Showing posts with label Awie Wings. Show all posts
Showing posts with label Awie Wings. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Tahniah JOZAN, Juara Maharaja Lawak Mega 2012

Hi Korang,

Mesti korang enjoy tengok Final Maharaja Lawak Mega tadi kan?


Ye, aku dengan Mr Big terkekeh-kekeh gelak tengok tadi. Ya ampun, sakit-sakit perut gelak la..

So Tahniah di ucapkan kepada JOZAN (Zizan dan Johan) kerana menjadi Juara bagi Maharaja Lawak Mega. Ternyata korang memang lawak tahap cipan. Tapi group lain pun lawak gak tau.

Ini dia keputusan akhir bagi Maharaja Lawak Mega 2012 ni

Juara - JOZAN

Naib Juara - JAMBU

Tempat Ketiga - SHIRO

Tempat Keempat - BOBOI

Tempat Kelima - SAYWHO

Wow! hadiahnya cash money ooo. Banyak gak ek Juara dan naib juara dapat. Dekat 1million gak.

Tahniah kepada semua pelawak-pelawak ni la. Koranglah yang mewarnai dunia lawak di negara kita ni.

Hopefully rancangan lawak sebegini akan ada setiap tahun ek.



Monday, April 9, 2012

Sinopsis Filem Dan Trailer BERANI PUNYA BUDAK

Hi Korang,

Meh layan sinopsis citer terbaru dari Vision Works dan Alternate Pictures ni BERANI PUNYA BUDAK. Wah tajuk pun sudah gak kan.


Gabungan pelakon komedi yang termantop di Malaysia ni. Afdlin Shauki, Nabil, Johan, Awie dan Adlin Aman Ramli.



Meh layan sinopsis jap ek


Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.


Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.


Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.


Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.-

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?

Ermm tak sabar plak nak pi tengok nanti bila kuar kat panggung. Cam best je