Showing posts with label promosi chicken teriyaki KRR. Show all posts
Showing posts with label promosi chicken teriyaki KRR. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

Makan Ayam GOLDEN TERIYAKI MEAL Di Kenny Rogers Roasters

Hi Korang,

Bila perayaan tahun baru datang mulalah kita dapat merasa makanan bertema Chinese new year ni. Seronokkan sebab kita manalah reti masak style cina ni so inilah masanya.

Kenny Rogers pun tak ketinggalan jugak tau.

peminat setia ayam grill

Mereka menyajikan promosi ‘Golden Teriyaki Meal’ sempena tahun baru 2017 ni. 

Rasa eksotik ayam Teriyaki Golden Khas diperap dalam sos teriyaki istimewa dengan herba dan rempah-ratus, dan kemudiannya dibakar dengan nenas, bagi mengekalkan rasa yang lazat.

Di hidangkan kepada 2 jenis hidangan yang bernilai dari RM21.80, hidangan yang terdiri daripada : 

Golden Teriyaki Chicken Meal
 (¼ Golden Teriyaki Chicken + 2 side dishes 
+ 1 Red Velvet Lava Muffin)

Golden Teriyaki Soup Meal
(¼ Golden Teriyaki Chicken + 1 Country-style Chicken Soup + 1 side dish + 1 Red Velvet Lava Muffin)


Kalau korang tak nak makan set menu, eh jangan bimbang boleh jugak order ala carte ayam teriyaki ni ek pada harga RM14.80 dan juga hidangan minuman Zesty Orange Blast yang mampu menyegarkan dan menghilangkan dahaga. 


Akhirnya hidangan makanan korang dengan pemanis mulut yang simple iaitu of course lah dengan muffin, kan Kenny Rogers sangat terkenal dengan muffinnya yang sedap so kali ni mereka tampil dengan Muffin premium Red Velvet Lava iaitu red velvet muffin yang di dalamnya ada kuning telur masin. So rasanya lemak-lemak manis masin hehehhehe


Bukan setakat tu sahaja promosi kali ini mereka juga ada sediakan hadiah misteri. Setiap pembelian 2 set hidangan Golden Teriyaki Chicken ini korang akan dapat 2 Ang Pow bertema ayam untuk Tahun Baru Cina kali ini. 


Layari laman web www.krr.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari www.facebook.com/krrmalaysia



* Red Velvet Lava Muffin is not available in East Malaysia
** Promotion is not applicable at KRR Puteri Harbour and KRR Genting Highlands 



Tuesday, January 21, 2014

Promosi Teriyaki Chicken Di Kenny Rogers

Hi Korang,

Hari tuh, pi One Utama sengsorang coz ada jemputan food review dari team Kenny Rogers. Abis je keje terus zass ke sana, Mr Big tak sempat ikut.

ramai geng bloggers yang lain ade.

Nasib baik geng-geng yang lelain ada, so tak delah rasa cam lone ranger sket kan.


So untuk Sambutan Tahun Baru Cina ni, Kenny Rogers ada hidangan terbaru iaitu KENNY's TERIYAKI CHICKEN. La tak kan makan ayam je. ishk ada lagi ni.


Selain daripada suku ayam yang diperap bersama sos teriyaki khas dengan herba dan rempah dan di bakar sempurna, dihidangkan juga sekali dengan Aromatic rice dan juga semangkuk sup ayam cendawan serta pemanis mulut iaitu Kenny's Home-made Muffin.

So semua ni sepinggan hanya RM19.90* je.. ok kan.


Eh, ada minuman juga sekali yang sesuai di minum bersama iaitu Tropical Paradise. Sejenis minuman campuran orange dan nenas dan sedikit strawberry, baru ala-ala tropical sket. 


Harga baru RM7.90* je.


Kan musim-musim perayaan ni, mesti ramai yang datang bertandang kerumah. So kalau rasa tak sempat nak makan ataupun tak cukup makanan yang dihidangkan, dont worry Kenny Rogers ada sediakan promosi Take It Home Feast. Ini sudah bagus kan.


Meh kita tengok apa yang ada di dalam hidangan promosi ini

ayam teriyaki

BBQ baked bean

variety flavours of muffin

garden pasta salad

golden corn and carrot

asia salad

tropical drinks

ada 6 keping à la carte Kenny Teriyaki Chicken, 2 mangkuk Aromatik Rice dan 1 mangkuk setiap Salad Asia Pedas , BBQ Kacang Panggang , Golden corn & carrot serta Pasta Salad. Mesti muffin mestilah ada jugak dan di tambah lagi dengan 6 botol jus buah-buahan yang manis lagi menyegarkan.

Alah harga baru RM148.80* satu set hidangan untuk 6 orang sekali makan.


So apa lagi meh lah pi makan kat sana. Aku dengan Mr Big memang tiap-tiap bulan akan pekena KRR ni. Jadi dapatlah Mr Big merasa menu terbaru ni ek.

Layari laman web www.KRR.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari Facebook.com/KRR.My.


Terima kasih pada team Kenny Rogers yang sudi menjemput ktorang makan di sini ye...

Nanti kalau ada menu terbaru dari Kenny Rogers ni aku bagitau kat korang tau..