Showing posts with label OpenSnap App. Show all posts
Showing posts with label OpenSnap App. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Aplikasi OPENSNAP Ni Sesuai Untuk Si Kaki Makan Download

Hi Korang,

Well well well! 

Aku kan salah sorang geng bebudak #BloggerKakiMakan ni. So haruslah banyak tempat makan yang boleh ktorang rekemen untuk korang cuba.

Tapi how about tempat yang ktorang tak pernah jejak lagi, cam no plak kan. Takkan nak pepandai bagitau kat orang yang tempat ni sedap dan sesuai dengan budget poket kan, mesti kena ada bukti or proof or gambar bagai ek! Tak baik tipu orang ooo tak berkat..



So memperkenalkan satu aplikasi smartphone iaitu OpenSnap iaitu di bawah keluaran Openrice Malaysia. Kalau nak tau, OpenSnap ni merupakan platform secara online bagi pengguna untuk mengupload gambar makan dan mencari tempat makan yang sedap, enak, lazat, gedebap, gedebup bagaikan. 


Hah ko, sekarang ni semuanya main search kat smartphone je, senang!

Di antara features menarik yang bakal menyenangkan hidup korang bila time lapo ni adalah icon searching yang mudah di fahami, button bookmark yang korang dah siap-siap simpan, ada map untuk view, tengok gambo makanan dan memacam lagi.


Kalau tak tau nak makan apa,korang boleh klik kat Editor’s Pick ni ek, kira macam suggestion editor lah, apa yang sedap di makan mengikut tahap kelaparan korang ek

Yang ni pun sama gak, boleh tengok selera orang-orang yang dah upload gambar-gambar yang pernah diorang lawati ek.


Cam ni tadi aku klik kat kawasan yang aku nak pi cuba makan iaitu Ampang. Hah kuar semua tempat makan di Ampang. Ermm nampak sedap-sedap belaka.


Sebab tak kan korang nak pi makan sampai 5 restoran dalam 1 hari kan, so bila ternampak restoran yang memikat hati, korang boleh guna button Bookmark untuk tanda restoran ni dulu. Jadi next time, terus je korang serbu tempat tuh.

So apmacam! Rasa teruja tak? Of courselah kan.

Memang aplikasi ni terbaek sekali bagi mereka yang hobinya makan-makan kan, bila tak tau nak makan apa just check it out website OpenSnap ni dah view je apa yang terliur kat tekak ek. Hahahahha

Ni hah just tekan sini : www.opensnap.com/en/klangvalley

Korang boleh download aplikasi OpenSnap ni di smartphone iOS dan Android jugak tau. Takkan itu pun aku nak ajar kot hehehhehehe.

Tengok ni aku tengah download apps OpenSnap ni ek,


Sekejapan je download terus ke smartphone ek. Tak yah tunggu lelama, toleh ke tempat lain. Terus je siap download kan.



Icon dalam app OpenSnap ni lebih kurang sama je macam dalam website cuma kita search dalam smartphone je ek. Senanglah sambil nak kuar umah, boleh search kat mana tempat makan yang kita teringin sangat nak makan kan.

Selamat makan korang dan selamat berOPENSNAP!