Wednesday, June 19, 2019

MAGICA at Subang, Lokasi Menarik Untuk Acara Perkahwinan Korang

Hi Korang, 

Yesza kak lily suka raya sebab ape?? 

Sebab dapat jumpa kengkawan, dapat makan-makan, pi open house kan hehehhee 

ok ni majlis kahwin ke reunion blogger hehehe

Lebih-lebih lagi kalau openhouse di tempat-tempat yang esklusif dan menarik serta sedap mata memandang 

dulu masa kahwin, tak de pun naik labu nie huahauhau

Kebetulan pulak dapat jemputan ke MAGICA Events and Function Halls di Subang ni hari ahad hari tuh so apa lagi haruslah jangan di lepaskan peluang kan kan kan 

Kalau korang nak tau MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar pernah dilancarkan yang terletak di tingkat 4 Star Avenue Lifestyle Mall, MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. 

Kak lily dapat rasakan sendiri suasana keajaiban pada saat kak lily melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang profesional, seolah-olah semua orang sedang dibawa ke satu dimensi lain iaitu alam MAGICA. Hari istimewa ini dianjurkan dengan kerjasama lebih daripada 20 rakan vendor dalam industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan termasyhur, pakar dekorasi berpengalaman dan ramai lagi. 

MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza. Kami berpeluang untuk menyaksikan sendiri kesemua dewan dan seriously rasa terpukau dan kagum. 

Magical Hall 


Dewan utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat claripacla lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung clengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. 





Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik, Mampu memuatkan selungga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu clengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu. 

Classic Hall 


Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. 



Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis korang ke tahap yang lebih berprestij. Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, korang  boleh menyerlahkan kreativiti sencliri clengan menclekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing. 

Garden Hall 


Sementara itu, Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan dan ianya sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. 





Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi clengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung clan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal. 

VIP Suite Rooms 

Untuk pelanggan yang bercaclang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara. 

Rakan Vendor Magica Events & Functions Hall







Magica Events & Functions Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor clan pastilah dekorasi mempersona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian, Boleh kak lily katakan bahawa dengan tawaran clan kelengkapan yang disediakan oleh MAGICA, korang iaitu bakal mempelai bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna dan berprestij, bahkan dapat menjimatkan lebih 50-60% daripada apa yang sepatutnya korang belanjakan. 

Pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin





Kak lily berkesempatan jugak untuk menyaksikan sendiri pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Puttee Bridal clan KYBC. Sangat-sangat cantik gaun pengantinnya, erm korang pun pasti teruja bila melihat gambar-gambar ini kan


muka-muka orang kelaparan

masing-masing bertambah makan ek


Sambil duduk santai, kami dihidang dengan juadah menyelerakan oleh beberapa rakan katerer MAGICA iaitu Kencana Katering, Zai Sri Gemilang, Rose Catering, DSaji, J.Y.Caterer, etc.

kami yang happy!!

Bagi korang yang masih tercari-cari lokasi majis persandingan korang, kak lily syorkan korang untuk ke Magica ni dulu untuk melihat sendiri kecantikan, keajaiban di Magica ni. 

Alamat:

MAGICA Events & Functions Hall,
Tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall, 
No. 3 Jalan Zuhal US/179,
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor.

Telefon: 012-6787795


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com




#magicawedding 
#magicaeventhalls


No comments :