Showing posts with label D-Collagen. Show all posts
Showing posts with label D-Collagen. Show all posts

Wednesday, January 28, 2015

Yana Samsudin Duta Terbaru Produk SOFEEYA DIAMOND

Hi Korang,


Cam biasa dapat jemputan untuk Cik Lily Putih cover event kan.


Nasib baik hari tuh dapat balik awal so sempatlah singgah ke Tv3 untuk majlis pelancaran produk terbaru Sofeeya Diamond iaitu d-collagen, Fairly Sofeeya, d-babesjuice dan d-berryfibre bersama duta terbarunya pelakon Yana Samsudin.


Bermula dengan penghasilan produk minuman kesihatan, d-collagen pada 2013 yang menjadi bualan hangat serta mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna wanita termasuk lelaki, Sofeeya Diamond terus mengambil inisiatif tersebut untuk memperluaskan cabang produknya dengan menghasilkan minuman keintiman wanita, d-babesjuice khusus untuk kaum hawa.



Setiap produk yang dihasilkan itu melalui proses penyelidikan dan pembagunan (R&D) selama setahun dan produk terbaharu keluaran Sofeeya Diamond merupakan minuman Detox, d-berryfibre yang akan berada di pasaran bermula hari ini.



"Malah kami mensasarkan jualan sebanyak 250,000 unit d-collagen pada tahun ini, kami amat optimis untuk mencapai sasaran berkenaan kerana kita tahu kehendak pengguna sekali gus ia menjadi pendorong ke arah penghasilan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan berkualiti.

"Kini menerusi pelantikan artis terkenal tanah air, Yana Samsudin sebagai duta produk Sofeeya Diamond dan pelaburan iklan TV, media cetak dan radio sebanyak RM 3.8juta, sasaran peningkatan 200 peratus mampu dicapai dalam tahun 2015,'' Menurut Pengasas Sofeeya Diamond, Hamka Shahar.



Dalam pada itu, Hamka memberitahu, Sofeeya Diamond juga akan memperkembangkan jualan dengan mengeksport barisan produknya ke luar negara seperti Singapura, Dubai dan China.

Misi kami untuk menjadikan Sofeeya Diamond sebagai jenama halal hub yang mensasarkan produk yang berdaftar, berkualiti, patuh syariah serta mematuhi piawaian semasa.






Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung produk Sofeeya Diamond, anda boleh melayari laman web rasmi di alamat www.sofeeyadiamond.com

Tuesday, May 27, 2014

Majlis Pelancaran Produk Baru Havarline Diamond | D-COLLAGEN



Hi Korang,

Jumaat lepas, sempat gak aku ke Hotel Royal Chulan Damansara untuk launching event bagi produk Havarline Diamond Sdn Bhd iaitu Diamond Collage @ D-Collagen.


Havarline Diamond Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang bergiat aktif di dalam industri estetika kecantikan, yakin rangkaian baru produk kosmetik yang di tawarkan dapat menggandakan pendapatan syarikat tersebut menjelang akhir 2015.

Ok meh aku terangkan sket D-Collagen ni apa ek?


D-COLLAGEN adalah inovasi formula kecantikan antipenuaan terkini dan makanan tambahan kesihatan yang di hasilan dengan kajian teliti terhadap fungsi collagen di dalam tubuh badan manusia. Gabungan formula collagen bersama bahan utama seperti bird nest, pitera, madu, goji berry, dan sengkuang putih mempercepatkan proses pemulihan sel kulit baru, melembab dan mencerahkan kulit secara alami, segar berseri, lebih anjal dan mulus dalam masa yang singkat

Ermm cam best je baca kan tang ingredients tu yang menarik. Semuanya bahan-bahan yang bervitamin dan berkhasiat tinggi.


Majlis ini telah dilancarkan oleh Yang Bhg Senator Dato' Seri Ahmad Bashah Bin Md. Hanifah, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.



Pengarah Urusan Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB), Cik Noor Haniem Baharom



Turut dilancarkan dalam majlis tersebut ialah rangkaian produk baharu termasuk D-Collagen, D-Babes iaitu White Coffee minuman intim dan dalaman untuk wanita serta rangkaian pilihan D-Soap iaitu sabun rawatan spa Carbo Bar Soap, Bird's Nest Soap, Dead Sea Mud Soap dan Marine Collagen Soap.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk keluaran Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB)

Hubungi :

Havarline Diamond Sdn Bhd (HDSB)
3A25, Level 3A, Blok A, 
No. 1, Jalan SS20/27, 
Damansara Intan, 
47400 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan

Hotline : +6019 968 8000

Ataupun layari :

Website : dcollagen.asia
Facebook : DCollagen

dengan mereka yang comel-comel belaka..

dengan awek cun, ayu dan syuhada

Ermm kena cuba gak ni, sebab ada kopi kan. Kan favourite aku kopi kopi ni.