Wednesday, January 28, 2015

Yana Samsudin Duta Terbaru Produk SOFEEYA DIAMOND

Hi Korang,


Cam biasa dapat jemputan untuk Cik Lily Putih cover event kan.


Nasib baik hari tuh dapat balik awal so sempatlah singgah ke Tv3 untuk majlis pelancaran produk terbaru Sofeeya Diamond iaitu d-collagen, Fairly Sofeeya, d-babesjuice dan d-berryfibre bersama duta terbarunya pelakon Yana Samsudin.


Bermula dengan penghasilan produk minuman kesihatan, d-collagen pada 2013 yang menjadi bualan hangat serta mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna wanita termasuk lelaki, Sofeeya Diamond terus mengambil inisiatif tersebut untuk memperluaskan cabang produknya dengan menghasilkan minuman keintiman wanita, d-babesjuice khusus untuk kaum hawa.



Setiap produk yang dihasilkan itu melalui proses penyelidikan dan pembagunan (R&D) selama setahun dan produk terbaharu keluaran Sofeeya Diamond merupakan minuman Detox, d-berryfibre yang akan berada di pasaran bermula hari ini.



"Malah kami mensasarkan jualan sebanyak 250,000 unit d-collagen pada tahun ini, kami amat optimis untuk mencapai sasaran berkenaan kerana kita tahu kehendak pengguna sekali gus ia menjadi pendorong ke arah penghasilan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan berkualiti.

"Kini menerusi pelantikan artis terkenal tanah air, Yana Samsudin sebagai duta produk Sofeeya Diamond dan pelaburan iklan TV, media cetak dan radio sebanyak RM 3.8juta, sasaran peningkatan 200 peratus mampu dicapai dalam tahun 2015,'' Menurut Pengasas Sofeeya Diamond, Hamka Shahar.



Dalam pada itu, Hamka memberitahu, Sofeeya Diamond juga akan memperkembangkan jualan dengan mengeksport barisan produknya ke luar negara seperti Singapura, Dubai dan China.

Misi kami untuk menjadikan Sofeeya Diamond sebagai jenama halal hub yang mensasarkan produk yang berdaftar, berkualiti, patuh syariah serta mematuhi piawaian semasa.






Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung produk Sofeeya Diamond, anda boleh melayari laman web rasmi di alamat www.sofeeyadiamond.com

Tuesday, January 27, 2015

RM5 Je untuk Personal Pan Pizza Hut

Hi Korang,


Kalau time keje ni, kalau ada keje luar of courselah makan tengahari pun kat luar jugak. Jelak wei makan kat Sapura tuh walaupun cekodok pisangnya sedap ya ampun kan..


So masa keluar pi Puchong ari tuh, ternampaklah promosi pizza hut RM5 ni kat bawah office ni. Memula cam tak caya, bila ditanya la confirm rupanya RM5 untuk personal pan pizza (potong 4), RM10 untuk regular saiz (potong 6) dan RM15 untuk large saiz (potong 8).


Hah terus order personal pizza yang kecik ni. Yelah saiz kecik boleh order banyak so dapatlah rasa pelbagai flavour. Beli 4 terus tapi yang makan 2 orang je, siap kedekut nak share dengan orang lain tuh. Teruk punye perangai kan.





Sudahnya tak abis makan gak dan bawak balik, dapatlah Mr Big merasa 2 keping kan..

Ni nak pesan sket ni, untuk TAKEAWAY dan PICK UP sajor tau, pizza DELIVERY ngakk boleh dong!!

Ermm aku suka Hawaiian Chicken, korang plak?


Patung Comel Snug- a-Plush dari Aloft Hotel KL Sentral

Hi Korang,

Sesuatu yang ciut miut confirm akan jadi kesukaan korang kan. Tak kiralah tua ke muda, semuanya sukakan


Walaupun aku ni dah masuk ala-ala remaja purba, aku tetap jugak nak collect anak-anak patung yang comey ni, bukan apa pun sebab masa kecik tak de peluang nak memain patung-patung ni coz parent tak mampu so dah tua bangka nilah baru ada peluangkan.


Hari tuh Aloft Hotel ada buat pelancaran koleksi anak patung Snug-a-Plush di WYX Bar ni.

Diorang suka buat sesuatu yang comey-comey supaya dapat menambat hati para guest yang menginap di sini. Actually anak patung comel adalah hasil idea kreatif pelukis grafik terkenal Orkibal




Beliau banyak dah hasilkan lukisan-lukisan dan doodle untuk corporate company terkenal tau. Aku pun baru tau, lepas view blog dia untuk tengok hasil kerjanya, ermm memang cantik.


Ada 5 jenis Snug-a-Plush yang sangat comel untuk korang miliki. Kalau jadi menginap di hotel ni, ada termasuk sekali dalam pakej tau anak patung comel ni. Tapi kalau dah minat sangat, boleh je pi beli kat Aloft hotel pada harga RM35 each.

Comey kan.. I likeeeee….