Showing posts with label Zizan Razak. Show all posts
Showing posts with label Zizan Razak. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Filem LAWAK KE DER 2, Kelakar Yang Amat Sangat

Hi Korang,

Jumaat lepas, sempat gak pi tengok preview Filem LAWAK KE DER 2 ni.


Aik bukan ke citer ni dipentaskan kat Istana Budaya je, cam ne boleh jadi filem plak. Bak kata Hans Isaac, nak bagi chance pada kita-kita rakyat marhaen ni pi tengok pementasan ni but in form of filem la kan.


Basically memang tak de sinopsis aku nak citer kat korang pun coz semua ni di antara koleksi lawak-lawak yang para pelakon seperti Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Johan, Zizan, Harun Salim Bachik dan Harith Iskandar.


pics dari google.com

Kalau korang pernah tengok Lawak Ke Der yang pertama kat youtube tuh, hah lebih kurang cam tu lah. Tapi yang filem ni, kira macam kita tengok diorg buat persembahan secara langsung kat Istana Budaya lah.


Bagi aku:-
Kelakar yang amat. Kita semua tau Jozan memang terbaik dalam buat lawak tapi dalam filem ni, diorg lagi lawak. Nabil best coz lawak pasal Tok Adi Tanah Kubur, Boboi plak lawak-lawak pasal Datin Maimom ghostbuster tu kan. Yang paling kelakar tak henggat ialah Stand up Comedy dari Harith Iskandar pasal lelaki dan pompuan.

Memang betul-betul pecah panggung lah, senak perut dibuatnya.


Filem persembahan pentas “Lawak Ke Der 2″ di Istana Budaya ini adalah dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

So apa lagi korang, kalau nak hilangkan stress moh kite ke panggung tengok filem Lawak Ke Der 2 ni.