Showing posts with label roast coffee. Show all posts
Showing posts with label roast coffee. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Hidangan Egg McMuffin PERCUMA Di Mc Donald’s Breakfast Day (19 Nov 2012)


Hi Korang,

Sarapan? Ermm siapa selalu skip ek.

Akulah tuh. Kekadang je breakfast kalau sampai office awal, kekadang tu minum kopi je, kekadang tu minum air kosong je. Then terus je start keje. Kalau time cuti tu, memanglah breakfast kan cekodok ikan bilis.


Ramai orang tak breakfast dengan alasan tak de masa, tak de selera, menyusahkan, nak diet, sibuklah, tak de mood nak masak, malas nak kemas dapur dan memacam lah. So Mc Donald’s Malaysia mengambil inisiatif untuk menggalakan rakyat Malaysia menikmati faedah bersarapan yang enak dan segar setiap hari.

Hari yang Indah Bermula Dengan Sarapan Hebat
200,000 hidangan Egg Mc Muffin secara PERCUMA di Mc Donald’s Breakfast Day (19 Nov 2012)


Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia dan Pengurus Serantau McDonald’s Malaysia & Singapura, Sarah Casanova berkata, “Idea di sebalik McDonald’s Breakfast Day ini adalah untuk menekankan  kepentingan sarapan yang segar dan enak untuk permulaan seharian anda. Dengan tawaran sarapan percuma kepada rakyat Malaysia, kami ingin memulakan gerakan sarapan yang dapat menyatukan rakyat untuk menjadikan sarapan yang hebat sebagai permulaan hari yang indah. Amalan bersarapan pelanggan kami dimudahkan dengan hidangan sarapan McDonald’s yang disediakan panas, segar dan senang dimakan!”


McDonald’s Breakfast Day yang jatuh pada 19 November bakal melihat rakyat Malaysia bangun untuk bersarapan bersama-sama. Dari 7 pagi hingga 10 pagi, kesemua 215 buah restoran Sarapan McDonald’s  seluruh negara akan mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk bersarapan bersama. 1,000 orang pelanggan pertama di setiap Restoran Sarapan McDonald’s  akan menikmati Egg McMuffin secara percuma.


Cara nak dapatkan burger Egg Mc Muffin FREE, meh baca ni

·         McDonald’s Breakfast Day diraikan pada 19 November 2012.
·         Dari pukul 7 pagi hingga 10 pagi, McDonald’s akan menawarkan satu Egg McMuffin secara percuma kepada 1,000 orang pelanggan pertama di setiap Restoran Sarapan McDonald’s di seluruh Negara, termasuk Genting dan Lapangan Terbang.
·         Tiada sebarang pembelian atau kupon diperlukan untuk menikmati satu Egg McMuffin percuma.
·         Tawaran Egg McMuffin percuma ini terhad kepada seorang setiap kunjungansahaja.
·         Tawaran ini hanya terhad kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan pandu lalu (drive-thru) sahaja, tidak ditawarkan melalui McDelivery.


Hidangan Egg McMuffin di McDonald’s ni diperbuat daripada telur segar dari ladang, keju keemasan yang berkualiti tinggi bersama kepingan ayam diapit English Muffin yang segar dibakar.

Sound yummy kan, menyelerakan sungguh!

Ok nak kasi info sket pasal good breakfast ye.

Apakah Hidangan yang Sesuai untuk Dijadikan Sarapan Pagi?

·         Sarapan yang “baik” ialah gabungan daripada karbohidrat, protein, serat, vitamin, garam mineral dan air. Kurangkan pengambilan minyak, gula dan garam demi kesihatan anda.
·         Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama untuk tubuh. Protein menambah rasa “kenyang”, maka mengurangkan kelaparan di pertengahan pagi.
·         Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh  tubuh.

Apa lagi meh lah kasi sokongan korang kepada gerakan Sarapan McDonald’s  untuk memulakan pagi yang indah!


Sila layari http://www.mcdonalds.com.my/ untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s Breakfast Day dan lokasi restoran Sarapan McDonald’s terdekat dengan anda.

Ok mark kat kalendar korang cepat ye!