Showing posts with label open drif championship. Show all posts
Showing posts with label open drif championship. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Open Drift Championship @ Bukit Jalil

Hi Korang,

Hari tu kan aku ada citer pasal aku pi berdrif kan, hah ini nak sambung balik ni. Aku dapat naik kereta drif tu sebab last week ada Open Drif Championship kat Bukit Jalil. Husband kawan baik aku memang kaki drift2 ni, itu yang dia ajak ktorg ke sini suruh tengok cam ne sukan mendrif ni kan.


Mr Big as usual suka event2 cam ni, coz dia dapat practise amik gambar yang angle2nya menarik. Itu yang beria dia charge battery camera. Bila ktorg sampai sana, not bad jugak orang yang datang but tak lah semeriah Jom Heboh kan, aku rasa ini closed event kot, cam tak de promotion je diaorg buat. 


Pelbagai jenis kete yang masuk drifting ni, mostly kete-kete lama yang dibarukan. Di angkat enjin, di tukar itu ini, di cat, di hias dan memacam lah. Bila korang tengok, boleh terus jatuh cinta plak dengan kete-kete drif ni.

Member aku yg hubbynya kaki drif. Belakang tu kete dia lah

Time nielah, aku dapat bergambar sakan. Amik kat situ, sini, dengan awek hot sexy, tuan punya kete lah memacamlah lagi sampai tak tercakap lah orang kata. 

Alah korang layan gegambar dalam entry nie ek.

Memacam colour accesories dalam enjin

Hah, memang hot dan sexy kan gadis-gadis litar ni

Inilah kete yang nak masuk drif nanti

Banyak piala, pelbagai kategori di pertandingkan

Di antara aksi yang di pertontonkan

Mr Big pun sibuk interview jugak. Media Blogger sungguh lah

Aku mendrif? Belum ada guts lagi. Setakat duk kat dalam kete drif tu ok lagi kot. Dahlah on the spot kawan aku tu ajak, dengan pakai selipar je bagai mana mungkin aku nak mendrif. Safety first beb. So berangan duduk dalam kete tu je. 

Anyway, drifting ni memang satu experience yang menakjubkan lah. Salah satu sukan yang aku rasa agak ekstrem sungguh tapi safety wise tetap ada.




Tuesday, September 27, 2011

Aksi Blogger Driffter Yang Pertama Di Malaysia

Hi Korang,

Bila citer pasal drif je, mesti orang assume that driffer kebanyakan lelaki. Memang aku tak nafikan betul but ada segelintir je perempuan yang bersungguh-sungguh jadi drifter, salah sorang nya Leona Chin. Aku kagum dengan dia nie. Dari kecil belajar cara driffting ok. Kalau nak tau siapa Leona Chin nie, meh klik sini.

Korang tau tak, yang blogger jugak ada yang tengah sibuk duk belajar mendriff ni tau. Tak caya, meh tengok sini.


Hah, betul kan? Aku tak tipu tau. Nampak kan. Dengan muka aku tetiba leh jadi putih kan siap tersengih lagi plak tu. Maybe flash DSLR mr Big kot. Itu yang boleh putih kan.


Ini plak tengah nak bersiap sedia, untuk belajar drifting ni. Memula kenalah pakai helmet dulu. Kang tengah syok2 mendriff, terhantuk kepala kan payah. 

Betul tak?

Ok ok nanti aku citer lagi pasal event drifting ni. Memang terbaek lah.. Seronok ok.

P/S : Tak lama lagi, aku plak jadi driffer pompuan pertama di kalangan blogger ek.