Sunday, May 27, 2018

Buka Puasa di Bunga Lawang Cafe, Bangi

Hi Korang,


Tahun ni buka puasa sama je macam tahun lepas, everyday ada jemputan makan tapi tak semua kak lily pi lah, yelah kalau jauh bebenau tuh malas lah.

Masak pun rancak gak sebab kan kak lily cuti MC sebulan ni, so kalau tak kemana-mana mesti masak muaklah nak beli kat bazaar bukan sedap pun hehhee

Macam hari tuh tengah syiok-syiok masak, kak Inez call ajak buka kat Bunga Lawang Cafe. Ermm siapkan masak-masak then terus gerak ke sana, alah bukan jauh pun 5 minit dari umah.

kepala meja kak lily, kemain tak nak bangun kan huahauaha

Sebab tak tau nak order apa, Kak Inez cadangkan order set menu B2 yang sesuai dimakan untuk 3-4 orang. Kak lily ikut sajor sebab kita mesti cuba kan menu-menu special Bunga Lawang Cafe ni.

Masa semua sampai haruslah bergambar dulu sementara menunggu waktu berbuka. Rasa terliur-liur dah kat tekak ni, ishkk perangai cam bebudak sungguh.

Di antara hidangan di dalam set menu B2 adalah:

Kari Kepala Ikan Jenahak

Ya ampun kenapa kak lily tak pandai masak macam ni ek, karinya lemak tak pedas dan sangat lengkap rasanya tak de langsung yang kurang. Abis pipi-pipi ikan tuh si Mahamahu makan, bahagian ekor plak Mr Big yang sapu, kami yang lelain rasa hak badan jelah kan. Bagaikan daripada melimpah ruah kuah sampai kering kami sental ishkk malu wokeh

Sambal Udang

Memang pedas tapi sedap, lagi pedas lagi ketagih nak rasa.

Ayam Lemon

Rasa lemonnya tak terlalu kuat, just nice. Ayamnya di goreng garing sekali

Sotong Masak Hitam

Hitam tuh sebab dakwat si sotong tuh, ermm sedap jugak

Tetel Goreng Jintan

Aduiyai ini memang membangkitkan selera sungguh, sampai kak lily ratah cam tuh je

Taugeh Goreng

Ranggup dan dihidangkan panas-panas ermm delicious, portion pun just nice tak kecil dan tak besar.

Telur Masin
Ulam-Ulaman dan Sambal Belacan

Nasi

Sirap Selasih 

Bubur

Agar-Agar Santan
Kurma

Hah amik ko banyak sungguh lah kan..

Ada jugak set menu ramadan yang lelain seperti:







Selain daripada set menu ni, ade jugak set ala carte seperti biasa seperti Laksa Johor, Mee Rebus, Sup Tulang dan pelbagai lagi. 

Total untuk harga set B2 ni adalah RM155 oklah kan, kalau di bahagi kepada 4 orang baru berapa je kena bayar. Lagi murah daripada makan di hotel ek.

sedap weiiii

Ada tempat solat lagi so dont worry korang tak miss pun solat maghrib ek tapi kena amik turn lah kan wokeh.

So kak lily dah bagi suggestion kemana korang nak buka puasa kalau asyik pening memikirkan ek. Puashati sebab kualiti makanannya macam makan kat umah je hah..

Jom ke:

Bunga Lawang Cafe
50-G, Jalan 7/7B, 

Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

43650 Bangi, Selangor





Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 


Selamat menjamu selera semuanye...



18 comments :

Abby Onety said...

Hello.... kak Lily. Abby baru tahu klo kak Lily tuh seorang MC. Hebat ya...

Oh kak Lily gk pandai masak ya, sama dong ma Abby hihi.. toss dulu. Tp ndk kuatir ya soalnya skg kan banyak buffet ramadhan bisa buka puasa dimana aja.
Banyak makanan enaknyg di jual sepertibyg kak Lily posting tuh. Lawang cafe Bangi

Mermaid said...

Ala kak lily terliur Ika lihat menu yang ditawarkan. Tetel Goreng Jintan Ika tak pernah try. Boleh Ika try nanti nampak menarik dan sedap ni. Harga pun boleh tahan ni

Bro Framestone said...

Perghhh dah la bulan puasa nie, tengah mengidam kari kepala ikan... Dah la mamak dekat sini, tak de pula yang jual kari kepala ikan... T-T

cik tom said...

sambal udang dengan ayam masak lemon tu favourite ciktom..nampak sedapnya tengok..harga pun affordable sangat..boleh ajak suami ke sini...hehe

Alia Farhan said...

Pakej dia menarik...
Dan harga pun reasonable jugak...untung org bangi kalau tak tau nak mkn apa or buntu nk masak..boleh la mkn dekat sni

Ezna Khalili said...

Memang sedap pun lauk pauk kat sini. Kari kepala ikan jenahak dan tetel goreng jintan tu memang win lah. Apa lagi nak komen....memang tak rugi lah kalau makan kat sini.

Zayani Zulkiffli said...

Bagi saya, menu yang macam ni jugak lah paling kena dengan selere tekak. Buffet tu kadang terlalu banyak pilihan sangat.

Nadia Johari said...

giler murah set-set tu..ni kene ajak suami cuba makan dekat sini. Menu -menu ni pun makanan kegemaran dia. Belum rasa lagi asam pedas

AyuArjuna BiGoshh said...

Aku mmg recommend org datang nakan kt sini. Sedap dan nerbaloi dengan harga. Lepas tu tempat sangat cantik, mmg rasa selesa datang ke sini

Qeela said...

Eh macam pernah dengar la Bunga Lawang Cafe ni..tapi rasanya tak pernah pergi lagi hehe..Bagusnyaa siap ada set-set untuk berbuka, harga pon boleh tahan jugak hanya starting from Rm45 je! Niceee nanti kalau pergi Bangi nak try lah berbuka kat situ, nampak sedap-sedap juadah yang ada tuu hehee 😍

Mahamahu said...

Kita rasa nak buka puasa lagi kat sini memang makanan mereka sedap-sedap terutamanya kari kepala ikan tu memang sangat terbaik kita sedut habis semuanya wakakakak..

Hanny Abdullh said...

Memang betul tu..sekarang ni kalau beli juadah di pasar ramadan, keluar keluar satu plastik je beli...tak tahu dah nak beli apa, tak macam dulu..sekurang kurang 50 hinggit boleh lesap kalau beli kat pasar ramadan. Sekarang ni rasa dah lain macam..kureng sikit. Baik masak kat rumah atau sesekali keluar gan keluarga ke buffet Ramadan

Mek Onie said...

Kak lily, harga dia berbaloi tauuuu sebenarnya....lauk pun boleh pilih ikut kesukaan masing-masing. CUma why la restoran ni di Bangi,kan best kalau buat area shah alam..nak gak rasaaaaa

Bonde Zaidalifah said...

Menarik betul Kari Kepala Ikan Jenahak tu... dan pakej makanan dia menarik harga taklah mahal sangat, nak terjahlah nanti.. berselera tengok Kak Lily makan terliur kite he he he nasib dekat jer bangi rupanya..

Rawlins GLAM said...

Kenapa la Rawlins tak free masa ni? Lazat yang amat makanan kat BLC nie. Mencik tau. Please buat lagi Kak Inez.

Zharif Azis said...

pertama kali dengar nama restoran bunga lawang nie. ternyata restoran nie menawarkan hidangan yang sangat menyelerakan. tambah pula harga utk set tu sangat ebrpatutan dengan apa yg ditawarkan. okay nak pi sana

Mimie said...

Nampak sedap semua menu yang ada. Tapi yang saya fokus telur asin. .hahaha.. .favourite sy tuh kak

Lia Hasty said...

Kari Kepala Ikan tu nampak sedap lah dan memanggil suruh try. Lauk yang lain pun nampak sedap juga. Kalau turun KL nak singgah Bunga Lawang Cafe ni.