Sunday, June 9, 2019

Program Muslim Volunteer Malaysia Relief “SYRIA, KAMI DATANG 3.0”


Hi Korang,

Di bulan Ramadan yang indah ni, kak lily nak kongsikan serba sedikit mengenai MVM Relief ni, ermm seriously kak lily pun tak tau mengenai ni until ada kengkawan yang citer then barulah kak lily tau

Apa Itu MVM RELIEF ?

Muslim Volunteer Malaysia atau lebih di kenali sebagai MVM Relief merupakan program bantuan kecemasan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa. Ianya merangkumi negara Asia seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.

Bantuan kecemasan ni tak kiralah bantuan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan pelbagai lagi. Ketidakstabilan emosi pun perlukan bantuan jugak tau.



Untuk korang yang tak tau macam kak lily ni, di antara program bantuan yang telah pun dilaksanakan adalah:

MVM Relief Malaysia :

1.  Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang (2013)
2.  Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantang (2014 dan 2017)
3.  Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak (2016)
4.  Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah (2017)

MVM Relief Antarabangsa :

1.  Misi Bantuan Gabungan Anak Muda Jordan - Lubnan (2017)
2.  Unity Convoy Ambulance For Syria - UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria, Greece (2017)
3.  Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria (2017)
4.  Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh (2017)
5.  Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang (2018 dan 2019)
6.  Misi Bantuan Ramadan : Rohingya, Kami Peduli (2018)
7.  Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang (2017-2018)
8.  Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga : Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWher(208)

Kak lily ada dengar-dengar mengenai misi bantuan ni tapi tak alert pun, apa teruknya ahkak ko sorang ni kan.


Kalau korang nak tau,

Pada tahun 2016, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk kerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya, pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.

Pada tahun 2019 ini telah masuk tahun ke-3 MVM melaksanakan amanah rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk, dan keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta.

MVM berasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di luar negara terutamanya negara Islam. Oleh sebab itu, MVM memikul amanah rakyat Malaysia bagi menyalurkan sumbangan dan kasih sayang rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang jauh lebih susah dan menderita di luar negara


MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0




Bagi Ramadan 2019 ini, ianya merupakan tahun ke-3 MVM akan menghantar bantuan Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki - Syria.

Di antara jenis bantuan yang akan dihantar adalah seperti berikut :

1.  Pek Iftar dan Sahur
2.  Pek Makanan (barangan asas dapur)
3.  Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.




Untuk misi bantuan Ramadan 2019 ini, dana sasaran bantuan keseluruhan pada kali ini adalah sebanyak RM500,000. Di anggarkan seramai 20,000 pelarian Syria akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan kali ini.

Antara lokasi bantuan adalah seperti berikut :

1.  Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
2.  Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria
3.  Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo

Pada tahun ini, MVM bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM) bagi Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0. Petugas dan sukarelawan MVM serta GPM dijangka berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 sehingga 6 Jun 2019.


Soalan yang bermain di fikiran kak lily kenapa kita nak kena hantar bantuan-bantuan ini Ke Syria?

Habis rakyat-rakyat kita di negara ni tak de orang nak tolong nanti

Ishk korang ni, jangan selfish boleh tak !

Pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria masih berterusan dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahun yang lalu. Setiap minit pasti ada kematian yang berlaku. Bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukupi dan diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian.

Kini, hampir 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian di sempadan Turki dan Syria. Bantuan yang dihantar oleh MVM hanya mampu meliputi
20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa.

Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah rakyat Syria ini kehilangan pengenalan diri akibat peperangan ini menyebabkan mereka sukar untuk bekerja atau bersekolah dan juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain.
Kita di Malaysia ni walaupun susah cam ne pun, pasti akan ada yang datang membantu tak kira banyak atau sedikit bantuannya so kita kena bersyukur tuh

Atas keprihatinan ini, MVM turut mengambil tanggungjawab kemanusiaan untuk turut menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka bersama NGO-NGO dari seluruh dunia.


Cara Untuk Menghulurkan Sumbangan ke  MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0 ?

MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu atau menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria.

Maklumat bantuan :

1 tajaan umum : RM100 / keluarga atau seberapa sahaja yang termampu. Jenis Bantuan :
1.  Pek Iftar dan Sahur
2.  Pek Makanan (barangan asas dapur)
3.  Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.

  


Atau hulurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

    Maybank (56480 164 7699)
    CIMB Islamik (8602 5378 07)
    Bank Islam (1230 0010 0030 65)
    Affin Bank (1060 2003 8503)
    Email: account@mvm.org.my

Sekiranya, korang sudi menghulurkan sumbangan dalam jumlah yang besar
iaitu RM1,000 ke atas, MVM akan menyediakan resit pelepasan cukai untuk korang.

Boleh hubungi wakil MVM di 012 235 6854 untuk pertanyaan serta urusan lanjut.

Ikuti MVM di sosial media :

Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM

Website rasmi : www.mvm.org.my
Website donation : www.donationa.mvm.org.my

No comments :