Showing posts with label Filem Vision Works. Show all posts
Showing posts with label Filem Vision Works. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Review Filem 'Berani Punya Budak'

Hi Korang,

Last week aku dgn Mr Big dapat pi premier screening filem 'Berani Punya Budak' ni kat E-Curve Mutiara Damansara. Thks to Azwan dari Alternate Pictures yang sudi jemput ktorg blogger2 comel ni.


Kalau korang tak tau lagi mengenai filem 'Berani Punya Budak' ni, korang leh baca sinopsis dan tengok trailer sekali kat entry aku yang sebelum ni.


Hah, dah baca kan.

Bagi aku:

Ini first time aku tengok citer aksi komedia yang rasanya 100% penuh dengan lawak dubbing. Ye dubbing ye. Semua pelakon dari Thailand tu suaranya di dubbing mengikut kesesuaian pada watak yang di lakon kan. Dialognya majoriti semuanya merapu.


Tengah2 lawan boleh cerita pasal tembikai, pasal nak makan apa dan memacam lagi. Setelah di explain oleh pelakon dan juga pengarah Afdlin Shauki, yang memang mereka merapu segala dialog dalam filem ni untuk menjadikan filem ni lebih kelakar lagi.

Tapi aksi lawan tu memang superblah. Maklumlah orang Thailand kan pandai berlawan so segala action tu memang real lah.

So Mr Big kasi 3/5 star. Oklah untuk gelak2 katanya.

So korang yang nak release tension, boleh lah layan filem Berani Punya Budak ni yang akan mula di tayangkan padal 26hb di seluruh pawagam kat Malaysia ni.

CLP notes : Lupa nak pesan, sebelum pi tengok sila pahamkan sinopsis dulu ye..




Monday, April 9, 2012

Sinopsis Filem Dan Trailer BERANI PUNYA BUDAK

Hi Korang,

Meh layan sinopsis citer terbaru dari Vision Works dan Alternate Pictures ni BERANI PUNYA BUDAK. Wah tajuk pun sudah gak kan.


Gabungan pelakon komedi yang termantop di Malaysia ni. Afdlin Shauki, Nabil, Johan, Awie dan Adlin Aman Ramli.



Meh layan sinopsis jap ek


Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.


Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.


Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.


Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.-

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?

Ermm tak sabar plak nak pi tengok nanti bila kuar kat panggung. Cam best je