Showing posts with label pentingnya pemakan bercampur. Show all posts
Showing posts with label pentingnya pemakan bercampur. Show all posts

Monday, January 25, 2016

DAKUBAN Kena Diet Jugak Walaupun Kucing, Pentingnya Pemakanan Bercampur.

Hi Korang,


Dak Uban ni memang pantang nampak makanan, bau makanan dan ktorang sibuk nak makan pun ikut jugak nak makan tapi yang best tu bila time aku tengah masak. Wah dia pun ikut sama sibuk tengok aku masak, mana tau kot-kot aku boleh bagi dia makan on the spot ek. 

Ermm memang taklah kann.

cepatlah nak makan nieee

Dulu aku selalu gak bagi dia makanan yang ktorang makan but lepas dah dapat advise doctor terus ktorang stop bagi dia makan sebab ada certain-certain makanan manusia langsung tidak bersesuaian dengan kucing. Kang mati Dak Uban ni mau meraung dibuatnya.

Tau tak?

Apa yang korang berikan kepada haiwan peliharaan amat penting untuk memastikan kesihatan dirinya. Tidak seperti manusia, kucing memerlukan diet tinggi-lemak, kaya-protein dengan beberapa nutrien yang mampu meningkatkan kesihatan dan tumbesarannya, memberikan anda seekor kucing yang gembira dan sihat. Kucing secara semula jadinya adalah haiwan yang kompleks kerana ia memerlukan diet seimbang, berasaskan daging sama seperti saudaranya yang bertubuh besar, seperti singa dan harimau di hutan yang cergas dan sihat.

wei ni biskut kering kite tau

Menurut WHISKAS Malaysia, kira-kira 71% pemilik kucing di Malaysia memilih makanan kering sementara 28% sukakan makanan basah untuk kucing mereka. Walaupun ada yang yakin terhadap makanan basah dan yang lain lebih sukakan makanan kering, kajian daripada The Waltham Centre for Pet Nutrition mencadangkan yang kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Kajian menunjukkan yang memberi makanan basah dan kering kepada kucing anda membolehkan ia meraih manfaat daripada kedua-dua amalan. Cara ini dikenali sebagai pemakanan bercampur.

jangan amik wet food kite ni lahhh

Korang boleh memberikan kucing korang makanan basah sebanyak dua kali dan makanan kering sebagai hidangan ketiga setiap hari atau pilih untuk mencampurkannya dalam setiap hidangan. Makanan kering akan membantu membaiki kesihatan mulut manakala makanan basah akan memberikan kucing anda air yang diperlukan untuk memastikannya kekal terhidrat.

apa lagi ni, janganlah amik ek

Program pemakanan-bercampur turut disarankan untuk pengurusan berat badan. Kajian menunjukkan yang memberi diet kelembapan tinggi kepada kucing korang mengurangkan selera makan berbanding kucing yang hanya diberi makanan kering. Sekurang-kurangnya 25% kalori keseluruhan kucing korang daripada pengambilan makanan harian sewajarnya datang daripada makanan basah. Tambahan lagi, pemakanan bercampur adalah bermanfaat tinggi jikalau kucing korang berdepan masalah saluran kencing, di mana 70% kalori keseluruhan diambil hanya daripada makanan basah.


Memberi kucing anda makanan basah meningkatkan pengambilan air lantas memulihkan kesihatan saluran kencing. Kandungan air yang tinggi di dalam makanan basah mencairkan air kencing sambil meningkatkan kekerapan membuang air kecil, kedua-duanya mengekang formasi kristal mineral atau batu karang. Selain itu, makanan basah telah diketahui menggalakkan metabolisme sihat kerana kucing mampu menelan dan menghadam makanan tanpa perlu mengunyahnya. Protein, lemak dan karbohidrat yang sihat dan seimbang mampu meningkatkan metabolisme kucing anda dan menggalakkan penghadaman yang mudah. Sama seperti makanan basah, makanan kering juga memiliki nutrisi lengkap dan seimbang dengan manfaat tambahan untuk membaiki kebersihan mulut kucing. Tekstur rangup makanan kering membantu membersihkan gigi kucing anda dengan menyingkir plak dan tartar, lantas menggalakkan kesihatan mulut yang baik.

Kucing 10 pound yang sihat memerlukan 220 ke 350 kalori setiap hari, di mana 40% daripada kalori itu perlu datang daripada protein daging atau ikan. Diet yang tidak baik kurang mineral itu yang boleh menambah masalah kesihatan kucing korang. Antara mineral penting yang diperlukan kucing anda adalah sodium, kalsium, fosforus dan magnesium. Kira-kira 20% protein dalam diet yang seimbang akan digunakan untuk pertumbuhan metabolisme dan lagi 12% adalah untuk penyenggaraan tubuh kucing

tak menyempat nak makan kan, Dak Uban ni ek

Bila memberi kucing makan, adalah penting untuk mengambil kira usia dan berat badannya kerana kucing memerlukan jumlah nutrien yang berbeza untuk setiap peringkat dalam hidupnya. Banyak iklan makanan kucing mampu memenuhi keperluan kucing untuk peringkat usia berbeza – daripada anak kucing ke dewasa malah yang tua. Justeru, adalah amat digalakkan untuk membeli produk yang sesuai untuk usia kucing anda. Memantau pengambilan makanan dan menetapkan diet bersama doktor haiwan membolehkan anda mengawal berat badannya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pemakanan bercampur, layari www.waltham.com

Nampak tak?

Kita tak boleh bagi makan sewenang-wenangnya, takut nanti cepat plak perginya kan. So memang jadi tabiat aku untuk bagi Dak Uban ni makanan bercampur di antara kering dan basah.

argh majuklah lambat sangat nak makan ni

Setiap aku cuma bagi dia makan makanan basah 2 kali je iaitu waktu bangun pagi tuh dan juga malam, time ktorang makan tu dia pun makan sekalilah so tak de lah kes ayam kena curi dari pinggan tu makan kan hahahahha. Untuk makanan kering tu memang senantiasa aku standby dalam food container dia, jadi bila dia lapar je so dia boleh makan kat situ. Kira makanan dia time ktorang tak de rumah lah, tong tuh mesti penuh selalu dan aku akan pastikan Mr Big check tong tu sebelum dia keluar. Kang kalau kosong mati kering plak Dak Uban tu kan hehehehe.

Korang pun boleh praktikkan jugak tau..