Friday, September 3, 2021

Set Makan Juadah Tanah Airku Bersempena Dengan Merdeka dan Hari Malaysia di FURAMA Bukit Bintang.

Hi Korang,

Kalau makan-makan memang hiduplah ahkak ko kan.. hehehhe…

Untuk meraikan kepelbagaian rasa yang berkaitan dengan masakan Malaysia, Spices @ Furama Bukit Bintang memperkenalkan rangkaian set Juadah Tanah Airku untuk penghantaran dan bawa pulang dari sekarang hingga 19 September 2021


Dilancarkan sempena hari Merdeka dan Malaysia, Set makanan Juadah Tanah Airku menampilkan menu yang berbeza setiap hari. Menu telah disusun untuk menawarkan pelbagai dengan hidangan Malaysia yang popular termasuk Kambing Masala, Ayam Goreng Berempah, Petai Sambal Udang, Butter Chicken, Prawn Rendang, Roast Spring Chicken dan Daging Panggang Selasih bersama dengan Nasi Briyani, Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Nasi Pilaf or Jeera Rice, papadam, pembuka selera dan sepotong kek untuk pencuci mulut.

Tengoklah atas meja kak lily nieh.


Pelbagai jenis hidangan menu sampai tak tahu nak pilih yang mana satu kann, semuanya enak-enak belaka. Baik nasi mahupun lauk pauknya.


dapat jugak papadom dan cake of the day

actually ini untuk 1 orang makan yer, banyak kan kan kan

Yang ni set untuk hari khamis, sebab setiap hari menunya berbeza tau.


Hidangan set Juadah Tanah Airku berharga 
RM 25 (1 Orang)
RM 50 (2 Orang)
RM 70 (4 Orang)
RM 100 (6 Orang) 

Penghantaran adalah percuma untuk kawasan yang terletak dalam jarak 10km dari Spices @ Furama Bukit Bintang.



Pesanan mesti dibuat minimum satu hari sebelumnya, dan boleh dibuat dengan melayari ke https://foodfbb.furama.com/discount/LILY15

Untuk info lanjut, boleh check it out di social media seperti berikut :


Website : www.furama.com


Instagram: furama_bukit_bintang





No comments :