Saturday, May 26, 2018

Kuala Lumpur Convention Centre Anjur Maj/is Amal Berbuka Puasa Ke-11 Berturut-Turut

Hi Korang,

Untuk mengimarahkan semangat berpuasa dan bersedekah pada bulan Ramadan, Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) baru-baru ini menganjurkan majlis berbuka puasa tahunan buat kali ke-11 berturut-turut. 



Tahun ini, Pusat Konvensyen meraikan seramai 94 kanak-kanak dari Living Hope* dan Yayasan Generasi Gemilang (GG)**, serta 32 pesakit Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF)*** Malaysia bersama keluarga mereka dengan jamuan berbuka puasa dan aktiviti yang menyeronokkan. 



Sebagai permulaan, wakil-wakil Batik Guild, kakitangan Pusat Konvensyen dan rakan-rakan media mengetuai tetamu VIP kecil dalam aktiviti melukis batik berwarna-warni bertema Hari Raya! Selepas itu, mereka semua diraikan dengan jamuan pelbagai sajian makanan kegemaran ramai yang lazat, disediakan khas oleh kumpulan chef Pusat Konvensyen yang memenangi anugerah. 


Menjelaskan tentang majlis istimewa ini, Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor, berkata, "Kami sentiasa teruja untuk menganjurkan acara bermakna ini dan kami menantikannya setiap tahun. Kami terharu melihat dewan kami diselubungi kegembiraan dan keseronokan apabila kanak-kanak ini menyertai aktiviti dan menikmati juadah berbuka puasa yang kami sediakan. Kami berbangga kerana dapat menganjurkan majlis berbuka puasa kami buat kali ke-11 berturut- turut dan kami percaya kerjasama kami dengan Living Hope, Yayasan Generasi Gemilang and Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF) Malaysia akan berterusan untuk selama bertahun-tahun yang akan datang." 

Mengucapkan terima kasih kepada Pusat Konvensyen kerana menganjurkan majlis jamuan tahunan ini, Pengasas dan Pengerusi Living Hope, Dr Peggy Wong, berkata, "Pusat Konvensyen benar-benar telah berusaha setiap tahun untuk membawa kegembiraan dan mengukir senyuman di wajah kanak-kanak ini dengan aktiviti mereka yang kreatif dan menyeronokkan. Kami terharu melihat sebuah organisasi seperti Pusat Konvensyen menghidupkan semangat Ramadan dan berkongsi kegembiraan musim perayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kanak-kanak ini seronok dapat datang ke Pusat Konvensyen untuk berbuka puasa, terutama mereka yang pertama kali mendapat peluang berbuka puasa di luar rumah mereka." 

Menyokong pandangan Wong, Pengasas GG, Encik Daniel Tan, berkata, "Aktiviti Pusat Konvensyen yang menyeronokkan dan sajian makanan yang lazat sentiasa dinantikan oleh kanak-kanak ini. Lebih penting lagi, mereka diberi peluang untuk mengalami budaya berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam, menyemaikan nilai saling menghormati dan memahami sejak kecil." 

Acara pada malam itu berakhir dengan pengagihan bingkisan manisan yang disediakan khas oleh pasukan Kulinari dan duit raya oleh Alan bersama pasukan pengurusan kanan kepada VIP kecil dari Living Hope dan GG, serta pesakit NKF dan keluarga mereka. 


Untuk semua berita dan maklumat terkini mengenai Pusat Konvensyen, sila layari www.klccconventioncentre.com



*Living Hope ialah pertubuhan kebajikan dengan misi untuk memberikan makanan dan pendidikan, dan bertindak sebagai pusat sumber pendidikan untuk kanak-kanak dari keluarga miskin tegar di se/uruh negara. 

*Yayasan Kebajikan Generasi Gemilang (GG) ditubuhkan dengan visi yang beri/hamkan Kesungguhan untuk me/ahirkan generasi akan datang yang boleh dicontohi dan membina ke/uarga yang lebih kukuh. GG berusaha menambah baik kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang kurang diberi perkhidmatan dengan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Mereka terdiri daripada kanak-kanak dan keluarga dari masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah di bandar, institusi dan sekolah yang terabai dan kurang diberi perkhidmatan. Oitadbir ofeh Lembaga Pemegang Amanah, GG berpangkafan di Lembah Klang dan mengendafikan perkhidmatan di seluruh Malaysia. 

*NKF idalah pertubuhan amaf tidak mencari untung yang membuka pusat dia/isis pertamanya di Jafan Hang Lekiu, Kuala Lumpur pada 1993. Lama-kelamaan, NKF tefah membesar dengan sokongan banyak pihak. NKF tefah meluaskan peranannya daripada pembekaf rawatan dialisis semata-mata untuk menjadi pusat sumber setempat bagi haf-ehwaf yang berkaitan buah pinggang.



No comments :