Thursday, May 6, 2021

Jualan Mega Raya Meriah Di Seluruh Lulu Hypermarket Malaysia

Hi Korang,

Camne persiapan raya?? Dah ready ke belum?? Hehehhehe

Macam kak lily selagi tak raya selagi tuh lah persiapan raya tak siap-siap hehehhehe

Orang perempuan biasalah ada je benda tak cukup, bila dah siap-siap semua ek alas meja tak de plak, hiasan bunga lama tak tukar ermm itulah orang perempun kan. Eh tak perlah jangan bimbang, sempat lagi untuk kita membeli – belah untuk persiapan raya, apa lagi jom kita ke Lulu Hypermarket yeahh

Untuk Jualan Mega Raya pada tahun ini, Lulu Hypermarket menyediakan pelbagai jenis tawaran menarik yang mampu membuatkan korang tersengih besar bila tengok harganya dan kesemuanya di tawarkan a di laman beli-belah atas talian mereka dan di juga cawangan-cawangan Lulu Hypermarket seperti di LuLuKL Di Cap Square, LuLu Shamelin dan juga yang terbaru di LuLu SetiaCityOne, Setia Alam.

Kebetulan hari cuti minggu lepas, mood plak tengah rajin so kak lily ke Lulu Hypermarket di Setia City Mall, Setia Alam, ianya merupakan cawangan yang ketiga Lulu Hypermarket di Malaysia yang baru sahaja di buka pada 1 April 2021 yang lepas.

Jualan Mega Raya Lulu 6hb Mei – 9hb Mei 2021


Kalau korang nak tau yang Jualan Mega Raya Lulu ini meliputi diskaun besar-besaran bagi keseluruhan bahagian. Untuk pilihan baju raya pula, mulai 6-9 Mei 2021, Lulu menawarkan Potongan Rata 40 % ke atas bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari dan Churidar di Lulukl, Lulu Shamelin dan Lulu Setia City Mall.


Di Lulu Setia City Mall juga mempunyai koleksi menyeluruh untuk pelbagai jenama pakaian Melayu dengan pilihan warna yang menawan serta fesyen terkini. Seriously korang akan rambang mata dengan pelbagai pilihan dari segi rekaan dan warna, lebih-lebih lagi semuanya pada potongan harga yang istimewa ke atas koleksi pakaian asli.

Baju Raya Untuk Wanita












Baju Raya Untuk Lelaki









Baju Raya Untuk Kanak-Kanak




Betulkan kak lily cakap boleh rambang mata di buatnya, semuanya cantik-cantik belaka

Tengok nieh,

bergaya bethol si zarip ni hah

eh dia banjer lagikk

hah Reef cuba sampin plak ek

halah-halah keluarga bahagia sangat hah Khai dengan Madi

Madi pun nak sampin raya gak

anggun Jia Shen nilah

wow ina, muslimah hipsturr

Sempat jugaklah mereka-mereka ni mencuba beberapa pakaian raya di sini. Tampak cantik dan selesa apabila di gayakan. Wow tak sabar nak raya dah rasanya.

Promosi Barangan Segar Dan Keperluan Harian Dapur

Hah mesti korang sibuk jugak mencari bahan-bahan segar untuk menu berbuka dan hari raya nanti kan, jangan risau di bahagian barangan segar juga terdapat promosi baek punya hehehhe.. Barangan segar seperti ayam, daging lembu, kambing serta makanan laut juga mempunyai diskaun menarik dan harga berpatutan.
















Ataupun jika korang rasa malas hendak memasak, korang boleh memilih dari pelbagai pilihan makanan seperti hidangan Beriani Bucket yang pastinya dapat menjimatkan masa.




Untuk juadah berbuka puasa pula, Lulu senantiasa menghidangkan pelbagai pilihan hidangan sama ada makanan tradisi Melayu, Arab atau India, yang pastinya enak-enak belaka.. Sememangnya, Lulu memang terbaik.

Diskaun Hebat Di Bahagian Elektrik dan Elektronik

Terdapat banyak tawaran hebat berlangsung di semua stor. Potongan harga besar-besaran sehingga 70% diskaun di Bahagian Elektronik, Elektrik serta Peralatan Rumah untuk keperluan korang.





Buatlah pilihan gajet-gajet mahupun barangan elektrik yang korang inginkan, harganya sangat-sangat berpatutan.

Kuih raya pun ada gak tau..





Raya adalah tentang pemberian hadiah. Korang boleh pilih dari pilihan hamper hadiah ataupun kuih raya yang tersedia atau boleh memilih sendiri mengikut kesesuaian citarasa korang dan team Lulu akan membalutnya dengan cantik sebagai hadiah yang terindah.





Bagi kak lily di Lulu Hypermarket ada segala-galanya tak kiralah barangan basah, pakaian, keperluan rumah, gajet, barangan elektrik, dari sekecil-kecil pin tudung hingga sebesar-besar tv semua ada di sini.

Lagipun, dengan persekitaran yang selesa dan luas lagi menambahkan lagi keseronokan korang membeli-belah di Lulu Hypermarket ini.

Jom kite ke :


LuLu Hypermarket Setia City Mall
Persiaran Setia Dagang,
Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor


LuLu Hypermarket Kuala Lumpur
Lot 159, Persiaran Capsquare, Off, Jalan Munshi Abdullah, 
City Centre, 50100 Kuala Lumpur

LuLu Hypermarket 1Shamelin Mall
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 
Cheras, 56100 Kuala Lumpur


Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,

Website :

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook Page :

Instagram Link :
https://www.instagram.com/luluhypermy/

















1 comment :

Azlinda said...

bila ckp psl raya ni, bukan je nak siapkan baju raya. malah langsir raya, groceries raya, kuih raya, karpet raya, oven raya eh serba serbi nak raya juga hehehe. Sebab tu, kena bijak berbelanja, beli masa ada diskaun hebat !