Showing posts with label pengarah adflin shauki. Show all posts
Showing posts with label pengarah adflin shauki. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Special Screening ‘Misteri Jalan Lama’ With Afdlin Shauki


Hi Korang,

Rasanya korang mesti tertunggu-tunggu dengan filem ‘Misteri Jalan Lama’ yang nak kuar tak lama lagi nie kan? Aku dah tengok pun semalam dengan geng-geng #MJLTwtUp. Diorg tweet event ni last week then aku leh ternampak plak, apa lagi terus je sign up lah. Dapat jugak tengok wayang free kan.

pelakon Misteri Jalan Lama yang baru

Sesampai je kat E-Curve, ktorg yag memula dulu book tiket. Itu yang best tuh. Terjumpa plak blogger Sha. Borak jap then pi makan. 

dengan Akim, penyanyi lagu cornetto tuh


Sementara nak tunggu show start tu sempat jugak bercamwhore dengan bebudak AF Akim, Amir Johari dan Azri. Sporting je diorg ni bila nak amik gambo.

dengan team Boboi, ala tomey tomey..

Sebelum show start, pihak Tayangan Unggul ada bukak citer sket di sebalik of ‘Misteri Jalan Lama‘ nie. Seram2 jugak aku dengar citer dari diaorg nie. Yelah extra dari 100 orang bertambah jadi 150 orang. Costume tetiba tak cukup dan memacam lagi lah.

So jangan nak mengarut, meh layan sinopsis jap untuk kasi korang clear picture mengenai citer ni ek

SINOPSIS MISTERI JALAN LAMA

Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada Ah Long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.


Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.


Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi mereka berdua ? siapakah sebenarnya mereka ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?

Bagi aku :
Sesuatu yang baru dalam filem Afdlin Shauki ni sebab kita dah terbiasa dengan filem klise beliau iaitu filem komedi kan. Ianya bercorak fantasi. Ala macam citer Lord Of Rings, Merlin tu kan. Kisah dunia realiti dan fantasi yang kita tak tau. Ada citer suka, duka, pertarungan dan kisah family juga turut diselitkan. Jalan citer bagi aku ok. Senang nak faham. Ada flashback sket2 tu biasa lah kan.

Oleh sebab itu Mr Big kasi 4/5 bintang untuk filem ni.


At the end of the show, rupanya Afdlin Shauki ada Cuma dia lambat sket sampai dari Kluang. So beliau explain lagi mengenai jalan citer ni. Mengenai budget, costume, location, idea dan memacam lagi lah. So segala yang aku duk fikir2 masa tengok movie tadi dah terjawab dah.

SENARAI PELAKON

Ilya – QUE HAIDAR
Indra – HANS ISAAC
Sania – MARION CAUNTER
Old Lady / Queen Dewata – VANIDAH IMRAN
King Dewata – NASIR BILAL KHAN
Harak – AFDLIN SHAUKI
Iskandar – DATO’ AHMAD TAMIMI SIREGAR
Botak – NAMRON
Nina – LIYANA JASMAY
Zak – ADAM CORRIE LEE
Zaidi – MOHD SOBRI ANUAR
Sara – SABRINA HASSAN
Jannah – SARI YANTI
Tokey Warung – YALAL CHIN
Indra (20 TAHUN) – GAMBIT
Ilya (15 TAHUN) – A. RAZIF A. RAZAK
Indra (10 TAHUN) – MUHAMMAD HAZIQUE AHSYARAF
Ilya (5 TAHUN) – MUHAMMAD REEVES DANIEL
Indra (5 TAHUN) – IMRAN FARIS

  
Tarikh Tayangan : 24 November 2011
Pengarah : Afdlin Shauki
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Penerbit Esekutif : Gayatri Su-Lin Pillai

Tengok jangan tak tengok okeh!!