Showing posts with label TMT oleh Thundermatch. Show all posts
Showing posts with label TMT oleh Thundermatch. Show all posts

Sunday, August 19, 2018

TMT oleh Thundermatch Bakal Menggegarkan dengan Pelancaran Mega


Hi Korang,

Thunder Match, Gedung IT dalam talian terbesar di Malaysia melancarkan TMT oleh Thundermatch (TMT), kedai rasmi pasaran sosialnya di Shopee hari ini. 


Sempena meraikan pelancaran ini, TMT mengadakan pertandingan Beli & Menang dari 20 Ogos hingga 19 September 2018 yang membolehkan 9 pembeli tertinggi di gedung TMT Shopee berpeluang memenangi wang tunai berjumlah sehingga RM100,000. 

Sebagai platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee dan Thunder Match akan menawarkan Jaminan Harga Terendah (LPG) atas 2,400 produk dari kedai TMT di Shopee yang mempunyai 3,000 produk elektronik. Pengguna Shopee yang mencari gajet elektronik dan kelengkapan permainan seperti komputer riba, skrin monitor, alat dengar, komponen komputer, telefon pintar dan pelbagai lagi pasti teruja dengan ganjaran segera berbentuk baucar RM50 bagi setiap perbelanjaan minimum berjumlah RM1500 dan baucar RM100 bagi setiap pembelian minimum berjumlah RM2500 sepanjang tempoh kempen. 


Pelancaran ini sejajar dengan pelan transformasi digital TMT dan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peruncit IT terbesar di Malaysia tidak kira bagi pasaran dalam talian dan luar talian. Pelancaran TMT di Shopee menjadikan kedai IT tersebut yang terbesar di sebuah platform e-dagang sekaligus kedai Jenama SIS pertama di Shopee Mall. 


Jangan lupa untuk meninjau kedai rasmi TMT di Shopee untuk melihat papan tanda dalam talian yang akan dikemaskini dua kali seminggu untuk menyenaraikan 9 pembeli tertinggi yang berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM100,000. 

Layari https://shopee.com.my/thundermatch untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Thunder Match dan promosi mereka di Shopee. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di Apple App Store atau Google Play Store.