Saturday, March 24, 2018

REVIEW | Produk Kecantikan Dari IPPIN.COM.MY

Hi Korang, 


Kak lily memang banyak sangat produk kecantikan yang dapat di review. 

Yelah rezeki datang bergolek so janganlah kita tolak kan, ada sesetengah tuh sesuai dengan muka kak lily dan ada sesetengah tuh tidak, jadi yang mana tidak tuh kan kak lily sedekahkan kepada kengkawan, family members yang bersesuaian dengan kulit mereka. 

Daripada terbuang baik sebarkan kepada yang berkenan kan.. 


Untuk ini pulak, kak lily dapat review beberapa produk dari website www.ippin.com.my. Eh website ni daripada Jepun tau dan kalau korang nak tau diorang jugak ada keluarkan produk HALAL tau. Sebelum ni kak lily pernah cuba produk kecantikan jenama Sakura Kokoro. Eh bersesuaian dengan kulit muka kak lily so sampai licin kak lily guna ek. 

So ni kak lily nak kongsikan dengan korang 3 jenis produk berlainan fungsi dari website IPPIN ni ek 

Kita mulakan dengan 


Eye Area Mask 

Banyak daripada kita tidak tahu bahawa eye mask yang kita gunakan memainkan peranan besar dalam mencantikkan kulit kita. Memilih eye mask kanan adalah bahagian penting dalam rejimen kecantikan harian. Menjadikan kawasan mata bersih dan segar selepas menggunakan eye mask ni. Ia lembut untuk kulit korang dan tidak mengeluarkan minyak semulajadi yang korang perlukan. Ia juga bukan hypoallergenic serta selamat digunakan setiap hari. 

Kebaikkan Eye Area Mask ni adalah: 

- Merehatkan muscles di sekitar mata 
- Meninggalkan kulit berasa segar dan bersih selepas digunakan. 
- Mengurangkan risiko mengalami masalah kulit seperti kedutan, crow's feet, di bawah lingkaran di bawah mata, eye bags 
- Mengembalikan keanjalan kembali ke kulit anda. 
- Membuat kulit kelihatan bersinar dan berseri sepanjang hari
- Merangsang peredaran mikro kulit dan mengimbangi aliran darah untuk menampakkan cahaya yang sihat. 

Cara nak guna: 

- Bersihkan muka  dengan pembersih dan keringkan. Sapukan toner dan pelembap
- Letakkan Eye Area Mask di bahagian bawah kawasan mata. 
- Biarkan pada 10 hingga ke 15 minit 
- Keluarkan dan urutkan kawasan tersebut untuk merangsang aliran darah. 

Sebelum pakai tuh, kak lily simpan dalam fridge dulu semalaman so bila nak guna tuh sejuk je melekap kat kawasan mata kan hehehe 

Harga : RM62.19



Phil-Naturnt Repairing Treatment Hair Mist 

Kalau korang nak tau produk dari Phil-Naturnt ni merupakan rawatan rambut tanpa bilas. Kiranya kita gunakan selepas cuci rambut then biarkan. Macam perapi cam tuh lah. 

Tiada warna dan paraben-free 

Memperbaiki rambut korang agar tumbuh dengan lancar dan sihat. 

Harga : RM58.06

Nak order, korang klik kat link ni ek 


Kao Curel Intensive Moisture Gel-Lotion 

Apabila korang mempunyai kulit kering dan sensitive, pelembab adalah cara terbaik untuk menjadikan kulit yang lebih lembut dan lebih baik. Yang pasti Kao Curel Intensive Moisture Gel-Lotion ni tidak melekit selepas ianya di sapukan di muka kerana ianya cepat meresap masuk ke dalam kulit dan kalau korang nak tau bayi yang berumur 6 bulan ke atas pun boleh menggunakan. 

Losyen gel berasaskan air ini membantu melindungi kulit dan melegakannya daripada kekeringan dan kekasaran. Ia adalah pH seimbang, pewarna bebas, bebas haruman dan bebas alkohol, menjadikannya sesuai untuk orang yang mempunyai kulit sensitif. 

Kak lily sapukan Kao Curel Intensive Moisture Gel-Lotion ni selepas mandi, kan masa tuh kulit kan dah bersih so sesuai sangatlah. Eh bukan setakat boleh di sapu di badan tapi di muka jugak tau. 

Harga : RM47.09

Nak order, korang klik kat link ni ek 

Apmacam??

Ermm best pulak ketiga-tiga produk yang terdapat di website IPPIN ni ek. 

Ianya berkesan dan bersesuaian dengan kak lily lah, definitely kak lily akan order lagi bila dah abis ek hehehe

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

Website Ippin: 

Facebook : 

Instagram : 




No comments :