Showing posts with label program kesihatan. Show all posts
Showing posts with label program kesihatan. Show all posts

Tuesday, March 26, 2019

Yoga Memang Sakit Tapi Bagus Di Jadikan Amalan #GuardianGayaSquad

Hi Korang, 

Seriously kalau ada event senam senaman ni memang kak lily excited nak join. Bukan apa, time nilah kita dapat bersenam belajar beberapa tips menarik senaman mudah dan ringkas kan. Selalu tuh kalau pi berlari kat stadium Kajang, memang kerjanya berlari dan berjalan je kalau ada Zumba barulah dapat join sekali. 


Bila #GuardianGayaSquad ni ajak bersenam di Lake Garden hari tuh, itulah yang kak lily nanti-nantikan. Yelah bersenam di tasik bawah cahaya matahari terbit kan, tak ke indehh tuh hehehhehee 

Nasib ada geng dengan yupikoh so kitorang pi sekali, tunggu dia kat station MRT muzium negara then jalan kaki sesama masuk ke Lake Garden ni. Rupanya ada macam-macam dalam Lake Garden ni yang kak lily sendiri tak pernah tengok ya ampun memang sah ahkak ko ni tak boleh jadi warga Kuala Lumpur yang bagus ek. 

Puas jugak nak mencari Heliconia Garden ek, nampak cam jauh berjalan tapi dekat je. Sebab bawak Yara si kecik tuh so ktorang naik tram jelah, jalan separuh then naik tram. Sesampai je kemain cantik laman ni kan. 


Untuk #GuardianGayaSquad event ni memang tak ramai pun sebab Guardian nak buat as intimate session between bloggers dan Guardian team sendiri. Kebetulan ada Joana Soh. Kalau korang nak tau yang Joanna ni merupakan Asia's No. 1 Wellness & Fitness YouTube personality. Kira selebriti dia ni ye, kak lily dah beberapa kali jumpa dia ni so taulah background dia sket-sket hehehe 

So once semua dah ada kita mulakan dengan sessi regangan badan. 



Wah kemain lagi, Joanna kata tak sakit pun sebab tak de aktiviti lompat-lompat hah. Dia ajar ktorang senaman Yoga yang simple, meaning pergerakan yang mudah dan tak menyakitkan semuanya slow move je. 

nampak sakit wokeh tunduk cam nie


tengoklah ahkak ko ni dah rupa siamang dah wei, dengan serabai rambut tuh kan

Mula-mula tuh kak lily ok lagi tapi bila dah masuk ke pose yang seterusnya hah amik ko, dah mula rasa kesakitannya. Inilah orang-orang yang kurang bersenam, bila tang lipat kaki keluar ke dalam tuh memang sakit wei tapi kak lily tahan jugak sebab Joanna kata jangan paksa-paksa untuk first timer memang cam tuh, lelama nanti ok dah. 

Bersenam atas yoga mat tuh je tau, langsung tak de keluar dari mat tuh tapi peluhnya abis basah baju oooo. 

Ni kak lily nak bagitau yang Yoga berperanan untuk melambatkan sakit belakang dengan teknik tersendiri seperti meregang dan memperkuat otot-otot. Keunikan yoga ialah kerana pendekatannya yang menyeluruh di mana masalah sakit belakang tidak terasing daripada lain-lain bahagian tubuh. Jika korang tak suka bersenam yang aktif kena lari sana-sini, penat termengah-mengah cam jogging so Yoga memang pilihan terbaik untuk korang. 

Lepas habis session tuh, aaarr baru rasa lega sket hah tau. 



Kemudian ada chit-chat session mengenai women empowerment, wah takut kerlass ek. Tapi kitaorang more bercerita pasal family, kisah gaya hidup, pemakanan dan memacam lagi mengenai wanita. Seronok wei memacam kisah yang kak lily dapat tau dan tak semuanya indeh indeh belaka dalam kehidupan yang kita lalui ni kan. 



Sambil chit chat sambil makan-makan di healthy buffet ni kak lily panggil. Semuanya makanan kesihatan tapi mengenyangkan. Ada buah-buahan, kekacang, fruits juice, desserts dan memacamlah. Makan-makan sambil borak-borak memang sangat awesome lah. 

Langsung tak terasa dah tengahari camtuh wei, sekejapan masa berlalu. Dengan aktiviti yang menarik, senaman sihat, makan-makan inilah yang sangat-sangat kak lily perlukan untuk melegakan segala tekanan yang kak lily ada. 


Once again terima kasih kepada Guardian Malaysia khususnya #GuardianGayaSquad ini yang mengajak kak lily dan kengkawan bloggers yang lelain ke aktiviti yang menyihatkan ini ye..

So lepas ni bolehlah praktikkan senaman yoga tuh di rumah, alah tengok youtube channel Joanna Soh je sebab memacam senaman ada kat dalam tuh tau. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 


Instagram : 


#GuardianGayaSquad




Monday, January 7, 2019

‘READY SET GLOW’ - Program Kesihatan GUARDIAN Bagi Tahun 2019

Hi Korang, 


Apa azam tahun baru ek?? 

Bagi kak lily yang penting sekali kesihatan yang bagus di samping duit yang banyak kan huahauhauha 

muke memasing yang tak sabar nak bersenam ni hah

Hari tuh kak lily berkesempatan ke Program Kesihatan Guardian yang dikenali sebagai “READY SET GLOW”

“Kempen ‘READY SET GLOW’ bulan ini merupakan satu lagi kempen yang mengukuhkan reputasi Guardian selaku pakar dalam Kecantikan Sihat dimana kami membantu para pelanggan untuk kekal sihat secara dalaman dan tampil menawan secara luaran dengan tawaran-tawaran hebat produk kami,” kata Mr DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty. 


“Untuk Kempen Ready, Set, Glow ini, kami berkolaborasi dengan selebriti kecergasan Youtube Nombor 1 di Asia, Joanna Soh untuk menghasilkan satu siri latihan ringkas untuk membantu dan menyuntik semangat kepada rakyat Malaysia untuk mencapai matlamat kecantikan dan kesihatan mereka tahun ini,” jelas Cho lagi, 


Bersama-sama Joanna, Guardian menggalakkan rakyat Malaysia untuk Sertai Skuad Glow dan menjadi sebahagian daripada inisiatif nasional ini, untuk melihat dan mengaplikasi tutorial latihan ini di dalam kehidupan harian. 




Video-video tersebut adalah tiga video latihan yang cukup ringkas dimana orang ramai boleh mengamalkannya sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka untuk mencapai GLOW yang lebih sihat pada tahun 2019. 

Di penghujung video-video tersebut terdapat promosi-promosi produk istimewa dimana penonton boleh membuat rakaman skrin (screenshot) baucer elektronik itu untuk menebusnya. Ini termasuk potongan RM5 untuk Good Morning V-Grains tin 2.5kg , potongan RM5 untuk 2 unit Sarang Burung Snow Lotus Kinohimitsu dan Kita Beauty pada harga istimewa RM28.80 untuk rangkaian 10 paket 6g.

Meh tengok video ni meh:


ini namanya senaman dalam kereta, ketika jem. memang patut di praktikkanlah


Sebaik sahaja korang menjadi sebahagian daripada Skuad Glow Guardian, Guardian akan mempunyai senarai semak mingguan pada halaman Facebook dan Instagram Guardian Malaysia bagi memastikan anda kekal bermotivasi pada kemajuan anda. 

Di samping itu, Guardian juga menawarkan banyak promosi menarik daripada pelbagai rangkaian produk pada harga hebat untuk kecantikan sihat pelanggannya. 

Antara promosi-promosi utama termasuk: 

1. Satu set hadiah Tahun Baru Cina daripada Brand’s Essence, Royal Bird’s Nest, Kinohimitsu Bird’s Nest dan banyak lagi, yang sesuai untuk dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan di musim perayaan. 

2. Potongan sehingga 50% untuk produk-produk Kosmetik & Wangian sepanjang Promosi Kecantikan. 

3. Masker Muka PERCUMA untuk pembelian mana-mana Pencuci Muka bernilai RM25 dan ke atas sepanjang Promosi Pencuci Muka. 

4. Sebuah Pembakar Roti Phyliss PERCUMA untuk pembelian mana-mana produk daripada rangkaian barangan Penjagaan Diri sebanyak RM128 dan ke atas sepanjang Promosi Penjagaan Diri. 

Jadi, “READY SET GLOW” dengan Guardian di tahun baru ini. Tidak kira di mana anda berada dan apa jua yang anda perlukan, Guardian memiliki stor-stor yang boleh menawarkan anda segala keperluan untuk terus sihat dan cantik berseri. 

sakit wei sebab lemak tersepit ni hah

Kak lily dah cuba gak senaman ringkas tuh semua, so far memang mudah untuk di lakukan di mana jua bila masa korang mempunyai masa kelapangan kan. Alah sampai duduk pun boleh bersenam tau


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 


Instagram : 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com