Wednesday, December 7, 2016

8 Ciri Terpenting Hartanah Sewa Yang Menguntungkan

Hi Korang,


Bermula dengan keputusan ingin membuat pelaburan hartanah pertama anda hingga akhirnya membeli hartanah sewa yang pertama, banyak perkara yang perlu dilakukan. Perkara-perkara ini mungkin tampak sukar untuk pelabur baru. Pemilikan hartanah adalah perniagaan yang sukar dan bidang ini penuh dengan jerangkap samar yang mampu menghancurkan peluang pulangan anda apabila bidang hartanah tengah mengalami ketidak-stabilan kelmarin. 

Memulakan Pencarian


Walaupun anda ada menggunakan khidmat ejen hartanah bagi membantu menyempurnakan pembelian hartanah sewaan anda, anda patut mula membuat carian untuk pelaburan anda sendiri. Pencarian anda boleh bermula dengan memakai portal real estate atau hartanah seperti PropertyGuru.


Kadar pelaburan anda akan dihadkan bergantung pada sama ada anda berniat untuk menguruskan hartanah anda secara aktif atau mengupah orang lain untuk menguruskannya. Jika anda mahu menguruskannya secara aktif, anda tidak patut mencari hartanah yang terletak jauh dari tempat tinggal anda. Jika anda merancang mahu mengguna khidmat syarikat pengurusan hartanah bagi menguruskan hartanah anda, jarak bukan lagi menjadi satu isu buat anda.

Mari kita lihat 8 ciri terpenting yang perlu anda timbangkan sebelum mula melabur dalam hartanah.

1) Kejiranan

Mutu kejiranan hartanah anda akan menjadi faktor penting dalam menentukan jenis penyewa yang tertarik dengan hartanah anda dan juga berapa kerap anda akan hadapi kekosongan penyewa. Contohnya, jika anda membeli hartanah berdekatan universiti, besar kemungkinan bakal penyewa anda terdiri daripada pelajar-pelajar dan anda akan menghadapi kekosongan penyewa dengan kadar yang lebih kerap. 

2) Sekolah

Penyewa anda mungkin sudah atau merancang untuk mempunyai anak, jadi mereka perlukan rumah berdekatan dengan sekolah yang bereputasi baik. Bila anda menjumpai hartanah yang baik berdekatan sekolah, pastikan anda selidik mutu sekolah tersebut kerana ia akan memberi kesan terhadap nilai hartanah anda. Jika reputasi sekolah tersebut tidak memuaskan, ia akan menjejaskan nilai hartanah anda. 

3) Jenayah

Tiada siapa mahu tinggal di tempat yang berdekatan dengan kawasan aktiviti jenayah. Dapatkan khidmat pihak polis atau buat carian atas talian untuk mengetahui kadar statistik jenayah di pelbagai kejiranan. Perkara yang perlu anda beri perhatian adalah kadar vandalisme, jenayah berat, jenayah kecil dan aktivitii terkini (meningkat atau menurun). Anda juga perlu selidik tentang kekerapan kehadiran pihak polis di kejiranan anda.

4) Pasaran Kerja

Lokasi yang mempunyai peluang pekerjaan yang pesat biasanya menarik lebih ramai orang - sekaligus lebih ramai penyewa. Jika anda terlihat notis perpindahan syarikat besar yang baru ke kawasan anda, anda boleh menarik nafas lega kerana pastinya pekerja-pekerja akan membanjiri kawasan tersebut. Bagaimanapun, ini juga akan menyebabkan harga hartanah terkesan (secara positif atau negatif) bergantung pada perusahaan yang akan berpindah ke kawasan itu. 

5) Kemudahan

Selidik kejiranan pilihan anda tentang kewujudan taman, pasar raya, gimnasium, panggung wayang, pusat pengangkutan awam dan apa-apa saja yang akan menarik penyewa sama ada yang sudah sedia ada atau dalam perancangan pembinaan. Bandar-bandar, dan kadangkala sesebuah kawasan di dalam bandar, mempunyai banyak bahan promosi yang akan memberi maklumat kepada anda berkenaan kemudahan awam dan persendirian terbaik.

6) Pembangunan Masa Depan

Jabatan perancangan daerah mempunyai maklumat berkenaan semua pembangunan baru atau yang akan datang dia kawasan tersebut. Jika wujud banyak pembangunan kondominium, tapak perniagaan atau pasar raya di kawasan anda, maknanya kawasan itu mempunyai kadar pembangunan yang baik. Namun begitu, berhati-hati dengan pembangunan yang akan menjejaskan hartanah di sekitarnya, contohnya, menyebabkan kemusnahan ruang hijau yang mesra aktiviti. Lambakan kondominium dan/atau perumahan baru juga boleh menjadi saingan dan memberi pilihan pada penyewa anda, jadi sila berwaspada dengan kemungkinan tersebut.

7) Jumlah Hartanah Yang Disenaraikan dan Yang Disewakan 

Jika jumlah hartanah yang tersenarai untuk dijual di sesebuah kawasan luar biasa banyaknya, ini mungkin terjadi disebabkan kitaran musim atau kejiranan itu “sudah terjejas”. Pastikan anda menemui puncanya sebelum membeli. Anda juga perlu menentukan sama ada anda mampu bertahan semasa musim kekosongan. Sama dengan kadar penyenaraian, kadar kekosongan boleh memberi gamabaran awal tentang keberangkalian kejayaan anda menarik penyewa.

8) Sewa

Bayaran sewa akan menjadi intipati hartanah sewaan anda, jadi anda perlu tahu purata sewa di kawasan anda. Jika sewa yang dikenakan tidak mencukupi untuk menampung bayaran gadai janji, cukai dan lain-lain perbelanjaan, anda perlu terus mencari. Selidik sesebuah kawasan untuk menjangka pembangunan kawasan dalam jangka lima tahun akan datang. 


Dapatkan Maklumat


Bercakap dengan penyewa dan pemilik rumah di kejiranan tersebut. Penyewa biasanya lebih jujur tentang aspek negatif sesuatu kawasan kerana mereka tiada kepentingan di situ. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di portal hartanah atas talian seperti PropertyGuru



1 comment :

el said...

sllu lau nak beli rumah ni sure tgk
dekat ngan paso, ofis, sekolah ada kemudahan lain sama
senang lah kan nak berkejor sn sini
lau jauh penat nau nau