Showing posts with label kasut Bata. Show all posts
Showing posts with label kasut Bata. Show all posts

Friday, June 1, 2018

Membeli Belah Kasut 'Raya Collection 2018' Di BATA

Hi Korang, 

Jenama BATA, siapa tak kenal?? Meh sini kak lily sekel kepala dia ek. Hidup zaman apa korang ni kan sampai Bata pun kat kenal, even Perdana Menteri kita Tun M pun pakai selipar Bata tau, walaupun harganya hanya RM11.99. 

Hah, kagum kan !!! 

Kalau kita selesa bila sarung, apa jenis jenama pun ok kan janji lembut je bila di buat berjalan, takdelah tumit sakit sampai nak kena pi berurut bagai. 

Ni kak lily nak bagitau ni sempena Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Bata memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu ‘Hari Raya 2018 Collection’ yang menawarkan pelbagai jenis kasut samada kasut tinggi, sandal, wedges, kasut kulit bagi lelaki dan juga koleksi kasut kanak-kanak. 


Kebetulan hari tuh tak de buat apa sangat so kak lily ke Bata KLCC untuk mencari kasut raya lah, eleh sebenarnya memang tak plan pun sampai lepak-lepak nak tunggu Mr Big so masukkan ke Bata KLCC ni. 








Memang macam-macam jenis kasut ada tak kira tua mahupun muda, terpulang pada individu yang pilih yang mana satu kan. Haruslah kak lily cuba yang mana berkenan di hati, di sebabkan terlampau banyak sangat yang di minatnya so kak lily hadkan kepada beberapa kasut ek. 

Di antara kasut yang terdapat di 'Raya Collection 2018' adalah:-





Sudahnya kak lily memilih yang ini 


Ermm cantikkan, itulah kena dengan baju raya yang kak lily dah beli hari tuh. 

Personally kak lily memilih kasut wedges ini kerana tahap ketinggian kasut yang bersesuaian dengan berat badan kak lily, designnya yang simple, dan warnanya sepadan dengan baju raya kak lily serta boleh di suai padan dengan warna-warna baju yang lelain dan boleh di pakai tak kira apa juga majlis tau. 

Bagi kak lily harga kasut-kasut di kedai Bata ni tak delah mahal mana pun, berpatutan dan berbaloi kena dengan kualiti yang di berikan. Lagipun sokonglah sket produk buatan negara kita yang tercinta ni kan...

Eh lupa kak lily nak bagitau ni yang sekarang ni Bata ada promosi untuk Raya tau. 


Dari 18 Mei 2018 ke atas, korang berbelanja RM149 di dalam satu resit dank orang korang boleh mendapat RM25 diskaun voucher dan satu (1) Marie Claire wristlet secara PERCUMA tau. 

Best tuhhh 

Kita juga boleh dapatkan barangan Bata secara online di www.bata.com.my


Jom LIKE dan FOLLOW Bata di Media Sosial:- 

INSTAGRAM: 

FACEBOOK: