Showing posts with label sikap. Show all posts
Showing posts with label sikap. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

Bila Lelaki Membebel


Bila lelaki start membebel
Dia pandang aku, aku pandang tingkap

Bila lelaki membebel
Aku start diamkan diri dulu sambil berfikir
Bila lelaki membebel
Memula aku pasang strategi untuk lawan balik

Bila lelaki membebel
Kemudian fikiran aku melayang ke lain

Bila lelaki membebel
Aku bayangkan radio yang bercakap tanpa henti

Bila lelaki membebel
Last-last aku tutup radio tu, memekaklah.

Bila lelaki membebel
Aku terus angkat kaki, blah dari situ.


Tapi lelaki tetap terus membebel....


Hahahaha apa yang aku merapu nie ek?

Bukan apa, ini hasil nukilan lepas kene bebel dengan Const Manager aku tadi. Aku rasa dia nie period pain kot hari nie. Since pagi tadi membebel dengan semua orang dalam opis nie.

p/s : nak pi pasar malam, nak beli bontot ayam. goreng pun sodap!

Wednesday, May 12, 2010

Mana Budi Bahasa Orang Kita?

Salam Korang,

Malam tadi lepas makan sambil tengok Leverage, mr Big cerita kisah yang berlaku kat bank dia tadi.

Ceritanya cam nie:-
Dalam pukul 2pm semalam, dia kene entertain satu customer nie. Lelaki melayu dalam lingkungan umur 37 tahun cam tuh.(based on NRIC mamat tuh).

MrBig : Ye Encik, boleh saya bantu?
Lelaki : Saya di suruh officer tingkat atas untuk jumpa dengan you pasal opening account nie.
MrBig : Current ke Saving Encik?
Lelaki : Current Account
MrBig : Ok, sila isi form.
Lelaki : Oh, saya dah isi tadi kat atas. Ini dia.
MrBig : Ok, saya perlukan nama introducer dan RM3000.00 untuk bukak account nie.
Lelaki : La ye ke? tapi Ms A cakap, tak payah. Turun bawah untuk sign2 form je. Lagipun loan saya dah approve pun. Tinggal bukak account.
MrBig : Tak boleh la cam tu Encik, procedure tetap procedure. Encik kene ikut gak.Kalau tak pun Encik bukak saving account je. RM250 je.
Lelaki : (mula berkasar sambil bersuara kuat). Tapi Ms A tu yang cakap sign2 je. Ini bukan salah saya. Lagipun saya dah banyak saving account, buat apa nak bukak bebanyak nie.
MrBig (masih bersabar) Memang saya tak boleh tolong Encik nie. Still kene ikut procedure gak.
Lelaki : (bercakap sambil menjerit,yg semua orang pandang) Saya tak peduli, saya nak bukak jugak Current Account nie. Apa punya bank lah nie. Itu tak boleh, ini tak boleh.
MrBig : Ok, saya akan panggil Ms A tu turun, dah explain dengan Encik pasal hal nie.

Mr Big dah panas hati, terus dia call si Ms A.

MrBig : Ms A, ini ada customer jerit2 sama saya untuk bukak itu Current Account tapi tak mau kasi fees. Dia kata you cakap tak payah kasi fees plak
Ms A : Aiya, saya cakap bukak Saving saje sebab mau trransfer dia punya loan.
MrBig : Berapa dia pinjam? RM100K ke?
Ms A : Tak delah. RM10K.
MrBig : Alamak, itu pun dah kecoh ke? You turun sekarang, settle nie hal. Kalau saya settle hah, dia terus pergi hospital punya lah.
Ms A : Ok ok, saya turun.

So sementara tunggu Ms A turun,

MrBig : Hah, Encik awak tunggu Ms A turun untuk settle, tolong tunggu kat sofa sane ye.
Lelaki : Uisk berlagaknya. Macam bagus sangat.
MrBig : (Dah mula nada kuat) Encik ambik name tag saya nie, pergi report kat Manager saya sekarang. Cepat saya nak tengok. Pergi2.
Lelaki : Ermm tak perlah. (Muka dah bersalah)
MrBig : La kenape? Takut. Berani kerana benar Encik. Takut kerana salah. Kalau tak nak report tak per, cuma saya nak pesan, kita orang melayu nie kaya dengan budi bahasa tapi encik nie dah hilang budi bahasa ke?
Lelaki : (Terus diam membisu)

Seketika Kemudian, mrBig nampak Lelaki tu tengah beratur bukak Saving Account.Hahahaha tergelak2 mrBig tengok Lelaki tu. Itulah jangan nak berlagak sangat katanya.

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai2
Bahasalah menyatukan kita semua.....