Showing posts with label skincare for teenagers. Show all posts
Showing posts with label skincare for teenagers. Show all posts

Friday, June 2, 2017

SYAHIRAH Korean Secrets, Mesti Kulit Cantik Macam Artis K-POP

Hi Korang,

Untuk adik-adik peminat K-POP yang sampai terikut-ikut dengan perkembangan artis Korea terkini, mesti teringin nau nak kulit muka halus mulus cam diaorang kan

Jangan risau... SYAHIRAH, ada penyelesaianya!

Memahami impian setiap gadis yang ingin memiliki kulit yang cantik mulus sekata bagaikan artis korea, SYAHIRAH –rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini berbangga untuk membawakan inovasi baharu buat semua pencinta produk kecantikan Korea. Menurut pengurus pemasaran SYAHIRAH, Shariza Hazni“Kajian yang kami lakukan mendapati kebanyakan pengguna produk kecantikan teruja untuk mencuba pelbagai produk kecantikan dan penjagaan wajah dari negara Korea, namunbimbang jika bahan-bahan yang digunakan benar-benar selamat dan Halal. Sebagai jenama tempatan yang lebih arif tentang jenis dan keadaan kulit si gadis, SYAHIRAH membawakan sebuah rangkaian kecantikan yang sesuai untuk diaplikasi dan sememangnya Halal tanpa sebarang keraguan”.

Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, hebat membantu kulitmu untuk tampil cantik mulus sekata sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah!

SYAHIRAH membawakan kepada pengguna 2 rangkaian penjagaan wajah di bawah SYAHIRAH KOREAN SECRETS. Nikmati lebih pilihan untuk kulit wajah cantik mulus sekata dan jelita cerah berseri sepanjang hari. Rangkaian Hydra Soft ataupun White Glow, kedua-duanya pasti membuatkanmu persis gadis Korea! 

Dia si gadis Korea yang cantik mulus sekata 


Memperkenalkan, SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Softrangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekatayang dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi. SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata.Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Softpasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu! 


Rejim lengkap Syahirah Korean Secrets Hydra Soft:

1) Skrub Muka:Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.

2) Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.

3) Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

4) Krim Pelembap: Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.

5) Krim Kecantikan: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.

Dia si gadis Korea yang jelita cerah berseri 


Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan kejelitaan cerah berseri, SYAHIRAH menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glowyang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Juga diperkaya dengan manfaat penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidak selesaan pada kulit.Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS WHITE GLOW mengandungi 6 produk hebat iaitu Pembersih Muka, Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15 yang menjadi rejim kecantikan untuk kulit cerah berseri. Penggunaan rona merah jambu yang sepadan dengan ramuan yang digunakan serta bersulamkan warna putih yang mencerminkan manfaat kecerahan pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow.Kini, berlari dan menari bagai artis K-pop di bawah sinaran mentari bukan lagi masalah buatmu!


Rejim lengkap Syahirah Korean Secrets White Glow:

1) Gel Pembersih Muka Anti-jerawat: Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.

2) Gel Pembersih Muka:Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.

3) Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

4) Krim Siang SPF 20:Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.

5) Krim Malam: Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.


6) Krim Kecantikan SPF 15: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.Dengan SPF 15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB

Tetapkan pilihanmu dan dapatkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS sekarang untuk tampil cantik mulus sekata persis gadis Korea! 

Aku dah cuba krim pelembap Hydra Soft ni, memang lembut je bila di sapu kat muka. Tak berminyak dan rasa segar je kulit muka

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk pasarraya besar dan pasarraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai SYAHIRAH sila layari halaman SYAHIRAH Facebook, https://www.facebook.com/pg/Syahirah-Malaysia dan Instagram SYAHIRAH @ syahirahmalaysia.