Showing posts with label produk Coke. Show all posts
Showing posts with label produk Coke. Show all posts

Friday, May 25, 2018

Program Keusahawanan Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU)

Hi Korang,

Pemilik perniagaan kecil memperoleh kelebihan teknologi mobile untuk Ramadan, manakala golongan kurang bernasib baik menikmati hidangan menyelerakan daripada Coca-Cola 


Coca-Cola Malaysia akan memperkasakan kira-kira 3,000 pengusaha gerai makanan di bazar Ramadan di seluruh negara tahun ini menerusi program keusahawanannya Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU) dengan menggunakan aplikasi telefon yang menyediakan mereka dengan latihan perniagaan asas. 

Muslim Aid, Coca-Cola and Marrybrown brings joy to deserving communities

Kira-kira 300 peserta terpilih akan turut dibantu dengan barangan tarikan jualan Coca-Cola seperti apron, topi, alas meja dan papan menu yang membuatkan gerai makanan mereka menyerlah di bazar makanan Ramadan popular. 

Dilancarkan tahun lalu dengan kerjasama Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, program latihan Coca-Cola KU direka untuk membimbing usahawan mikro ke arah kejayaan dengan menyediakan mereka pengetahuan dan latihan yang diperlukan untuk meningkatkan perniagaan mereka. 

Program di Malaysia merupakan sebahagian daripada komitmen antarabangsa syarikat untuk pemerkasaan ekonomi 5 juta usahawan wanita di seluruh rantaian nilai syarikat menjelang 2020 menerusi inisiatif 5by20 yang dilaksanakannya, di mana Coca-Cola KU bermatlamat untuk memperkasakan 20,000 usahawan wanita menjelang tahun 2020. Meskipun ia mensasarkan golongan wanita, Coca-Cola KU turut menggalakkan penyertaan golongan lelaki. 

Muslim Aid Malaysia Chairperson, Wan Rusli Wan Muda and Datuk Rosnah Majid representing Coca-Cola hands over food basket to communities in need

Sementara itu, Coca-Cola sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia untuk program amal tahunan yayasan berkenaan, Fast2Feed yang menyediakan minuman menyegarkan, makanan berkhasiat dan keceriaan kepada lebih daripada 5,000 golongan kurang bernasib baik di Semenanjung Malaysia. 

Satu daripada projek utama Muslim Aid Malaysia yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan, Fast2Feed menyaksikan anak-anak yatim, kanak-kanak daripada keluarga miskin, penghuni rumah orang-orang tua, Orang Asli dan pelarian menerima hidangan berbuka puasa, bakul makanan, duit Raya dan pakaian baru supaya mereka dapat meraikan bulan puasa dan Hari Raya dengan keceriaan. 

Pada acara tahun ini, pasukan Muslim Aid Malaysia mengembara tanpa erti penat untuk membawakan keceriaan musim perayaan di 24 lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

Happy children after the iftar event at MYDIN Kubang Kerian

Ketika mereka menantikan waktu berbuka puasa, kanak-kanak tersebut akan dihiburkan dengan aktiviti seni dan kraf seperti mewarna dan menganyam ketupat. Kakitangan Coca-Cola daripada cawangan seluruh negara akan menyertai mereka di setiap lokasi, yang mana kakitangan ini akan membantu menghidangkan juadah berbuka puasa dan mengendalikan aktiviti berkenaan. 

Kerjasama yang bermula sejak tahun 2010, Coca-Cola terus memberi sokongan kepada kerja amal Muslim Aid Malaysia untuk golongan kurang bernasib baik dan tahun ini, untuk membawakan sentuhan cita rasa tempatan, ia turut melibatkan rakan kongsinya seperti Marrybrown, Mydin, Jaya Grocer, Maslee Group, ASTRO, PNB Commercial dan Zenith Aim Group untuk hadir bersama pelbagai barangan sumbangan bagi lebih menceriakan suasana. 

“Mengunjungi gerai makanan Ramadan merupakan sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia sepanjang Ramadan dan bazar turut menyediakan peluang yang tepat untuk usahawan kecil memperoleh pendapatan lebih, justeru kami sangat gembira untuk melihat sumbangan berterusan program Coca-Cola KU. Dan disebabkan berbuka puasa adalah saat istimewa sepanjang Ramadan, kami juga berbesar hati dapat memberi sokongan dan menjadi sebahagian daripada kerja murni yang dilakukan oleh Muslim Aid Malaysia yang turut menjadikannya istimewa buat mereka yang tidak berpeluang untuk menikmatinya,” kata Pengurus Negara, Rantau Malaysia, Singapura and Brunei, Syarikat Coca-Cola, Ahmed Yehia. 

“Kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kami, sama ada mereka rakyat tempatan atau golongan pelarian. Melihat senyuman mereka pada acara kami tentu sekali akan mencetus kegembiraan kepada semua yang hadir. Kami berharap rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang akan turut mengambil bahagian dalam Fast2Feed,” kata Habsah Marjuni, Ketua Pegawai Operasi Muslim Aid Malaysia.







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com