Showing posts with label shopping di Home Pro. Show all posts
Showing posts with label shopping di Home Pro. Show all posts

Thursday, July 2, 2015

HOME PRO, iOi City Mall – Tempat Membeli Belah Setempat Untuk Hari Raya Ni

Hi Korang,

Bila dah start puasa ni, pertama yang terfikir di kepala ni adalah shopping raya.


Of courselah kan , kita orang pompuan ni bukan setakat baju raya even barangan rumah pun kena berganti jugak tapi janganlah melampau sangat kan. Beli belah berpada-pada dan mengikut budget yang telah kita sediakan ek.

La tak tau nak shopping kat mana? 


Ishk meh sini aku nak citer mengenai HOME PRO yang merupakan one stop center bagi kelengkapan rumah, dari sekecil-kecil bilik air hingga ke halaman rumah semuanya ada di sini. 

masuk-masuk je ada ruangan promotion, tengokla apa yang sale ek

Sabtu lepas, aku dapat jemputan daripada team Home Pro untuk melawat outlet pertama mereka di iOi City Mall Putrajaya ni. Walaupun selalu ke mari tapi tak semua department aku singgah, just cari apa yang penting then bayo. 

lampu raya, jom beli

sale sale, mari mari

lampu solar pun ada jugak jual ek

Home Pro ni sangat luas sampai tak tau nak bahagian mana nak start dulu, di sebabkan musim raya nak dekat so kita start dengan bahagian langsir dulu ek. Di sebabkan tempat beso, aku just ambil gambar mana yang sesuai untuk di highlightkan kat korang ek.

nampak betapa luasnya tempat ni kan


FABRIC – CURTAIN & ACCESSORIES 



langsir ni, boleh prevent matahari masuk ke umah tau






tinted sling door - aku sendiri pun tak tau menda cam ni pun ada ek



Hah pilih jangan tak pilih, ada pelbagai warna yang di sediakan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Bukan tu saja, kat sini juga ada juga aksesori langsir macam rod langsir, hook langsir ada juga cadar, alas kaki, alas meja dan karpet juga. 

PERABUT RUMAH





best ooo moon chair ni, duduk tenggelam

Ada juga pilihan sofa, katil, almari, perabut-perabut kecil dan memacam lagi


Barang elektrik juga di pamerkan, so malas nak citer dengan korang yang tulah sebab korang lagi arif daripada aku kan hehehehe

HARDWARE – COLOUR PAINT






Sesuailah bagi korang yang teringin sangat nak cat umah kan. Pelbagai pilihan warna korang boleh pilih. Kalau tak jumpa jugak, boleh buat campuran warna. Kalau nak suruh diorang datang umah untuk cat pun boleh, just discuss dengan team colour design ye. Ada solutionnya..

HARDWARE – FLOOR TILES







Kan aku dah cakap Home Pro ni kan one stop solution semuanya ada even barangan hardware pun ada. Macam floor tiles ni, memacam corak dan pelbagai tiles yang bersesuaian dengan ruang berkenaan korang boleh jumpa. Aku sendiri pun naik juling menengoknya


Kat sinilah korang boleh discuss mengenai service yang korang inginkan. Nak letak tiles kat dapur ke, tukar toilet baru ke, nak bilik mandi transparent ke hah semuanya kat sini lah. 

kerusi untuk orang tua, selesa nampaknya

toilet portable pun hado

tangki air yang cantik kan

lock pintu ala-ala running man citer korea tuh

tangga untuk gantung langsir siap!

awing pun ada jual jugak, siap pasang pun boleh

autogate

buaian pun hado, nampak tiles yang bawah tu. Cantik ek


bilik air transparent






In terms of price, bagi aku agak berpatutan dan bersesuaian dengan budget kita ni. Banyak jugak barangan di tawarkan dengan potongan harga yang wow wow wow…

dah jatuh cinta la tu kan, kemain selesa lagi duduk Mr Big ni

tengoklah laki aku ni, merayau sekitar alam

Korang kalau bab shopping ermm kemain lagi ek, ni terletaknya kedai ni

HOME PRO
Lot AT-2, Lower Ground Floor,
IOI City Mall
Lebuh IRC, IOI Resort City
62502, Putrajaya, Sepang
Selangor.


Open Daily: 10am -10pm 

Official Website : http://www.homepro.com.my/


Eh, ada lagi jap jap…

Home Pro juga ada jualan istimewa di Warehouse mereka di Puchong.







Yang ni kalau nak pi, ni hah alamatnya ek

Home Pro Warehouse
LotC35374, Jalan Perindustrian Puchong,
Taman Perindustrian Seksyen 3,
Puchong, Selangor
(opposite Toyota Service Center)

Dah tak yah nak fikir panjang lagi, weekend ni nanti meh ke sini ek. Jangan kata korang, aku pun nak pi lagi ni. Ada banyak lagi belum shopping hehehhehe