Monday, April 14, 2014

Suka Makan Ais Krim Magnolia GOTCHA Safari, Boleh Menang Hadiah Best


Hi Korang,

Siapa tak suka ais krim? Ermm jangan nak tipu ek. Even ayah aku peminat ais krim coklat tau.


Magnolia mengeluarkan produk ais krim mereka terbaru yang berkonsepkan pembelajaran bagi kanak-kanak. Mana taknye ais krim ni warnanya seakan-akan warna haiwan-haiwan.

Lepas tu anak-anak korang boleh belajar mengenai fakta-fakta tentang haiwan pada pembungkus tuh.

ice cream Tiger

ice cream leopard

ice cream zebra

Boleh belajar tentang Zebra, Tiger dan Leopard dan jugak corak bulu mereka. Perisa Zebra di hasilkan campuran perisa Cola dan Lemon-Lime yang membentuk corak bulu jalur hitam dan putih kuda belang ini manakala perisa Tiger mempunyai gabungan yang menarik Coklat dan Vanila dengan jalur hitam dan oren seperti bulunya sementara perisa Leopard mempunyai gabungan perisa Limau dan Anggur dengan bintik bintik seperti kulitnya.


Gotcha Safari adalah konsep aiskrim pertama seumpamanya yang menampilkan ciri-ciri cetakan kulit haiwan pada aiskrim dan maklumat pendidikan pada bungkusannya. Korang dapat mempelajari tentang habitat haiwan dan tabiatnya di belakang bungkusan.

Gotcha Safari sudah berada di pasaran dan dijual pada harga RM1.50 sebatang. Pek variasi yang mengandungi dua Zebra dan dua Tiger juga boleh didapati di pasaran pada harga RM5.80/setiap pek.


Untuk menambahkan lagi keseronokan, korang yang memiliki batang aiskrim istimewa boleh memenangi hadiah seperti yang tertera pada batang aiskrim. Hadiah-hadiah menarik seperti iPad Air, iPod Shuffle dan basikal menanti para pemenang. Pertandingan akan bermula pada April dan tamat pada Jun 2014.


F&N Magnolia akan turut mengadakan pameran pendidikan bergerak yang menyeronokkan untuk mempromosikan aiskrim terbaru ini. Pelawat akan menerima hadiah percuma, belon dan juga peluang bergambar bersama Maskot Gotcha Safari di pameran bergerak itu. Majalah Kuntum dengan kolaborasi bersama F&N Magnolia akan melawat 15 buah sekolah sekitar Semenanjung Malaysia untuk mendidik kanak-kanak tentang dunia haiwan yang menakjubkan.

Ok tengok balik karang singgah kedai runcit abe kat bawah ni ek..




7 comments :

sitirohaida said...

uik...sedapnya..haruslah mencuba nie..

Sukma said...

semalam cari kat tesco macam takder pulak...nak kena cari kat kedai runcit nanti...hihi

PCL said...

wahhh..bole menang macam2 hadiah tu cikLily ..

maszull said...

assalamualaikum CLP....sedapnya tengok ais krim tu nak cari juga la..:)

hazman fadzil said...

bagus betul aiskrim magnolia nie... kalau aku jadi cikgu sekolah confirm dah borong kasi kat anak murid aku....hehehehe

emarieys said...

bolehlah beli banyak-banyak harga pun murah...kot-kot berpeluang menang iPad ke

Unknown said...

Tetiba terasa nak makan aiskrim tengah malam tapi semua kedai tutup? Apa kata anda buat aiskrim sendiri. Tidak perlu menggunakan susu, sugar dan macam2 lagi. Cuma dengan buah-buahan beku, anda boleh menikmati aiskrim kegemaran anda. Macam tidak percaya? Visit www.myvalorem.com, click Dole Yonanas Ice Cream/Dessert Maker (original) di Kitchen&Dinnerware section untuk mengetahui lebih lanjut produk ini. 1 year warranty dari Dole Malaysia. Harga Year End Warehouse Sale.