Tuesday, September 21, 2021

Pembukaan Semula Butik Bob Rock Lovelily Mengikut SOP, Ayuh Membeli Belah

Hi Korang,

Haih lah..

Sepanjang PKP, PKPB, PKPP, PPN dan memacam situasi PPP ni payah untuk kita berfesyen, yelah butik-butik pakaian kan semua di tutup.

But not anymore!!

Untuk mereka yang bersaiz comel di luar sana, nieh kak lily nak bagitau ni yang Butik Bob Rock Lovelily telah pun kembali di buka dengan mengikut SOP yang telah pun di tetapkan oleh kerajaan.

Kak lily rasa sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu dengan pembukaan butik Bob Rock Lovelily menawarkan pelbagai koleksi pakaian lelaki dan wanita plus size (bersaiz besar) samada untuk diri sendiri mahupun untuk yang tersayang

Sesuai dengan tagline seperti yang diwar-warkan iaitu ‘Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita paling ohsem di Malaysia!’ Di butik ini menawarkan variasi versatil koleksi pakaian kerja dan kasual dengan pelbagai rekaan ada ditawarkan.



Butik fizikalnya yang terletak di Lot F-15 aras 1 PLAZA SHAH ALAM seksyen 9 Shah Alam. Ermm sangat seronok bila ke sini kerana suasana dan kemudahan yang di sediakan amat-amat membantu dan memudahkan untuk membeli belah di sini.

Bob Rock Loveliy Senantiasa Menjaga SOP



Apa yang penting Butik Bob Rock Lovelily sentiasa mengambil berat terutama didalam isu kebersihan apatah lagi di zaman pandemik ini. 



Butiknya akan sentiasa dibersihkan dan disanitasi. Selain itu, pihak pengurusan juga memandang serius terhadap pematuhan SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.



Antara aspek keselamatan yang perlu korang patuhi kita mengunjungi Butik Bob Rock Lovelily ini seperti:-

· Memakai pelitup muka dan disarankan dua lapis

· Scan MySejahtera dan suhu sebelum memasuki kedai

· Membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan

· Mejaga jarak antara satu sama yang lain

Hanya staff yang mencukupi dua dos sahaja yang dibenarkan bekerja, eh penting nie tau sebab mereka-mereka ini yang bakal melayani korang nanti.


Koleksi Baju Baru dan Mendapat Permintaan


Jenama Bob Rock sememangnya cukup terkenal dengan koleksi kemejanya yang cantik seperti Bahamas. Material, corak dan rekaannya memang memberi kepuasan kepada pengguna yang bersaiz plus size (berbadan besar). Dan yang terkini Bob Rock telah membawa kembali t-shirt bercorak.


Ya ampun, coraknya yang memang simple dan menarik perhatian sesangatlah.

T-shirt yang boleh kita guna setiap hari ataupun ketika melakukan aktivit santai. Paling penting material yang digunakan memang selesa terutama buat mereka yang plus size (berbadan besar) dan mudah berpeluh (apatah keadaan Malaysia yang cuacanya agak panas sekarang ini).



Ada 4 corak semuanya. Korang boleh pilih mana yang berkenan

Hanya 3 saiz sahaja ditawarkan iaitu 2XL, 4XL dan 6XL.



Bukan sahaja corak di bahagian depan, bahkan ada juga corak di belakang baju dengan saiz yang lebih kecil.









Bobrock Kini Ada di Shopee


Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Butik fizikal di Shah Alam. Jangan risau korang boleh dapatkan pakaian Bob Rock Lovelily di Shopee. Korang boleh dapatkan semua koleksi pakaian dari Bob Rock Lovelily di sini.





https://www.bobrocklovelily.com.my

Membeli-belah secara atas talian samada di Shopee atau laman web Bob Rock Lovelily memang memudahkan.

Apatah lagi semuanya boleh diselesaikan hanya di hujung jari. Oh ya! Pembelian melalui laman web juga ada tawaran menarik menerusi promosi yang diberikan masa ke semasa. Jadi jangan lepaskan peluang ini tau!



1 comment :

Sis Lin said...

Cantik dan bagus betul untuk yang bersaiz besar mcm kita ni kann.. geramm nengok.. kawan kita siap dah beli dah hahaha