Thursday, April 11, 2019

Budak Buat LIVE Dapat Tajaan Kahwin RM500 RIBU!!

Hi Korang, 


Betul kata pepatah 'Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu'. Itu satu peribahasa yang boleh diberikan kepada gadis muda yang baru sahaja berusia 19 apabila majlis perkahwinan beliau mendapat tajaan bernilai RM500 ribu


Mesti korang tertanya-tanya siapakah gadis ini, adakah selebriti atau pernah mendapat anugerah?. 

Mesti ramai yang tetanya anak gadis bernama Siti Suriani atau nama glamor Siti Jamumall ni. Bagi pengusaha dan pengguna produk kosmetik atau produk-produk kesihatan dan fesyen dah sinonim dengan nama ini. Beliau adalah usahawan muda yang hanya pada mulanya suka-suka buat video dalam sosial media dan kini telah menjadi terkenal. Ini kerana niat mulia beliau membuat promosi produk usahawan lain secara ikhlas di sosial media sehingga viral kini dibalas semula. 

sedap sesangat, bertambah-tambah kak lily makan

Apabila ramai daripada pengusaha produk dan juga pemilik restoran atau makan mahu menjadi penaja kepada majlis perkahwinan beliau ini. Tajaan ini merangkumi daripada hari pre-wedding, majlis berinai, majlis pernikahan, majlis perkahwinan sehingga kepada pakej berbulan madu. 

Betul juga orang kata selalu kita nampak rezeki itu hanya dalam wang ringgit sahaja tapi sebenarnya tajaan majlis seperti ini juga adalah merupakan rezeki yang datang tanpa salah alamat. Of courselah kak lily excited kerana ahkak ko ini juga mendapat jemputan ke majlis Meraikan Cinta dua mempelai ini yang berlangsung pada 7 April 2019 lepas bertempat di Laman Kayangan Shah Alam



Bila masuk je ke dewan perkahwinan tu sendiri dah nampak gahnya majlis ini kerana semua cukup lengkap tersedia untuk meraikan raja sehari ini. Daripada pelamin dan dekorasi dewan yang ditaja khas oleh Wedding by Emma, siapa tak kenal selalu buat majlis perkahwinan artis-artis popular tanah air. Kemudian pula makanan yang sedap dalam tu juga semua mendapat tajaan. 

sama cantik sama padan

Memang yang menaja perkahwinan Siti dan Syafiq ni, ni kak lily senaraikan semua vendor yang sudi menaja untuk majlis yang meriah ini. 

1. VIP Menu dari Rumpun Selera 

2. Pelamin dan Hiasan Dewan dari Weddingbyemma 

3. Baju Pengantin dari Olia Jean Bridal Collection 

4. Grand Cake dari Mad About Cake 

5. Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty 

6. Jamu dari Seri Lady Empire Resources 

7. Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal 

8. Kain Pasang Diamond dari Irahsukri 

9. Telekung dari Pretty Aini 

10. Make-up Set dari Zacthira Navillionniza 

11. Skaf dari Scarf by Mehrun 

12. Printed Box dari Art Creation Printing 

13. Perfume dari Luxe Essencia Resources 

14. Package Honeymoon dari Arwarna Resort 

15. Rempah Ratus Mak Siti


Pulak tu untuk kelengkapan raja sehari ini daripada busana yang mewah dan elegen pada hari persandingan ini ditaja daripada Dlia Jean Bridal Collection manakala kek yang tinggi melampai korang nampak tu juga ditaja oleh Mad About Cake (M.A.C). Memang murah betul rezeki Siti ni kan 

Pasemboq Penang daripada Jocker Cendolz

Ais Krim Viral

Khairul Ais Krim

Mee Kari Kriuk Kriuk dari Chef Nar Kitchen

satay daripada Satay Ros

Laksa Johor

Icely Aiskrim Potong

Apam Balik daripada The Vaggiess


Sangat-sangat kenyang tuh kak lily makan sebab semuanya sedap-sedap belaka daripada beberapa penaja makanan majlis terebut. Di antaranya adalah Apam Balik daripada The Vaggiess, Pasemboq Penang daripada Jocker Cendolz, Otak-otak daripada Fadli, satay daripada Satay Ros, Mee Kari Kriuk Kriuk dari Chef Nar Kitchen dan banyak lagi. Dalam tu pula ada banyak booth airkrim antaranya aiskrim potong daripada Icely Aiskrim Potong, booth Khairul Aiskrim dan booth AA Ice Cream

Sessi interview bersama Siti dan Syafiq, sedih dengar citer dia tau. Dia berusaha dari bawah hingga ke hari ni hasilnya menakjubkan

Kalau korang nak tengok gambar-gambar menarik sepanjang berlangsungnya kemeriahan majlis perkahwinan yang grand ni boleh layari laman Facebook Jamumall.com. Sebab Siti Jamumall ni dulu menjadi promoter atau host untuk produk-produk dalam Jamumall.com ini. Ramai selebriti dah mengunakan perkhidmatan Siti Jamumall ni antaranya Che Ta, Faizal ismail, Shuib, Sarah Raisudin, Sherry Ibrahim, Shahrul Ridzuan dan Lana Nordin.

Kak lily ucapkan selamat pengantin baru kepada Siti Jamumall dan pasangannya Syafiq yang juga sama muda ni moga terus kekal melayari bahtera rumah tangga dengan aman dan bahagia. Moga dikurniakan cahaya mata yang comel dan soleh. Juga terus berjaya dalam kerjaya yang beliau ceburi sekarang ini. 

Selamat Pengantin Baru Siti dan Syafiq





No comments :