Wednesday, April 17, 2019

Fisherman's Friend Blackcurrant, Perisa Baru Ni Lah

Hi Korang,

Peminat anggur hitam pasti gembira menerima berita ini! Perisa anggur hitam yang menyegarkan kini boleh didapati dalam lozeng baharu Fisherman's Friend Blackcurrant. Menggabungkan perisa mental yang menjadi lambang keunggulan Fisherman's Friend dengan sentuhan kesegaran buah anggur hitam, lozeng terbaru ini pasti akan mendapat sambutan.


Lozeng Fisherman's Friend digemari oleh rakyat Malaysia dan terkenal kerana keupayaannya memberikan kesan kelegaan dan kesegaran nafas. Setiap pek lozeng Fisherman's Friend membawa ciri inovatif "Zip & Lock" (penutup zip), untuk memastikan setiap lozeng segar hingga yang terakhir! 

Selama ini, Fisherman's Friend telah memperkenalkan pelbagai produk untuk disesuaikan dengan keperluan pengguna, termasuk lozeng tanpa gula. Tambahan terbaru ini juga tidak mengandungi gula dan merupakan alternatif yang sesuai untuk mereka yang mahukan pilihan produk tanpa gula. 

Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif Fisherman's Friend di Malaysia, "Sebagai jenama yang terkenal dan mempunyai kedudukan global yang kukuh, kami komited untuk menawarkan produk yang segar dan menarik kepada pengguna. Dengan tambahan lozeng terbaru kami, pelanggan boleh menikmati manisan rasa buah-buahan yang segar dan juga mendapat kelegaan segera daripada kerengsaan tekak dan batuk. Sesungguhnya anggur hitam digemari oleh rakyat Malaysia, dan itulah sebabnya produk ini cepat menjadi kegemaran ramai!" 

Keluaran lozeng Fisherman's Friend yang melebihi lima billion setiap tahun di seluruh dunia dengan sentuhan kesegaran lozeng anggur hitam baharu masih didambakan, sama seperti lozeng Original Fisherman's Friend yang pertama dicipta di England pada 1865. 


Lozeng Fisherman's Friend Blackcurrant boleh didapati di semua pasar raya hiper, pasar raya, kedai serbaneka, kios stesen minyak dan kedai farmasi di seluruh Malaysia. Produk dijual pada harga jualan yang disyorkan RM4.20 untuk pek 25g. 

Semua produk Fisherman's Friend disahkan halal. 

Fisherman's Friend diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. Buat masa ini, GBA menguruskan banyak jenama terkenal dengan kerjasama rakan niaga dari seluruh dunia, yang kebanyakannya merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.





No comments :