Showing posts with label Shokubutsu Spa Day Out. Show all posts
Showing posts with label Shokubutsu Spa Day Out. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Shokubutsu SPA Day Out

Hi Korang,

Masa cuti Hari Agung hari tuh, tak jugak aku melekat kat umah.

Bekerja lagi ye untuk blog.

Tapi yang ni best sket coz nama je bekerja tapi berleisure sebenarnya hahahahaha

gedik benau aku pegang bunga, bunga lily tak do ke




Aku dapat jemputan ke Shokubutsu SPA Day Out di Vila Manja, Jalan Damai Ampang. Bukan aku je, ada blogger lagi gak macam mamasan Tammy, Innanie, Sabrina dan K Adib Lawyer sempena meraikan pemenang pemenang peraduan "Manjakan Dirimu Bersama Shokubutsu" yang pernah dijalankan dengan kerjasama Majalah Penerbitan Kumpulan Karangkraf, MIDI dan Seri Dewi Keluarga di sekitar awal tahun ni. Dengan kakak-kakak wokeh.



inilah para pemenang ye.. diorang ni sangat cool sungguh...

Rupanya para pemenang ni mendapat hadiah yang cukup special tajaan Vila Manja iaitu Pakej Spa yang merangkumi sesi urutan relaxation, urutan hot stone, scrub badan, terapi mata serta mandian relaxation yang menggunakan siri mandian dunia terkemuka Shokubutsu dan seluruh pakej bernilai RM599 di Vila Manja Spa ni. Haruslah seronok yang amat 


Sebelum tu ada kata-kata aluan dari Farah selaku PR bagi produk Shokubutsu "World Famous Bathing Series" ni. 




Di ikuti pula dengan sedikit speech daripada bos besar Shokubutsu Malaysia dan seterusnya merasmikan majlis yang special ni. Cakap melayu wokeh, ko mampu hehehe. Sangat melayu baku tapi ktorang ok je.


Ktorang di bahagikan kepada 2 group sebab tak muat reramai nak berspa kan, lagipun kakak tukang urut tu bukanlah ramai so ikut turn lah. 


Aku, innanie dan sab dalam group 2 so ktorang kena tunggu dulu. Sementara tunggu tuh, ada disediakan game untuk ktorang hiburkan hati. Mengah-mengah gaklah gak lah cangkung duduk nak siapkan jigsaw puzzle dan main brainy game tu kan.. 


Abis game cepat so dapat rehat-rehatkan diri kat ruangan menunggu tuh, sempatlah baring-baring. Maklumlah baru lepas pekena light lunch je coz nak urut-urut mana boleh makan banyak, kang kuar semua apa yang masuk tadi.

Ok its SPA time..

Ktorang dapat merasai sendiri sesi urutan relaxation, urutan hot stone, scrub badan, terapi mata serta mandian relaxation dengan produk mandian "World Famous Bathing Series" dari Shokubutsu ni. 

Ok sedikit info aku citer mengenai Variasi produk mandian "World Famous Bathing Series"


Ohsen Therapy (purple) ramuan istimewanya Mineral Ohsen dan Hinoki Cypress dan kebaikkannya adalah untuk mengembalikan tenaga melalui kekayaan kandungan mineral kolam air panas. Hinoki Cypress pula merupakan pohon yang biasa digunakan dalam penghasilan kolam mandi air panas di Jepun yang berupaya melegakan tekanan harian dan membantu pernafasan


Balinese Escape (hijau) yang mana ramuan istimewanya adalah frangipani dan sweet basli. Dua bahan ini dapat merannsangkan dan aroma terapinya yang hebat untuk menyerlahkan lagi kecantikan luaran di samping memberikan anda ketenangan dan kedamaian yang sepenuhnya


Oriental Charm (merah) yang mana mengandungi orange peel dan goji yang mana fungsinya dapat melegakan dan menyegarkan. Ianya juga membantu anti penuaan.



Ada pilihan pek 3 saiz
pek botol 220 ml - RM6.50 
pek isian 500 ml - RM7.95
pek botol 650 ml - RM14.90

Masa mandi tuh, aku cuba kesemua varian ni. Yang aku pilih adalah Oriental Charm erm sangat memikat hati baunya. Tapi ramai yang prefer Balinese Escape coz baunya ala-ala cam mandi lulur.

kakak therapist yang awesome, kak tolong simpan rahsia saya tau... huhuhuhu..

Lega ko bila dapat berurut satu badan. Kakak yang urut aku tuh, cakap badan aku banyak angin dan urat kaki pun masuk angin gak. Mana taknya, ke sana ke sini merayap pi event kan.


Selesai kedua-dua group berspa dan main game, tibalah masanya untuk penyampaian hadiah. Alhamdulillah, group kitaorang menang jugaklah beberapa hadiah. So bukak hamper, bahagi sama rata kan barulah adil.

Sangat-sangat seronok baru kenal dengan kengkawan baru.


Terima kasih Shokubutsu Malaysia for this special invite. Best sungguh dapat merasai pengalaman spa di Vila Manja. Urat-urat badan kembali normal tau.


Korang kalau nak tau lebih lanjut pada produk Shokubutsu "World Famous Bathing Series" dan juga produk lain, meh layari ke Fanpage Shokubutsu Malaysia ye..

Ok jom pi mandi ek..