Showing posts with label Taman tasik titiwangsa. Show all posts
Showing posts with label Taman tasik titiwangsa. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

Video Shooting with DiGi #BuddyzAizat

Hi Korang,

Dah lama rasanya tak join activities ke arah artis-artis ni lah. So itu sebabnya aku secara suka-suki pi join video shooting event ni

Maklumlah DiGi Evangelist katanya


So pepagi tu aku dah suruh Mr Big anto aku kat Taman Tasik Titiwangsa, KL. Single invite so dia kena tinggallah. Sesampai je orang tak de lagi, aku pun terus melencong ke atas bukit tepi jalan ni  coz nampak ada bebudak #BuddyzAizat shooting.

Ada Eliza Razak, Syed Ali, Alif Satar dan Wawa Zainal.

Dapatlah tengok in person diorg ni camne. Semuanya comel-comel dan hensem-hensem belaka, diorg tengah shooting. Kejap jadi kejap tidak.

Balik ke registration booth untuk register.


Den dapat pun media pass, so kira macam all access gitu. But still kena gak dengar cakap production krew ye.


Ktorg diberi kesempatan untuk tengok sendiri cam ner Aizat dan buddiesnya berlakon.. Keadaan kat tempat shooting tu kena senyap yelah kalau korang bising-bising terrecord plak apa yang korang cakap kan.





Seronok gak plak, dapat tengok sesuatu yang baru bagi aku. Production crew sangat friendly, sembang-sembang kejap dengan ktorg malahan directornya Mr Hunter really funny. Cara dia direct sempoi betul, siap joget-joget lagi bila kata CUT.

Aizat plak sangat sporting melayan ktorg. Dah macam kengkawan kan tapi bila shooting nampak he’s having fun. Alah korang tengok jelah KEEK aku tu ek.

peminat hardcore Aizat eehehe

Aku tak tunggu sampai abis pun coz ada wedding plak pas tu. So gerak dulu la ek


So all the best to Aizat and his buddies. Hopefully short drama ni dapat mendapat tempat di hati korang ye. Tak silap aku DiGi Buddies ni dah nak masuk second season dah tapi aku tak berapa ingat TV apa plak diorg main citer ni.

Tata......



Monday, December 24, 2012

Pelancaran Smartphone Huawei Di Kemuncak Kempen ‘Ascend To New Heights’ Event


Hi Korang,

Korang baca dulu ek, entry aku sebelum ni tau.


Aku dapat invitation ke kemuncak kempen pengktifan pengguna ‘Ascend to New Heights’ kat Taman Tasik Titiwangsa last week. Pepagi aku dah terpacak kat tepi tasik ni dengan bebudak blogger yang lelain lah. Yelah nak tau gak apa dia event yang ada Hot Air Balloon ni kan.


En Tang Siew Wai, Pengarah Pemasaran Rantau bagi Huawei Device Wilayah Pasifik Selatan berkata, kempeng pengguna ‘The Ascend to New Heights’ merupakan dorongan agresif bagi memperluaskan kesedaran mengenai jenama Huawei di Malaysia. Kami menganjurkan banyak aktiviti mengujakan mulai hari ini hinggan 2 hari akan datang.



“Aktiviti terdiri dari menaiki belon udara panas dan fotografi jumpshot hinggan kegiatan interaktif seperti Lompat Trampolin dan Cabaran Perlumbaan. Ketika Huawei Device terus membawakan kepada rakyat Malaysia alternative lebih pintar, pengguna juga daapt meneliti telefon pintar dan peranti terbaru di Zon Pengalaman” tambahnya.


Kempen ‘Ascend to New Heights’ yang dibuka kepada orang ramai, menawarkan lebih 2,000 hadiah termasuk Hadiah Utama berupa pelancongan dibiayai sepenuhnya untuk 2 orang ke Dubai (penginapan 4H3M di hotel mewah 5 bintang disertai penerbangan helicopter sekitar bandaraya, lawatan eksklusif ke bangunan tertinggi di dunia – Burj Khalifa, lawatan ke tempat bersejarah Dubai dan Pengalaman Padang Pasir). Kempen ini adalah mercutanda penting dalam usaha giat syarikat ingin mendekati pengguna secara langsung.


Dapat jugak aku dengan Mr Big naik belon udara panas tu kat tepi tasik ni. Walaupun tak tinggi naik but viewnya memang cantik. Tapi yang tak syok tu, muka kitorang rasa cam terbakar sket coz bahang api tu boleh rasa tau.


Dalam pada tu gak, Huawei juga mengambil kesempatan melancarkan smartphone  keluaran mereka yang terkini ke pasaran Malaysia.

3 smartphone itu ni, meh check it out kat sini ek

Ascend D1 Quad

Ascend G600

Ascend G330

Aku dah pun godek-godek ketiga-tiga smartphone ni dan not bad gak.Sama macam smartphone brand lain gak malah specnya lebih laju dan awesome lagi.


Dalam acara yang sama gak, Huawei Device Malaysia juga mengumumkan perkongsiannya dengan Midland Network sebagai pengedar Huawei yang sah.


Abis je launching, Mr Big terus je pi ke interaktif booth tu apa lagi main game la. Main kat tablet but connected to TV. So aku boleh tengok kat TV tu je apa je yang Mr Big main kan. Lama gak la dia duk kat situ.

Ok bergambar time.

1

2

3


Yeah dapat pun amik gambor jumping beramai-ramai. Itu pun setelah beberapa kali melompat kan.

Thanks Huawei for this special event. Kira merasa gak lah naik hot air balloon tu kan



Tuesday, December 18, 2012

Jom Ke HUAWEI Ascend to New Heights, Boleh Menang Trip Ke Dubai


Hi Korang,

Aku nak war-warkan kat korang ni tau.

Ada event best weekend ni kat Taman Tasik Titiwangsa, KL.

Huawei Device Malaysia akan mengadakan Ascend to New Heights consumer event pada hujung minggu ni sebagai tanda terima kasih mereka kepada rakyat Malaysia terhadap sokongan global effort campaign Huawei yang terbesar.


Pelbagai aktiviti akan di adakan seperti hot air ballon rides, jumpshot photography, Trampoline Jump, Race Challenges dan banyak lagi.

Pihak Huawei juga menawarkan lebih 2,000 pelbagai hadiah menarik seperti Huawei smartphones, devices, t-shirts, USB drives, tiket wayang dan juga termasuklah

Grand Prize of a 4D3N all-expenses-paid trip for two to Dubai. 
This includes accommodation at a super 5-star luxury hotel, a helicopter tour of the city, an exclusive tour of the tallest building in the world - the Burj Khalifa, a Dubai Historical Tour and a Desert


Nak mestila korang nak pi kan, ok ok ni details nya 


Ascend to New Heights Event

Date : 21st - 23rd December 2012
Venue : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Time : 12.30pm - 8.30pm



Untuk info lanjut, boleh layari www.huaweidevice.com.my/AscendContest di mana korang boleh pre-register dan redeem a mystery gift (while stocks last) di event nanti. Juga dengarkan 98.8 FM, Suria FM and Red FM dari 15- 23 December untuk info terkini mengenai event ini.

Alah nak senang lagi meh je klik kat social media kat bawa ni pasal event ni

Facebook : www.facebook.com/HuaweiDeviceMY (Malaysia)




Website : www.huaweidevice.com.my

Aku haruslah pi, rugi tak pi oooo. Banyak hadiah-hadiah best menanti korang tau. 

Cepat tanda kalendar korang ek!