Monday, March 2, 2026

“ALUNAN SYAWAL DI KAMPUNG PESISIR” – THE CURVE Persembahkan Konsep Kampung Air & Lagu Raya Sulungnya

Hi Korang,

The Curve dengan bangganya mempersembahkan “Alunan Syawal di Kampung Pesisir” sebagai tema kempen Raya bagi tahun 2026. Berlangsung dari 20 Februari hingga 29 Mac, kempen ini memberi peluang buat para pengunjung untuk menghayati suasana damai di sebuah kampung air yang terletak di persisiran pantai.


Suasana di Centre Court kini berubah wajah, diilhamkan daripada nostalgia desa pesisir yang cukup indah. Dengan elemen tepian laut yang tenang, dekorasi ini turut menampilkan rumah kampung tradisional yang dilengkapi perabot klasik dan jeti ikonik, sekali gus membangkitkan suasana perkampungan di atas air.



Mencipta kelainan pada sambutan tahun ini, the Curve dengan bangganya melancarkan lagu Raya original sulungnya yang berjudul “Samba Raya”. Digubah khas untuk menyemarakkan lagi kempen ini, lagu tersebut menghidupkan lagi jiwa dan suasana sambutan perayaan kita pada tahun ini. Apa yang lebih istimewa, “Samba Raya” didendangkan sepenuhnya oleh pemuzik jalanan (buskers) tempatan yang telah setia menjadi sebahagian daripada keluarga besar the Curve selama lebih lapan tahun.


“Hari Raya bukan sekadar sebuah perayaan, malah ia merupakan detik untuk menzahirkan kesyukuran dan memperkukuh ukhuwah,” kata Encik Jazmi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties Berhad. “Menerusi ‘Alunan Syawal di Kampung Pesisir,’ matlamat kami adalah untuk membawa para pengunjung melupakan seketika keriuhan kota dan merasai keindahan suasana kampung di tepi pantai yang damaii.”

The Curve terus komited menyokong IKS tempatan dengan menghimpunkan lebih 100 vendor di serata ruang pusat beli-belah. Daripada busana tradisional dan moden seperti baju kurung serta baju Melayu, sehinggalah kepada aneka juadah Raya dan hiasan kediaman, bazar yang serba lengkap ini menjanjikan kualiti dan kepelbagaian buat setiap pengunjung.

Menambah kemudahan buat para pengunjung tahun ini, the Curve bersama Natra Event kembali menganjurkan Pazar Ramadan, sebuah bazar khusus yang menyajikan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa. Sama ada pengunjung ingin mencari busana Raya yang sempurna atau hidangan tempatan yang menyelerakan, the Curve menawarkan pengalaman beli-belah yang meriah dan serba lengkap buat seisi keluarga di bawah satu bumbung.


Amalan berkongsi tetap menjadi sebahagian daripada identiti the Curve. Pada tahun ini, the Curve menganjurkan beberapa inisiatif CSR, antaranya:

● Ihya’ Ramadan bersama stesen radio SURIA
Melalui kolaborasi strategik bersama stesen radio SURIA, program Ihya’ Ramadan akan menyaksikan pengagihan 1,000 pek bubur lambuk kepada para pengunjung dan komuniti setempat sebagai tanda ingatan tulus ikhlas. Selain itu, 300 pek makanan turut disediakan untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai. Majlis ini akan berlangsung pada 7 Mac 2026.

● Berbuka Puasa bersama Rumah Anak-anak Yatim Damai Kuang
the Curve bakal menganjurkan sesi berbuka puasa bersama Rumah Anak-anak Yatim Damai Kuang, dengan tajaan istimewa daripada restoran Flint.

● Kempen Derma “Kongsi Kindness”
Bagi menggalakkan amalan berkongsi rezeki dalam kalangan pengunjung, sebuah reruai (booth) Kongsi Kindness disediakan di Centre Court. Orang ramai dijemput menyumbang barangan keperluan harian yang akan disalurkan terus kepada Rumah Anak-anak Yatim Damai Kuang bagi membantu persiapan raya mereka.

● Sumbangan Vendor untuk Rumah Anak-anak Yatim Damai Kuang
Semangat perayaan turut dirasai apabila para vendor the Curve tampil berkongsi rezeki dengan menyumbang pelbagai barangan keperluan dan juadah perayaan buat anak-anak yatim tersebut. Antara jenama yang terlibat termasuklah Abayalubnaa, Iman Adam & Love Trisha, Monstr serta ramai lagi.

Sambutan Raya di the Curve turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik:

● “Berbuka Puasa @ the Curve, Jom!”
Sebuah aktivasi digital interaktif di pintu masuk The Street. Pengunjung boleh menggunakan roda 'Spin & Win' untuk menerokai pelbagai pilihan restoran yang tersedia untuk berbuka puasa.

● Persembahan Kebudayaan
Hayati keindahan warisan kita menerusi persembahan tradisional seperti Tarian Zapin, Ghazal dan banyak lagi.

● Bengkel Seni & Kraf
Kanak-kanak boleh menyerlahkan kreativiti mereka di Bengkel Kilauan Lebaran yang terletak di Centre Court serta pelbagai aktiviti seni dan kraf khusus untuk kanak-kanak di Aras 2.

Bagi menjadikan persiapan Raya anda lebih berbaloi, the Curve menawarkan ganjaran eksklusif berikut buat para pembeli:

● Belanja RM300: Tebus satu set Sampul Raya*

● Belanja RM800: Tebus sebuah pinggan kaca eksklusif beserta satu set Sampul Raya*.

● Belanja RM1,250: Tebus sebuah periuk nasi Dessini * dan satu set Sampul Raya*.

*Sementara stok masih anda dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Melalui gabungan persembahan budaya yang penuh warna-warni, aneka pilihan beli-belah serta inisiatif komuniti yang tulus, kempen ‘Alunan Syawal di Kampung Pesisir’ menjemput seisi keluarga untuk menghayati erti sebenar Aidilfitri. Ia bukan sekadar perayaan, malah merupakan wadah untuk memperkukuh ikatan kasih sayang serta mencipta kenangan indah yang akan terpahat selamanya di sanubari.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan acara akan datang di the Curve, sila layari the Curve , atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.

No comments :