Tuesday, August 21, 2018

Membeli Belah Di SGSHOP Sempena Promosi Hari Kebangsaan Malaysia

Hi Korang,

Agaknya membeli belah secara online terapilah untuk kak lily.

Pantang nampak orang citer pasal sales tak kira online ke warehouse sales ke mall sales ke terus terbeliak mata kak lily ek. Lagi banyak duit dalam account lagi laju je nak di shoppingnya hehehe


Bila dengar SGshop ada promosi je terus menggigil tak sabar nak bukak

Ini merupakan kali kedua kak lily membeli belah di SG SHOP ni. Ni kak lily terangkan serba sedikit mengenai SGshop tuh ek.

Apa itu SGshop? 


SGshop merupakan satu laman web shopping online antarabangsa dari China ke Malaysia dengan harga yang murah. SGshop ditubuhkan pada bulan March 2015 dan sebuah syarikat tempatan yang berdaftar serta pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. Selain itu, pihak SGshop juga bekerjasama dengan pelbagai pihak bank untuk memastikan bahawa proses pembayaran selamat dan cekap.

Kenapa perlu shopping di SGshop? 


a. Mendapatkan barang-barang yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah dari laman web e-dagang China dan penjual 

b. Harga paling murah dan penghantaran yang cepat 

c. Pemeriksaan percuma oleh pusat logistik di China 

d. Mesra pelanggan dalam talian untuk perkhidmatan korang 


Dalam website SGshop ni ada beribu-ribu barangan yang boleh korang dapatkan pada harga yang cukup-cukup murah. Korang tengok senarai barangan tuh, mana tak giler dibuatnya. Banyak betullah, even barangan elektrik pun ada jugak tau. 



Seriously kak lily ambil masa untuk pilih yang mana satu idaman hati ni walaupun sekadar tempat span basuh pinggan ye. Pilih punya pilih ini lah hasilnya.

Di sebabkan kak lily dah ada akaun dengan SG SHOP so tak yah nak mendftar balik cuma masukkan ID dan password je.


Submit Order

Ok dah confirm barang-barang yang nak di beli then submit je order, nanti akan keluar popup summary of order. Dah confirm boleh buat bayaran. Jangan lupa pilih cara penghantaran barang korang, kalau freight bayar mahal tapi sampai cepat, kalau guna SEA shipping dalam 3-4 minggu sampailah. So terpulanglah pada korang kan.


Pilihan penghantaran barangan, pilih antara dua Special Air ke Sea Shipping.


Pay Order

Boleh buat payment dengan menggunakan credit card, FPX dan bank account. Sebab kak lily ada balance daripada order yang terdahulu so tolakkan sajor hehhe


Arrived China Warehouse

Nanti korang akan dapat notification yang barang-barang sampai di SG Shop Warehouse di China so kat sini nanti barangan akan di pack, maklumlah barang-barang kita kan datang dari pelbagai vendor so kat sini diorang akan kumpulkan dan hantar terus ke alamat yang korang berikan.

Setelah 3 minggu lebih daripada hari yang kak lily submit payment maka akhirnya sampai jugak tau barang-barang yang kak lily order..


Amik kemain besau lagi balutannya padahal order barang biasa-biasa. 

Sepatutnya kak lily order banyak barang tapi banyak yang out of stock lah, warna pilihan tak de so ini jelah yang ada


Meh layan video unboxing ni




Walaupun penat mengunboxing tapi seronok sebab semua barang-barang kegemaran kak lily, alah beli suka-suka so jadi cam ni lah.


Alah untuk melaram lah apa lagi, saja beli untuk letak kat dalam kereta evo kak lily tuh. Bila drive kan kena silau matahari, so simpan kat dashboard kereta senang.


Sebab murah nau then kak lily belilah, nak guna kat rumah je pun dan buat tutorial makeup ewah kalau ada kan nanti. Tada brush dah ada.


Wei murah wei beli online baju tidur ni, lagipun kak lily jumpa yang plus size punya so belilah satu, lembut je kainnya selesa betul buat tidur malam.


Coraknya cantik so kak lily beli, nak buat food styling pinggan dah ada. Kekadang corak camni payah nak cari sini jadi beli 2 untuk standby.


Eh pencinta kopi harus kena beli satu, senang je nak buatnya letak serbuk kopi dan air kemudian biarkan drip secara perlahan-lahan, alah style Vietnamese coffee tuh. Yang ni letak kat office je so sesiapa pun boleh juga.


Ini memang kelakar, beli sebab suka. Perasan jadi mermaid lah tuh kan. Sambil baring depan tv sarunglah mermaid blanket ni. Kalau bawak pi tengok wayang melampau tak? hehehehe

Bab-bab membeli belah ni korang suka lah kan

Excited kan korang!!!

Sempena bulan Merdeka ni, ada promosi istimewa bagi para pelanggan SGshop tau.


"Place the Purchase Order (1st Payment) during 28 August to 31 August, then able to enjoy RM 10 off for product purchase above RM 199; RM 20 off for product purchase above RM 299; and RM 30 off for product purchase above RM 399". 

At the same time, that's with FREE Service Charge"

Best kan promosinya, korang order barangan dari 28hb Ogos hingga 31hb Ogos, korang akan dapat 

RM10 off dari nilai barangan lebih daripada RM199, 

RM20 off dari nilai barangan lebih daripada RM299,

RM30 off dari nilai barangan lebih daripada RM399,

FREE Service Charge ye….


Untuk korang pun yang teringin nak membeli belah di SGSHOP ni, kak lily dengan baik hatinya akan memberikan korang 10% diskaun of shipping cost dengan menggunakan promo code LILY____ ni ek.

Banyak tuh 10% diskaun.

Untuk maklumat lanjut atau belian online boleh terus ke :-

Website : 

Instagram : 

Facebook : 


Apalagi jom kita membeli belah di SGshop!!





Monday, August 20, 2018

Bangi Avenue Convention Center (BACC) - Pusat Konvensyen Yang Terbesar di Selatan Lembah Klang

Hi Korang, 


Minggu lepas kak lily berkesempatan ke majlis perasmian Bangi Avenue Convention Center (BACC) yang terletak di kawasan Bangi Lama, seriously kak lily tak tau pun kewujudan tempat ni masa pi hari tuh then baru tau. Cantik jugak townshipnya siap ada Bangi Wonderland Theme Park dan pasaraya CS yang murah tuh tau. 


Ditubuhkan sebagai "oasis di dalam bandar", Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) oleh Avenue Garden Hotel merupakan salah satu lokasi yang terbaik untuk musim perkahwinan "I Do" yang akan datang, sebagai pusat konvensyen pelbagai guna terbesar di selatan Lembah Klang. 


Terletak secara strategik di perbandaran yang berkembang dan moden di Bangi Avenue dan ditubuhkan dalam jarak batu dari Avenue Garden Hotel, BACC adalah percutian yang sempurna di dalam bandar, jauh dari hiruk-pikuk untuk perkahwinan taman yang menarik. 



Taman hijau yang subur oleh BACC - tepatnya bernama "Union Square" merupakan taman hijau yang menarik di jadikan sebagai salah satu lokasi perkahwinan yang dilengkapi dengan air pancut air yang canggih bagi merealisasikan perkahwinan idaman korang. 


“The key must-haves for wedding venues today are aesthetics and affordability. People are constantly inspired through social media - yearning and searching for the ideal space to tie the knot and create picturesque memories that will last forever. Driven by this, our team was inspired to ensure that BACC offers a space with a stunning garden backdrop, while also catering to all their practical needs,” kata Mr. Loo Yung Wai, Managing Director of Avenue Garden Hotel and Bangi Avenue Convention Centre. 


“The added support of Avenue Garden Hotel as a nearby accommodation presents the duo as a handy package, especially for events that require visiting guests – whether outstation or international. The beauty about BACC’s strategic location is that it is accessible 30 minutes away from Kuala Lumpur in the business hub of the Southern region of Klang Valley,” tambah Mr. Loo. 




Tidak seperti mana-mana pusat konvensyen lain di Malaysia, dengan keluasan lantai sehingga 27,000 kaki persegi untuk Grand Ballroom itu sendiri dan kawasan lantai sekitar 88,585 kaki persegi yang terdiri daripada ruang boulevard luaran dan tertutup, BACC bukan sahaja tidak terbatas untuk majlis perkahwinan tetapi juga untuk pelbagai jenis pameran dan karnival, serta kawasan air pancut luarannya yang sesuai untuk kegunaan peribadi termasuk konsert mini, makan malam dan banyak lagi. 


“One of the many highlights of BACC is our spacious ballrooms. We offer three pillar-less ballrooms that vary in size to suit your space requirements. The beauty about these ballrooms is that it can be converted into a Grand Ballroom, accommodating up to 2,200 guests for round-table seating (or banquet style), or up to 3,300 guests in a theatre setting. Nevertheless, if you’re looking for something a little smaller and intimate to hold press conferences, corporate dinners or appreciation sessions and more, lavish or grand, we have it all,” yang di kongsikan dari Mr. Loo. 




Mengulas mengenai perkhidmatan makanan yang ditawarkan di BACC, Encik Loo berkongsi, “We have the privilege of living in a multicultural nation. Not wanting to deprive our visitors of this luxury, we also ensure that guests are given the option to select from a variety of delectable cuisines we offer here in BACC, including Chinese, Western, Muslim, and International food to satiate varying needs and appetites.” 

Keluasan BACC membolehkan ia juga menempatkan tempat letak kereta bertingkat untuk 1,000 kenderaan untuk menampung kapasiti besar untuk acara dalam satu majlis. 


Dengan kepadatan penduduk di selatan Lembah Klang yang merangkumi Bandar Baru Bangi, Kajang, Sepang, KLIA, Putrajaya, Serdang, Cheras, Puchong dan banyak lagi, Bangi Avenue merupakan bandar yang berkembang pesat yang menempatkan BACC dan Avenue Garden Hotel di satu kelebihan. 

Ini lokasinya yang korang boleh lawati : 

Bangi Avenue Convention Centre 
No. 3, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, 
Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, 
Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, 
Selangor Darul Ehsan.

Tel: +603-8929 9999 
Fax: +603-8929 9988 




Untuk info lanjut mengenai Bangi Avenue Convention Centre ini, sila ikut social mereka iaitu : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 






Sunday, August 19, 2018

TMT oleh Thundermatch Bakal Menggegarkan dengan Pelancaran Mega


Hi Korang,

Thunder Match, Gedung IT dalam talian terbesar di Malaysia melancarkan TMT oleh Thundermatch (TMT), kedai rasmi pasaran sosialnya di Shopee hari ini. 


Sempena meraikan pelancaran ini, TMT mengadakan pertandingan Beli & Menang dari 20 Ogos hingga 19 September 2018 yang membolehkan 9 pembeli tertinggi di gedung TMT Shopee berpeluang memenangi wang tunai berjumlah sehingga RM100,000. 

Sebagai platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee dan Thunder Match akan menawarkan Jaminan Harga Terendah (LPG) atas 2,400 produk dari kedai TMT di Shopee yang mempunyai 3,000 produk elektronik. Pengguna Shopee yang mencari gajet elektronik dan kelengkapan permainan seperti komputer riba, skrin monitor, alat dengar, komponen komputer, telefon pintar dan pelbagai lagi pasti teruja dengan ganjaran segera berbentuk baucar RM50 bagi setiap perbelanjaan minimum berjumlah RM1500 dan baucar RM100 bagi setiap pembelian minimum berjumlah RM2500 sepanjang tempoh kempen. 


Pelancaran ini sejajar dengan pelan transformasi digital TMT dan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peruncit IT terbesar di Malaysia tidak kira bagi pasaran dalam talian dan luar talian. Pelancaran TMT di Shopee menjadikan kedai IT tersebut yang terbesar di sebuah platform e-dagang sekaligus kedai Jenama SIS pertama di Shopee Mall. 


Jangan lupa untuk meninjau kedai rasmi TMT di Shopee untuk melihat papan tanda dalam talian yang akan dikemaskini dua kali seminggu untuk menyenaraikan 9 pembeli tertinggi yang berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM100,000. 

Layari https://shopee.com.my/thundermatch untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Thunder Match dan promosi mereka di Shopee. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di Apple App Store atau Google Play Store.