Wednesday, December 18, 2019

VIVO V17 Hadir Dengan Keajaiban Skrin ULTRA O Dan Reka Bentuk 5-KAMERA

Hi Korang,


Vivo telah memperkenalkan V17 di Malaysia. 

Wah keluar lagi model phone terbaru dari Vivo ek, nampak cantik bila di pegang yer. Sleek design sungguh!


V17 dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif yang memberikan pengguna pengalaman tontonan di luar imaginasi mereka. Tampil dengan 5 kamera gred profesional di depan dan belakang, V17 membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang menarik. Dengan reka bentuk futuristik disertakan pilihan warna yang mewah dan kemasan yang berkilat, V17 adalah apa dicari-cari para pengguna yang muda dan bergaya. 

"V17 mewakili pemahaman kami tentang keperluan pengguna hari ini dan inovasi yang kami banggakan. Reka bentuk 5-kamera dengan Skrin Ultra O membolehkan pengguna menghasilkan gambar dan berpengalaman menonton di luar imaginasi, Penciptaan V17 sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna sambil memperkukuhkan lagi kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik khas buat rakyat Malaysia." kata Raymond Lee, Pakar Vivo Malaysia.



Reka Bentuk Skrin Ultra O Terbaharu Membuka Pintu ke Dunia Baru 

V17 dilengkapi Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan paparan yang paling nipis dalam industri. Paparan 6.44 inci FHD+ mempunyai kamera hadapan berukuran 2.98mm yang sangat jelas, suatu penggayaan yang tampil futuristik tanpa menjejaskan pengalaman tontonan. Paparan Super AMOLED mempunyai nisbah aspek sebanyak 20:9, sekaligus menawarkan warna gamut yang asli sambil menyaring 42% cahaya biru. 

Peranti pintar ini juga disediakan dengan Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, ia membolehkan pengguna membuka kunci peranti pintar dengan selamat dan mudah.


Kamera AI Quad 48MP dan Kamera Depan 32MP untuk Merakam Momen-Momen yang Tidak Boleh Dilupakan 

V17 mempunyai kamera AI Quad yang mampu menghasilkan gambar-gambar yang hebat. Kamera Utama 48MP, kamera Super Wide-Angle 8MP, Kamera Macro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP, digabungkan dengan algoritma AI dapat menyampaikan pengalaman fotografi yang terbaharu dengan kejelasan foto yang lebih baik. Peranti pintar ini juga mempunyai kamera Super Wide-Angle yang memperluaskan tangkapan lanskap.

ya ampun perangai memasing ek

ini mafia betul lah

lets kopi geng -AR emoji yang awesome

Dengan Kamera Depan 32MP, V17 membantu pengguna menangkap swafoto berkualiti tinggi dan pengambilan gambar berkumpulan dengan lebih mudah. Untuk melengkapkan pilihan fotografi profesional, peranti pintar ini juga menampilkan ciri "Super Night Mode" dan "Super Night Selfie" yang meningkatkan kejelasan walaupun pada waktu malam. Ia menawarkan kualiti foto yang terbaik pada bila-bila masa, di mana sahaja. 


Kapasiti Bateri yang Besar dan Prestasi Perisian yang Terbaik untuk Penggunaan Sepanjang Hari 

V17 juga direka untuk pengguna menyelesaikan tugas harian mereka hanya dengan menggunakan peranti pintar mereka, sama ada untuk kerja, sosial atau hiburan. Ia disokong oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM yang dapat memberikan prestasi yang hebat untuk semua aplikasi dan memastikan sistem peranti dapat dikendalikan dengan lancar pada setiap masa. Bateri 4500mAhnya dengan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin membawa kecekapan yang lebih tinggi dan pengecasan yang lebih pantas supaya peranti pintar ini dapat memberikan pengalaman mudah alih yang berpanjangan dan selamat. 

Untuk gamer yang mencari pengalaman permainan mudah alih yang lancar, V17 dilengkapi dengan Ultra Game Mode yang menyediakan pengalaman permainan terbaik dan tidak terganggu dengan menyekat mesej dan notifikasi buat sementara waktu untuk pengalaman dunia fantasi yang sempurna. Teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif mengesan sistem pengendalian untuk memastikan pemain dapat menikmati prestasi permainan yang lebih menggembirakan. V17 juga dilengkapi dengan ciri "Voice Change" yang boleh menyeronokkan lagi waktu permainan dengan penyediaan pelbagai suara untuk memadankan dengan watak-watak permainan.


V17  ini di datangkan dengan 2 pilihan warna menarik iaitu Admiral Blue dan Crystal White. Dua-dua memang cantik wei, berkenan sungguhlah akak ko ni kan.


Harga seunit V17 adalah RM1,699 so boleh korang asing-asingkan duit bonus hujung tahun ini untuk beli gadget awesome ni kan.



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 

2 comments :

Umi Nazrah said...

wah tak terkejar teknologi smartphones ni. hahaha

Kerja Sendiri said...

Kalau nak beli iPhone 11 Pro mahal sangat so Vivo 17 boleh jadi alternatif.