Showing posts with label Aman Central Kedah. Show all posts
Showing posts with label Aman Central Kedah. Show all posts

Saturday, January 26, 2019

TELEKUNG SITI KHADIJAH Buka Dua Lagi Cawangan Butik Di AEON Mall Nilai dan Aman Central Kedah

Hi Korang,

Peneraju telekung inovasi di Malaysia, Telekung Siti Khadijah melangkah setapak ke hadapan lagi dengan membuka dua butik. Dua butik Siti Khadijah yang dibuka itu terletak di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan dan Aman Central, Kedah. 

Majlis pembukaan butik Siti Khadijah di AEON Mall Nilai ini turut diserikan dengan kehadiran Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), YAB Professor Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri dan Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah, Ammar Mohd Hishamuddin. Manakala di butik Siti Khadijah di Aman Central, Kedah pula, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel, Mohd Munzir Aminuddin dan Pengarah Rina Salleh Clothing, Afiq Iskandar Razizad. 







Butik Siti Khadijah Aman Central dan AEON Mall Nilai ini masing-masing merupakan cawangan yang ke-29 dan ke-30 di seluruh Malaysia. Waktu operasi bagi Butik Siti Khadijah yang baru ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. 

‘Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, Telekung Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka dua lagi butik di dalam Malaysia. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil saya, iaitu anak-anak dan suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan nadi kepada kejayaan Siti Khadijah sekarang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada famili besar saya, iaitu #TeamSK yang sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu dan kualiti Telekung Siti Khadijah bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. Saya juga percaya ini adalah titik permulaan yang baik sempena menyambut ulang tahun SK yang ke-10. InsyaAllah, pembukaan dua butik baru Siti Khadijah ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai kualiti premium Telekung Siti Khadijah, dan dapat melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa”. 
Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah 

Disebabkan sokongan dan dorongan yang padu serta demand yang tinggi daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil keputusan untuk membuka sebuah lagi cawangan butik di Aman Central, Kedah dan di AEON Mall, Nilai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada #FamilySK yang sentiasa mempercayai kualiti produk SK sebagai kelengkapan ibadah seharian. Nilai pelaburan bagi pembukaan butik baru Siti Khadijah di Nilai mencecah RM 200,000. 

Istimewa sempena pembukaan butik SK di Aman Central ini, SK telah keluarkan koleksi telekung baru iaitu Classic / Harmony Black Special Edition, H TPO Renda, Raissa & PKSE RW Allamanda. Bukan sahaja produk telekung, produk gaya hidup Muslim juga terdapat di butik SK. 






Antara kelainan yang ingin di ketengahkan oleh Siti Khadijah bagi kedua butik baru ini ialah konsep rekaan dalam butik itu sendiri. Konsep yang digunakan tampak lebih moden namun kekal minimalis, sejajar dengan prinsip produk Siti Khadijah iaitu ringkas dan minimalis. Bagi pilihan warna butik pula, kedua-dua buah butik yang baru ini masih kekalkan warna maroon yang menjadi warna tema telekung Siti Khadijah. Antara tarikan lain adalah susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipasarkan menghadap para pelanggan bagi menarik minat lebih ramai pelanggan dan interaksi yang lebih tinggi. Bagi keluasan butik pula, butik Aman Central mempunyai keluasan 775sqft, manakala butik di AEON Mall Nilaimempunyai keluasan 480sqft. 

Buat julung kalinya, butik Siti Khadijah di Aman Central memperkenalkan rakan perniagaan baru iaitu jenama Rina Salleh Clothing. Ianya satu pembaharuan di mana dua jenama tempatan ditempatkan di dalam sebuah butik. Inilah kelainan yang ingin SK ketengahkan dan memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati bukan sahaja produk Siti Khadijah, mereka juga boleh merasai pengalaman mencuba rangkaian produk daripada Rina Salleh Clothing . 

Tahun 2019 merupakan tahun ke-10 Siti Khadijah. Jadi saya rasa bukan saya seorang saja, malah staff SK yang lain juga turut teruja dengan ulang tahun ke 10 ini. Sempena ulang tahun Siti Khadijah ke -10, pelbagai program dan aktiviti yang bakal diperkenalkan oleh #TeamSK bagi menghargai para penggemar telekung Siti Khadijah. Termasuk lah dengan pembukaan beberapa butik SK di seluruh Malaysia pada tahun ini. Bagi tahun 2019, tema yang dipilih oleh #TeamSK ialah ‘kesetiaan’, sejajar dengan sokongan daripada #FamilySK sejak tahun 2009. 

#TeamSK juga akan menghadiahkan 1000 helai telekung secara percuma sepanjang tahun 2019. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong Siti Khadijah sepanjang 10 tahun ini. 

Para pelanggan setia Telekung Siti Khadijah dijemput hadir pada 25-27 Januari 2019 bagi memeriahkan lagi Majlis Pembukaan Butik Siti Khadijah di AEON Mall Nilai dan Aman Sentral. Para pelanggan berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 15% dan HADIAH PERCUMA menanti pelanggan terawal. Tidak ketinggalan juga, untuk transaksi pembelian bernilai RM300 keatas, anda berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH TELEKUNG EKSKLUSIF Siti Khadijah bernilai RM1000. 

Untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai produk pilihan, boleh terus layari laman sesawang Telekung Siti Khadijah di www.sitikhadijah.com atau LIKE laman Facebook Telekung Siti Khadijah. Untuk mendapatkan ukuran bagi setiap koleksi Siti Khadijah yang akan ditampilkan, boleh layari Instagram @catalogue.sitikhadijah.