Showing posts with label minyak kereta naik harga. Show all posts
Showing posts with label minyak kereta naik harga. Show all posts

Saturday, November 9, 2013

Sambil CUCI Kereta Sambil Check Kereta Dengan SHELL FuelSave

Hi Korang,

Kan hari tuh aku ada pi SHELL FuelSave Challenge 2013 kan? La tak tau ke, mehla baca entry yang harituh kat SINI ek.


Sekali lagi, SHELL mengambil inisiatif untuk menyedarkan kita-kita ni selaku tuan punya kereta tentang keberkesanan Petua Shell FuelSave, untuk melahirkan pemandu yang menyokong penjimatan minyak. Yelah korang selalu mengeluh nak tau cara menjimatkan petrol kan.

Sekarang bagi tuan punya kereta yang menghantar menghantar kereta mereka untuk cuci di outlet Shine Shine di Melaka, Johor Bahru, Seremban dan Lembah Klang, serta di CARs International di Pulau Pinang akan ditawarkan pemeriksaan kecekapan minyak kereta secara percuma berdasarkan Petua Shell FuelSave. Petua Shell FuelSave termasuklah pemeriksaan tekanan angin tayar dan but kereta, perancangan perjalanan yang paling menjimatkan minyak, penggunaan minyak yang betul dan pemeriksaan tarikh servis kereta yang seterusnya. 



“Penjagaan kereta anda bermula dengan kebersihan luaran dan dalamannya,” kata Tuan Haji Azman, Pengarah Urusan, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

“Shell Nationwide Survey 2013 yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa 93% daripada responden tinjauan tersebut ingin mendapatkan lebih banyak maklumat tentang petua penjimatan minyak. Di Shell, kami komited untuk menggalakkan penggunaan minyak dengan cekap dan mobiliti yang lebih bijak untuk semua.” 


Shell FuelSave 95 direka agar dapat digunakan lebih lama. Semuanya adalah hasil kesungguhan dan kepakaran pasukan saintis minyak Shell yang berdedikasi dan usaha mereka ini telah berjaya menghasilkan minyak yang lebih baik untuk pemandu dan kereta masing-masing. 


So bagaimana nak dapatkan cuci kereta secara PERCUMA ni?

Mudah je

1. Korang kena ke Shine Shine dan CARs International di mana-mana outlet yang terletak di pasar raya terkenal macam Giant, Jusco di Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Seremban dan Lembah Klang

2. Cuma di hujung minggu sahaja – Sabtu dan Ahad

3. Dari 25th Oktober – 17th November 2013

Lepas tuh,

Bagitau korang nak consultation pasal Petua Shell FuelSave daripada duta Shell FuelSave secara PERCUMA. Barulah dapat cuci kereta secara PERCUMA ye.


Minggu ni sempat lagi ni kalau nak cuba, mana tau kot-kot boleh terjumpa plak dengan DUTA Shell FuelSave. Alah si Fahrin Ahmad tu lah. Aku tau dia kat mane....

hehehehehe... rahsia ye...

Monday, October 28, 2013

Shell FuelSave Challenge 2013 & 13 Shell FuelSave Tips

Hi Korang,


Dah 4 tahun event Shell FuelSave Challenge ni, tapi ni baru first time aku dapat pergi kan.


Final challenge ni di adakan di The Saujana Hotel, Subang.

3 peserta terakhir mewakli zone utara, zon selatan dan zon tengah. Masa aku sampi tuh, diorang baru je berlepas untuk menjalankan challenge. Ala tak sempat plak kan nak tengok acara perlepasan.


Sementara nak tunggu diaorang ni balik, aku pergilah mencuba bebeberapa aktiviti yang team Shell telah sediakan.





So sambil mai-main tu, dapat jugak beberapa tips untuk menjimatkan petrol kereta kan kan.



Kemudian, ktorang ada briefing plak dengan Fahrin Ahmad alah pelakon comey tu. Dia kan Duta Shell FuelSave ni. Rupanya team Shell menghantar beliau ke German semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik pemanduan bagi penjimatan minyak yang betul. Hah ko memacam lah dia citer, sampai dapat gak tips yang tidak di sangka ye.

Kejap je masa berlalu, tup tap tup tap..



Rupanya 3 peserta akhir untuk Shell FuelSave Challenge 2013 ni dah pun sampai ke hotel Holiday Inn. Bukan main meriah lagi sambutan tau. Memang havoc sangat, biasalah penyokong kuat bagi setiap peserta kan.

Memang seronok wei.

Ok ok acara penyampaian hadiaH pun bermula.



Ada sedikit speech dari Tuan Hj Azman Ismail, Managing Director of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and Shell Timur Sdn Bhd. Katanya mudah sahaja mengamalkan penggunaan bahan api yang effisien dan Shell begitu komited untuk memastikan para penggunanya bijak menggunakan petrol sebaik mungkin.



Lepas tu ada sketsa sket mengenai Shell FuelSave Tips ni. Lakonan DJ Adi (Era FM) dan Fan (My FM). Adoi yay, tergelak-gelak semua orang dalam hall ni. Memang sangat kelakar. Tapi dalam gelak ketawa tu terselit gak info kan macam

1. Plan Setiap Perjalanan
Macam jalan mana nak lalu, kalau kita dah boleh agak jalan jem kat mana, parking senang kat mana kan semua tu dapat menjimat petrol kereta kita. Tak delah kita terpusing sana sini.

2. Elakkan Membawa Muatan Berlebihan
Orang pompuan cam kita-kita ni, kalau bukak bonet kereta tu memang berlambak kasut dah macam kat rumah. Aku sendiri pun at least ada 5 pasang kasut dalam bonet untuk standby kalau ada event. Salah tu ye, kita kena kurangkan isi bebanan dalam kereta kita especially golf set, kasut, barang tak penting kan.

Itu baru 2 sketsa yang diorang lakonkan. Kalau semua sekali 13 tips, mak oi memang terus pecah perut di buatnya.

Now acara yang di nanti kan, keputusan bagi Shell FuelSave Challenge 2013


Tempat pertama - Grand Prize RM20,000 dan trofi
Amirul Fadzil (Central Region)

Tempat kedua - RM2,000
Phoon Kai Chiew (Northern Region)

Tempat ketiga - RM2,000
Lim Ser Jeng (Southern Region)


Ketiga-tiga peserta menggunakan laluan yang ditetapkan 120 kilometer dalam Hyundai-Inokom Elantra 1.8 Premium automatik. Amirul berjaya menggunakan 1 litre Shell FuelSave petrol untuk 23.48km. Fantastik kan.


Mehlah aku kongsikan secara ringkas Shell FuelSave Tips untuk korang ye

1. Use the correct motor oil for servicing
2. Keep your tyres at the right pressure
3. Drive smoothly
4. Use higher gears and avoid over revving
5. Use cruise control
6. Avoid high speeds
7. Use air conditioning sparingly
8. Plan trips carefully and avoid the rush hour
9. Avoid carring excess weight
10. Take the roof rack off
11. Fuel matters
12. Tune and service your engine and follow the guidance in your vehicle handbook.
13. Conserve momentum and keep your distance

Banyak dah ni ek.


Nanti aku akan elobrate lagi 13 penjimatan petrol ni dalam entry akan datang ye. Kalau citer semua kat sini takut korang plak muak nak membaca kan.


Apa pun tahniah aku ucapkan kepada para pemenang untuk Shell FuelSave Challenge 2013 ni. Rasanya untuk tahun depan cam aku plak nak join kan.

Thank you Shell for this special invite, memang bagus tips penjagaan kereta dan jimat minyak ni. By the way, korang kalau nak kongsikan tips pun bolehlah komen kat sini ek. Nanti aku akan inclulde untuk entry akan datang.