Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday - Bayar Cepat

Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week.


Hah, apa lagi poie bayar copek! kang kono tangkap dek polis den tak tau dorr..

Banyak kali sangat tengok video W.A.R.I.S Rembau Most Wanted, itu yang terbawak-bawak tuh.

hehehhehehee...


Tuesday, February 26, 2013

“Tickling My Tastebuds”


Hi Korang,

I like citer pasal makan ni.

Makan..makan..makan..

Bila kita stress ke bosan ke, apa yang korang buat? Cam aku haruslah makan. Sebab makan ni memang akan membaikpulih segala masalah yang melanda jiwa time tuh.

Macam orang cakap, Kenyang Perut Suka Hati

Betul kan?

Macam ktorg (aku + Mr Big) memang kaki mencuba makanan pelik. Tak kisahlah apa pun but yang penting of courselah halal lah. Banyak yang tempat yang ktorg pi cuba makan, ada sedap ada yang tak so yang mana best dan sedap aku tulisla kat blog ni dan yang tak tu pepaham jelah ek.

Di antara makanan yang pernah ktrog cuba ialah

SUMO ONGIRI Rice Ball

Hah amik ko, beso kan?

Ktorg pi cuba makan rice ball or nasi kepal ni bak kata orang melayu di area Kuchai Lama. Berusaha aku mencari siap google bagai tempat ni.


Dalam rice ball ni ada inti (stuffed) savoury dikira macam lauk gituh. Yelah makan nasi tak de lauk, aper cer plak. Nasi ni menggunakan beras Jepun yang kurang kanji dari beras kita ni. Kira tak gemuklah kalau makan banyak pun. Sebelum nasi ni dikepalkan, ianya di campurkan dengan pelbagai bahan rempah ratus macam black pepper, cuka, soy sauce, sesame seed dan oil.


Inti atau stuffingnya aku order soft chicken bone. Alah ayam bahagian tulang putih yang lembut. Di goreng dengan beberapa rempah Jepun yang aku tak berape sure coz terlupa nak interview Chef. Ada rasa pedas, manis sket. Sedaplah.

Bila dah letak isinya tuh, bentukkan macam bentuk ‘A’ gemuk gituh. Kemudian letak nori (kepingan seawed), kalau nak letak lah. Eh terlupa plak, letak sos-sos sket kat atas nasi kepal ni untuk tambahkan sedap lagi.


Hah terus belah masuk ke mulut dengan lahapnya ye. Rasa memang terbaik gituh, sebiji ni sama macam makan nasi berlauk gak lah cuba ianya mudah untuk di makan, simple je tapi mengenyangkan. Kalau tak kuat makan, sebiji ni boleh dikongsi makan berdua kan romantik gituh.


So kaki makanan Jepun yang taksub cam aku ni, boleh lah mencuba sendiri ooo.

Actually banyak lagi makanan yang aku pernah cuba macam makanan Vietnam, makanan Jepun, makanan Indonesia dan ntah ada banyak lagi lah. Korang boleh je klik kat FOOD column kat atas tuh.

Nak jadi cam food blogger KY SPEAK tu tak lah kan, but orang kata kongsi pengalaman je.

Hah cam tu sekali bila citer pasal makan kan, betapa gilanya aku dengan makanan, cam nelah nak kurus ek. Kalau korang tak caya lagi, meh tanya abam food blogger sorang ni, dia taulah kegiatan makan aku nie

Selamat makan korang...



Monday, February 25, 2013

Filem LAWAK KE DER 2, Kelakar Yang Amat Sangat

Hi Korang,

Jumaat lepas, sempat gak pi tengok preview Filem LAWAK KE DER 2 ni.


Aik bukan ke citer ni dipentaskan kat Istana Budaya je, cam ne boleh jadi filem plak. Bak kata Hans Isaac, nak bagi chance pada kita-kita rakyat marhaen ni pi tengok pementasan ni but in form of filem la kan.


Basically memang tak de sinopsis aku nak citer kat korang pun coz semua ni di antara koleksi lawak-lawak yang para pelakon seperti Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Johan, Zizan, Harun Salim Bachik dan Harith Iskandar.


pics dari google.com

Kalau korang pernah tengok Lawak Ke Der yang pertama kat youtube tuh, hah lebih kurang cam tu lah. Tapi yang filem ni, kira macam kita tengok diorg buat persembahan secara langsung kat Istana Budaya lah.


Bagi aku:-
Kelakar yang amat. Kita semua tau Jozan memang terbaik dalam buat lawak tapi dalam filem ni, diorg lagi lawak. Nabil best coz lawak pasal Tok Adi Tanah Kubur, Boboi plak lawak-lawak pasal Datin Maimom ghostbuster tu kan. Yang paling kelakar tak henggat ialah Stand up Comedy dari Harith Iskandar pasal lelaki dan pompuan.

Memang betul-betul pecah panggung lah, senak perut dibuatnya.


Filem persembahan pentas “Lawak Ke Der 2″ di Istana Budaya ini adalah dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

So apa lagi korang, kalau nak hilangkan stress moh kite ke panggung tengok filem Lawak Ke Der 2 ni.