Hi Korang,
Umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa pada siang hari di bulan suci, bulan Ramadan. Di negara-negara beriklim panas seperti Malaysia, haba dan kelembapan boleh menjejaskan kesihatan dan menjadikan badan mudah letih.
Peneraju farmasi runcit, kesihatan dan kecantikan terkemuka,  Guardian  Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian  Malaysia) telah bekerjasama dengan beberapa selebriti popular tanah air untuk berkongsi pandangan dan tip untuk kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadan dan hari Raya yang bakal menyusul. 
Bual bicara yang bertemakan "Ramadan Murni, Penampilan Berseri" itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai cara untuk mengekalkan gaya hidup yang seimbang dan sihat sepanjang bulan puasa.
Dihoskan oleh Nazrudin Rahman bersama isterinya, Sheahnee lman Lee atau lebih dikenali  sebagai  Naz  dan  Sheahnee,  barisan  panel  pula  termasuk  ahli  farmasi Guardian Malaysia sendiri merangkap Pengurus Farmasi, Puan Hajjah Umil Kalthom dan Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Kerajaan, Puan Farahani Failul Rahman.
Bual bicara tersebut diserikan lagi dengan kehadiran pelakon, pengacara, dan usahawan terkenal Ms Sazzy Falak, dan selebriti sukan popular Encik Mohd Khairul Effendy @ Ayon, yang terkenal dalam arena futsal.
Bual bicara tersebut diserikan lagi dengan kehadiran pelakon, pengacara, dan usahawan terkenal Ms Sazzy Falak, dan selebriti sukan popular Encik Mohd Khairul Effendy @ Ayon, yang terkenal dalam arena futsal.
Puan  Farahani  berkata,  selaku  farmasi  kesihatan  dan  kecantikan  terkemuka  di Malaysia, Guardian telah menjadikannya satu dasar untuk memperkasakan para pelanggan Muslim dengan memberi penekanan kepada kepentingan gaya hidup sihat dan  seimbang  sepanjang   bulan  Ramadan,  melalui  pelbagai  aktiviti  seperti  sesi temubual eksklusif ini.
Puan Hajjah Umil, salah seorang ahli farmasi kanan Guardian berkata: "Perlu diingat bahawa perubahan dramatik dalam tabiat pemakanan boleh menjejaskan cara badan kita menguraikan nutrien dan menjejaskan kadar metabolisme. Perubahan tabiat pemakanan mungkin boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan penampilan anda." 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TAWARAN SUAI PADAN 3-UNTUK-2 DAN PELBAGAI PROMOSI MENARIK GUARDIAN UNTUK MUSIM PERAYAAN 
Promosi selama sebulan, yang berakhir pada 22 Jun, menampilkan  satu tawaran suai padan 3-untuk-2 (Mix & Match) yang menampilkan lebih daripada 1,200 barangan. Pada dasarnya, pembeli membayar untuk dua barangan dan item ketiga diberi percuma. Item percuma itu, bernilai paling rendah di antara ketiga-tiga barangan tersebut. Ribuan barangan yang ditawarkan adalah termasuk pelbagai produk kesihatan, kecantikan, produk bayi dan produk penjagaan diri. 
Satu ciri yang juga amat menarik untuk musim perayaan adalah hadiah percuma Guardian iaitu bekas dan set jag Luminarc yang popular dan berkualiti tinggi, dengan pembelian produk-produk  P&G. 
Kerjasama eksklusif dengan P&G ini, menawarkan pelanggan tiga pilihan set barangan Luminarc untuk dipilih. Untuk pembelian  sebanyak RM60, pelanggan  boleh menebus bekas  Luminarc  secara  percuma.  Pelanggan  yang  membuat  pembelian  sebanyak RM150 pula dapat menebus satu set jag, dan mereka boleh memilih salah satu daripada dua  corak  yang  ada.  Tempoh  penebusan  adalah  daripada   15  Jun  sehingga  15 September 2016. 
Di samping itu, Guardian, farmasi runcit, kesihatan dan kecantikan  terkemuka di negara ini, turut menggabungkan ciri amal untuk mereka yang ingin menderma untuk golongan yang memerlukan.
Ciri tersebut dimuatkan dalam pertandingan Kongsikan Berkat Aidilfitri, di mana pembeli hanya perlu membeli produk Unilever sebanyak RM15, menderma RM1 kepada rumah rumah kebajikan terpilih, dan berpeluang  untuk memenangi percutinn empat hmi tiga malam ke Korea untuk empat orang. 
Tiada had untuk bilangan  penyertaan  tetapi setiap penyertaan,  yang perlu  dihantar melalui Whatsapp, mestilah disertakan dengan ucapan Raya yang kreatif. Peraduan ini bermula pada 22 Mei dan akan berlangsung sehingga 31 Julai 2016. 
Ms  Christina  Low,  Pengarah  Pemasaran  Guardian  Health  and  Beauty  Sdn  Bhd berkongsi butiran promosi perayaan itu berkata: "Kami faham bahawa bulan Ramadan yang bakal tiba adalah masa yang istimewa bagi umat Islam di mana ia adalah bulan kesabaran,  kesucian,  kesyukuran,  serta peluang  meningkatkan  kebaikan  dan kebajikan. Pada masa yang sama, kita tahu ia kadang-kadang  boleh mencetuskan isu isu kesihatan bagi sesetengah orang."
"Sebagai peneraju farmasi dalam sektor farmasi runcit, kesihatan dan kecantikan di Malaysia, kami mahu memainkan peranan yang bermakna untuk membantu pelanggan pelanggan   kami,   terutamanya   para   pelanggan   Muslim   yang   sedang   membuat persediaan untuk berpuasa di bulan Ramadan yang mulia."
"Selain daripada tawaran menarik untuk produk-produk kesihatan, kebersihan diri dan kecantikan, kami juga menganjurkan  satu bual bicara eksklusif pra-Ramadan, yang diadakan pada hari ini, bersama ahli farmasi kami dan selebriti-selebriti tempatan yang telah mempamerkan keupayaan mereka untuk kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadan," tambah beliau.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my
 







 
 
2 comments :
Best jugak promosi beli 2, percuma 1 tu.. Hehe.. Bolehla nanti pergi usha2..😁
RosmizaAli.Com
menarik jualan diorg ni
Post a Comment