untuk raya kali ni. Tak nak buang duit sangat lah. Lagipun ktorg ni mana lah dapat bonus kan so berbelanja biasa-biasa je lah.

Disebabkan raya dengan family Mr Big so ktorg kena tempah baju sedondon satu family untuk family photoshoot. Nasib baik kain disponsor oleh MIL aku cuma tempah je ktorg kena bayar sendiri. Yang lelain tu macam kasut, bag, aksesori tu guna hak lama jelah. Lagipun aku ni pakai sekali je, lepas tu terus dah tak pakai. Ini memang style aku, pakai 2-3 kali pas tu gone bagi kat sesiapa yang nak kan.

Untuk rumah, tak de ktorg berabis beribu nak tukar segala mak neka dalam rumah tu. Cuma Mr Big buang je sofa lama sebab dah tak boleh nak duduk lagi dan ktorg gantikan sofa extra yang tak pernah ktorg duduk sejak beli. Cuma letak bantal2 untuk hiasan je, kalau orang datang then baru sofa tuh berduduk. Langsir pun pakai lama punya coz aku ada banyak beli kain langsir ni masa warehouse sale kat Nilai dulu, yang belum bukak sarung lagi pun ada.

Atas pengalaman tahun lepas, ktorg memang tak nak beli kuih raya untuk tahun ni sebab membuang je tak de orang nak makan. Yelah orang datang raya semua aku masak, so kuih raya ni diorg tolak tepi gituh lah. Nak bagi perabis aku bawa pi office bagi bebudak kat opis ni makan.


Duit raya tu wajiblah kan. Anak saudara melambak-lambak so bersedekahlah sorang sket. Untung-untung ktorg dimurahkan rezeki kan.

Rasanya itu je kot persiapan ktorg untuk raya tahun ni. Simple je, malas nak serabut kepalalah nak fikir benda remeh temeh ni. Janji raya ni dapat get together dengan family dan sanak saudara dan bermaafan kan itu yang lagi penting rasanya.

Korang plak cam ne, mesti dah abis berribu untuk raya tahun ni ek.


Wednesday, May 23, 2012

I Danced For Tropicana Medical Centre Flash Mob For Healthy Living

Hi Korang,

Pernah tak korang bersenam dengan high heels? Haruslah tak kan. Tapi aku pernah. Ni gara-gara aku join flash mob di Piazza The Curve Sabtu lepas. Atas jemputan Ms Ili Nadiah wakil dari Tropicana Medical Centre. Sebab dah lama sangat tak jumpa dia tu yang terjah ke sini kan.


Tujuan LEAP (living everyday actively and progressively) flash mob di adakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang betapa bagusnya hidup secara sihat dan menghindari Obesiti. Yelah asyik makan je kan, bersenam dan beraktiviti haruslah perlu dilakukan jugakkan.


Flash mob ni mesti ada starternya. So dancing group dari Rejuvenate Dance Crew yang jadi tok dalangnya. Ermm tarian diorg ni kaw-kaw hebatnya, ada tergolek, melompat, shuffling dan memacam lagi lah. Tapi tak de lah ktorg disuruh buat begitu. Untuk public to join, diorg buat dance yang simple-simple je dan stepnya agak mudah dan senang untuk dilakukan.


Bayangkan ktorg yang dah cantik melaram dengan heels bagai di suruh buat flash mob kan. Haruslah tergelak-gelak dibuatnya. Aku dengan pakai skirt dan high heels, buat jugaklah.

Meh tengok video ktorg berflash mob ni.




Hehehe, mesti korang bantai gelakkan aku kan?



Aku dah agak dah pun, sebab bila aku tengok video ni balik aku pun duk bantai gelak jugak. Tak per aku tak marah korang gelak pun. Rasanya lebih 20 minit ktorg bloggers nie berflash mob. Walaupun penat dan make-up pun cair but rasa sangat seronok sangat. Keluar peluh menitik-nitik.

Kalau suruh buat lagi rasanya nak jugak kan.


Anyway thank you Ili Nadiah dan juga Tropicana Medical Centre kerana sudi menjemput ktorg ke exercise event ni. Totally best bangat!

Makan + Exercise = Barulah hidup sihat.

CLP notes : Nasib baik aku ni dah biasa berjemurkan, so kira oklah tu.

Pics : Cilok dari FB Ruby coz dia memang rajin amik gambo tau.


Saturday, April 28, 2012

When We Are 50


Hi Korang,

Actually secara tak sengaja my SIL amik gambo ni. 

Masa ni ktorg baru balik dari kenduri tahlil kat area umah my MIL ni. Baju aku tuh semua pinjam. Dari tudung, jubah semua my SIL punya. Ishk tak malu kan. Mr Big pun sama, kain pelikat dan kopiah tu adik dia yang punya. Dah macam artis plak, wardrobe orang sediakan. Hehehehehe


Aku bile tengok gambar ni rasa macam dah tua sangat. Berkopiah bertudung kan. Dah macam pak haji dan mak haji baru balik haji je. Rasa insaf sangat.

Mampu ke ktorg berubah ek. Ermm korang rasa cam ne?


Tuesday, February 28, 2012

Happy Birthday Mr Big

Hi Korang,
Bukan setakat Nuffnang je celebrate burfday yang ke 5 ada sorang lagi yang jadi favourite dalam hati aku ni punya birthday gak.

Its Mr Big Birthday


Anyway happy birthday dear..
May all your wishes come true..
May our love become stronger than ever...

I love u so much..

Ishkk jiwang plak rasanya, malu tahap cipan nie tau.

Hah, korang jangan lupa wish ye.. kahkahakhakha acah je lah..
CLP notes : So tak de masa nak update blog for today only coz nak pi bercintan cintun ye hari nie... kahkahkahkakakhakhakha




Monday, January 30, 2012

Kupang Bakar Yang Enak

Hi Korang,

Masa ktrog pi Muar last week, sempat gak lah membeli-belah kupang kat tepi jalan area Muar ni. Memang berlambak orang jual. Ada kupang, lokan, pepahat, siput belitung dan tiram.


Tapi time aku lalu tu dah petang so tinggal kupang dan lokan je lah kan. So sapu je apa yang ado lah kan. Hasilnya 7kg kupang dengan 3kg lokan ktorg beli. Maklumlah time tu sedara-mara ramai kat umah. Itu yang beli banyak tu.


Balik-balik terus simpan dalam freezer dulu coz nak main bakar-bakar malam kan. Tak yah basuh dulu, kang kemanisan rasa kupang tu hilang. 


So lepas maghrib tu, Mr Big yang hidupkan api. Dia memang suka keje-keje outdoor ni. Seronok kene gigit dengan nyamuk katanya.

Apa lagi moh kite bako-bako kan.

Tengok api bukan main kuat lagi tapi sebenarnya api tu kecik je. Kupang-kupang dah start terbukak kulit kan. 

Dah siap masak, isi still sama saiz. Ada jus-jus lagi kalau tengok dekat-dekat.

Sos yang ado dalam fridge omak den. Sapu yo lah. Cousin aku makan letak butter je. Dia kata lagi sedap. Ishkk pelik.

Tengok si tukang bako. Dia lah jugak tukang makan dan jugak model kupang ni kan.


Memang terbaik rasa kupang bakar ni. Lebih enak dari rebus. Saiznya pun tak kecut. Kalau rebus dia jadi kecik sket. Aku pernah masak cari rebus ni, meh klik kat entry ni. Lazat gak

CLP notes : Boleh kena gout ko kalau bedal kupang ni tiap-tiap ari kan, tapi sedap ooo



Friday, January 27, 2012

Sedapnya Mengata

Hi Korang,

Sepanjang 5 tahun aku kawin dengan Mr Big ni dah memacam menda ktorg lalui. Suka duka memang banyak lah. Tak kurang jugak orang mengata belakang. Lebih-lebih lagi bila bercerita pasal anak. 

Semua orang tahu yang anak tu adalah kurniaan tuhan. So tak boleh lah aku duk paksa2 mintak kan. Kang jadi lain plak. So cuma boleh berdoa doa doa doa dan doa setiap kali solat.

Cuma aku terkilan sket dengan orang-orang yang ada di sekeliling aku ni. Diorg ni non-stop duk mengata ktorg berdua pasal hal anak ni. Yang best orang2 yang paling rapat dengan ktorg tu which is family member ktorg sendiri. Memang dah lama orang tu duk perli2 ktorg berdua ni, sampai ada satu ketika tu Mr Big dah macam give up untuk jumpa semua sedara-mara sebab takut bertumbuk plak kan.

Ye, bukan pompuan yang mengata tuh but LELAKI. Aku sendiri pun macam tak caya gak but bila dah duk diperli2 setiap kali jumpa, rasanya kalau tak di sebabkan hormat kan maklah tuh aku sendiri yang tumbuk mulut dia tuh kan.

Orang tak tau apa yang ktorg lalui, sangat pedih.

Hopefully orang tu ada rasa tanggungjawab dengan apa yang dia buat. Tak yah nak mintak maaf dengan ktorg berdua but mintak ampun dengan yang kat atas tu ek.

Bila tengok orang lain main dengan anak-anak, suddenly rasa hiba tu datang.. Kecian kan..

CLP notes : rasa  malu gak bukak pekung sendiri but hati ni dah tak tertahan rasanya




Tuesday, January 24, 2012

3 Hari

Hi Korang,

3 hari tanpa internet
no FB, tak dapat nak tulis status

3 hari tanpa internet
tak dengar langsung bunyi tweet-tweet berkicauan

3 hari tanpa internet
blog memang tak de update

Memang terasa bosan gila. Macam katak bawah tempurung.



3 hari tanpa internet
Seronok bercuti ke sana kemari

3 hari tanpa internet
Dapat makan sesedap hati

3 hari tanpa internet
Sempat bergossip2 dengan family members yang jarang jumpa

3 hari tanpa internet
Sembang dengan kengkawan lama sampai tak ingat dunia

Kesimpulannya 3 hari tanpa internet ni memang totally mengajar aku cam ne nak survive without internet kan. But dapat jugak aku tau hal dunia luar gak.

CLP notes : Kite enjoyyyyy!



Saturday, January 21, 2012

Dah 15 Tahun

Hi Korang,

Mr Big balik tadi, terus cari aku tunjukkan duit emas yang dia dapat. Mati-mati aku ingatkan duit baru yang sekarang ni tengah duk heboh-heboh Bank Negara kuarkan tuh.


Bila aku pegang duit ni, apsal plak cam lain je aku tengok. Siap casing-casing bagai. Then ada lambang PB plak. Lagilah aku musykil kan. 


Rupa-rupanya dia dapat award coz dah 15 tahun service dengan bank menara pensel ni kan. La aku ingatkan apa tadi. Memang pure emas duit tuh. So ktorg pi lah gatal tanya kat kedai emas tadi, kalau nak jual berape diorg nak amik kan. Then korang agak berape? Boleh dapat dalam RM1.8k tuh. Mr Big kata tak per lah simpan je duit ni buat kenangan, penat keje bertahun-tahun kan

So congrats to Mr Big, semoga keje lebih rajin lagi ek. Mintak2 tercapai juga hasrat aku nak beli Volkswagen Polo untuk pi pasar ek. 

CLP notes : Bekerjalah kito sekueknya....


Friday, January 20, 2012

Peta Hidup

Hi Korang,

Meh hayati gambo yang aku attach nie


Rasanya paham tak? Pas tu tak reti-reti nak sedar ke..

Terima kasih to Blogger Muhaim coz bagi aku cilok peta ni kat blog dia. Aku memang betul-betul tertarik dengan peta hidup ni.

At least ada pengajaran di sebalik peta hidup nie.

Insaf tak?

CLP notes : Hari Jumaat nie elok ada entry kesedaran diri sket kan..


Sunday, January 1, 2012

Hari Pertama Di 2012

Hi Korang,

Ermm tik tok tik tok kejap je masa berlalu, dah satu hari dalam 2012 ni. Aku? more rileks kat umah je. Maklumlah seminggu bercuti kan. So balik dari umah mak aku pagi tadi terus je mengemas apa yang patut. Yang berabuk di lap2kan, lantai disapu2kan, kain dilipat2kan dan memacam lagi lah.


Then petang, balik plak ke umah MIL. Nasib baik dekat je KL kan. So taklah hassle sangat. Lepak2 then dinner kat luar. Now tengok rileks2 layan citer TRON kat Fox Channel yang baru ni. Not bad jugak filem yang ditayangkan sangat menarik.

Macam tu lah aku abiskan masa on first day 2012. Sangat santai.

Anyway, mood berblogging akan bermula secara agresif tak lama lagi setelah settle 'jet-lag' bercuti aku ni ek.