Wednesday, December 8, 2021

Promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner di Pulse Grande Hotel Putrajaya Menawarkan Lebih 100 Hidangan Menarik

Hi Korang,

Lama betul tak makan kat hotel kan kan kan!!

Kebetulan plak Pulse Grande Hotel Putrajaya ada menawarkan promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner maka haruslah jangan di lepas kan peluang kan, tambahan pula makan dengan kengkawan bertambahlah seronok di buatnya.


Kalau korang nak tau yang promosi 𝗪𝗲𝗲𝗸𝗲𝗻𝗱 𝗕𝗕𝗤 & 𝗦𝘁𝗲𝗮𝗺𝗯𝗼𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗳𝗳𝗲𝘁 𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿, bermula dari 3 Disember 2021, dari jam 𝟲.𝟯𝟬𝗽𝗺 hingga 𝟭𝟬𝗽𝗺, setiap Jumaat dan Sabtu di Palm Hill Cafe Pulse Grande Hotel Putrajaya. Sekarang ada promosi hanya RM110 sahaja untuk 1 pax (harga sebenar RM138). Promosi ini sah sehingga akhir Januari 2022. Harga untuk kanak-kanak adalah 50% daripada harga asal untuk 1 pax.

Lebih 100 Hidangan Menarik

Untuk hidangan buffet kali ini lebih 100 hidangan ditawarkan bagi memenuhi gastronomi pengunjung. Selain daripada hidangan barat menjadi taruhan, masakan fusion turut diperkenalkan sesuai dengan citarasa masyarakat tempatan. Contohnya seperti Pasta Thai Style, ekor masak gulai lemak. Begitu juga dengan hidangan BBQ, perapan daging menggunakan bahan kegemaran masyarakat Asia iaitu ada yogurt, rempah (spice) ala pakistan dan sebagainya.

Buffet hujung minggu ini memberi kita pilihan samada untuk menikmati di bahagian luar (outdoor) atau didalam (indoor). Begitu juga dengan perletakan hidangan di dua lokasi iaitu BBQ & Steamboat di bahagian luar dan sajian lain di bahagian dalam. Jadi pengunjung boleh memilih sendiri mengikut keselesaan namun ianya juga tertakluk kepada kekosongan

Antara sebahagian hidangan yang kak lily dah cuba sendiri di Pulse Grande Hotel Putrajaya seperti:-
















Banyak lagi sebenarnya hidangan, memang puas makan.

Ada rojak, begitu juga dengan bubur. Uniknya tentang hidangan bubur ini kita boleh pilih apa yang hendak diletakkan didalamnya. Disediakan seperti jagung, santan, gula melaka. Mengikut kesesuaian citarasa pengunjung itu sendiri.


Hidangan BBQ dan Steamboat

Untuk hidangan BBQ dan steamboat diletakkan di bahagian luar hotel.


Bersebelahan dengan kawasan lapang dan pokok-pokok serta dikelilingi dengan warna redup kehijauan memang cantik dan sejuk mata memandang. Sesuai dengan konsep yang diperkenalkan oleh hotel iaitu Hotel dalam Taman, Taman Dalam Hotel.





Pelbagai pilihan fishball, fish cake, crab fillet, sayur, tauhu dan pelbagai lagi yang kita suka nikmati didalam semangkuk hidangan steamboat. Selain variasi sos disediakan juga kuah kari, tomyam dan sup.







Oh ya! Ada sos juga disediakan seperti BBQ sos, blackpepper sos dan juga cheese gravy (ini dinikmati bersama meatball memang sedap).

Konsep Terbuka, Selesa dan Selamat

Dalam satu masa boleh memuatkan sehingga 160 pax (sebelum PKP lebih 300 pax).

Setiap pengunjung perlu menggunakan glove (sarung tangan disediakan) ketika mengambil makanan. Dan didapati juga untuk hidangan pencuci mulut memang telah diletakkan di pek individu. Hand sanitizer ada disediakan bagi memudahkan pengunjung membersihkan tangan mereka (atas faktor kebersihan dan juga pencegahan).



Untuk satu meja buffet hanya 6-7 pax sahaja dibenarkan (asal adalah 10 pax). Terdapat juga promosi untuk pengunjung yang menginap di hotel. Di mana pengunjung akan diberikan kupon Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner secara PERCUMA.



Untuk keterangan lanjut dan promosi boleh dapatkan daripada laman web/ saluran sosial media seperti berikut:-




No tel: 03-88878888


Oh ya!!

Untuk tahun 2022 Pulse Grande Hotel akan mengadakan lebih banyak promosi dan memperkenalkan pelbagai pakej menarik. Antaranya seperti pakej kesejahteraan minda menggabungkan weekend staycation, makanan sihat dan lazat serta aktiviti kesejahteraan fizikal serta mental.

Selain itu satu promosi khas telah dirangka bagi memberikan diskaun hebat untuk makanan serta minuman bagi mereka yang berjaya menghabiskan trek khas Pulse Grande x Putrajaya Steps. Pengunjung akan bermula d kaki Putrajaya Steps, Monumen Putra dan tamat di Pulse Grande Hotel.

Pulse Grande Hotel juga akan bersama-sama merancakkan pelancongan domestik dengan menawarkan pakej-pekaj berkembar melibatkan kembara dan bersiar-siar (tour & sightseeing) di tempat-tempat menarik Putrajaya dengan kerjasama pelbagai pihak.

Semuanya ini bingkisan perancangan Pulse Grande Hotel Putrajaya pada tahun 2022 akan datang. Sama-sama kita nantikan.


2 comments :

Sis Lin said...

Perghh dah macam buffet ramadhan pulak aku nengokk...best betull laaa.. rindu nak pi event ni.. tapi .....

Berryl Cholif Arrohman Nurriduwan said...

terima kasih informasinya
Visit Us