Thursday, December 12, 2019

Makan-Makan Di MOMOCHAN JAPANESE Restaurant, Jaya One PJ

Hi Korang, 

Siapa yang tak suka dengan makanan jepun, betul tak ?? 

Even anak sedara si sakeep tuh pun pandai nak sushi-sushi bagai kan. 

Tapi itulah masyarakat kita hanya tahu menu-menu basic dalam makanan jepun macam sushi, sashimi, bento dan paling tidak pun karaage. 


Kak lily di perkenalkan dengan satu restoran jepun yang hidangannya nampak unik tapi sebenarnya rasanya seperti rasa ala-ala tekak kita-kita rakyat marhaen ni. 



Momochan Japanese Restaurant yang terletak di The Square Jaya One Petaling Jaya ni kak lily rasa sangat-sangat esklusif dan cantik. Susunan dekorasinya simple tapi menarik dan pencahayaannya terang, kak lily suka kedai makan terang-terang ni senang nak ambil gambar dan makan sebenarnya hauhauha 

Untuk musim perayaan Krismas ini, Momochan Japanese Restaurant ada menawarkan beberapa hidangan istimewa yang patut korang cuba, di antaranya seperti :- 

PEMBUKA SELERA (Starter) 

Plain Chawanmushi with Yuzu Chili RM5.90 

Chawanmushi yang di hasilkan dari kastard telur seakan-akan taufu lembut. Uniknya untuk menu ini, di letakkan sekali sedikit Yuzu Chili untuk menambahkan lagi kepedasan bagi hidangan ini. 

Shitake Nanban -Fried Shitake Mushroom With Nanban Sauce RM12.90 

Rasa ranggup cendawan shitake bersama dengan sos istimewa hasil air tangan chef. Unik namun dari segi rasa dan rupa tidak mengecewakan. Garing tuh yang sedap tuh kann. 

Japanese Karaage Winglets RM12.90 

Ayam goreng ranggup dan garing di bahagian luar dan sangat lembut isi ayam didalam. Tak payah nak sos bagai, enak di makan begitu saja. Dan juga bersama coleslaw yang ranggup gak. 

Untuk hidangan pembuka selera korang boleh juga mencuba menu lain seperti:- 


· Scallop Chawanmushi | RM10.90 

· Chicken Karaage Salad | RM15.90 

· Sweet Potato Fries | RM9.90 

· Wasabi Coleslow | RM4.90 

· Mashed Potato -With Homemade Chicken Gravy | RM4.90 

MENU UTAMA 

Meh kak lily kongsikan dengan korang menu-menu utama bagi hidangan perayaan Krismas ni ek, di antaranya seperti:- 

Japanese Southern Fried Chicken RM20.90 
(Quarter Chicken Marinated in Buttermilk, Battered and Fried) 

Ayam goreng panas-panas tetapi rasanya lebih istimewa. Ini adalah ayam gorang gaya Jepun yang cukup terkenal dari segi rasanya yang penuh dengn rasa, berjus dan ranggup 
 
Christmas Beef Special RM31.90 
(150g Australian Tenderloin - Pan Seared , Sous Vide Then Char Grilled Served With Japanese Ponzu and Grated Radish Sauce) 

Lembut dan enak dan sos buah pir tu sangat-sangat lazat. 

Momochan Loves Vegetables RM18.90 
(Japanese Noodle Pasta, Tomato Sauce, Pumpkin Puree with Tempura Enoki Mushrooms) 

Keunikkannya bukan hanya pada tempura cendawan enoki dan pasta semata bahkan kehadiran puri labu yang memikat selera juga. Vegetarian kena rasa tau. 

PENCUCI MULUT 

Homemade Belgian Chocolate Ice Ceram RM11.90 


Homade ais krim yang sememangnya mewah dengan rasa coklat belgian. Sangat lembut dari segi tekstur. 



bila dapat makan, bahagialah diaorang ni kan kan kan

Kak lily dah cuba, korang bila lagi ek. 

Jangan lupa singgah ke 

Momochan Japanese Restaurant 
G.002 the square, 
Jaya One,72A, 
Jalan Universiti, Seksyen 13, 
46200 Petaling Jaya, Selangor 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Facebook: 



No comments :