Showing posts with label jualan hari raya. Show all posts
Showing posts with label jualan hari raya. Show all posts

Thursday, June 9, 2016

The Mines Celebrity Fest Sempena Ramadhan AI-Mubarak and Hari Raya Aidilfitri

Hi Korang, 


Buat julung kalinya bersempena dengan sambutan Ramadhan AI-Mubarak and Hari Raya Aidilfitri, The Mines Shopping Mall ("The Mines") dengan kerjasama OMGFest akan menganjurkan acara "The Mines Celebrity Fest" pada 25 and 26 Jun 2016 bertempat di Ruang Legar Utama (Centre Court), Tingkat 3, The Mines Shopping Mall dari jam 10 pagi hingga to 10 malam.



Acara "The Mines Celebrity Fest" ini akan membawa seramai 10 artist yang terdiri daripada penyanyi mahupun pelakon bersama-sama di bawah satu bumbung untuk mempromosikan produk-produk hasil tangan mereka sendiri, menawarkan harga yang jauh lebih murah dari pasaran sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang di samping menghiburkan para peminat. Antara artis-artis ternama yang akan turut serta ialah Erry Putra, Arja Lee, Nas Adilla, Aliff AF 6, Khai & Rosma dan ramai lagi. 

Pelbagai jenis produk yang akan dijual terutamanya untuk persiapan hari Raya Aidilfitri seperti tudung, jubah wanita & lelaki dan lain-lain. Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan selama 2 hari acara seperti pertunjukkan pentas oleh artis, pertunjukkan fasyen, tutorial dan juga demo eksklusif untuk para pengunjung.


Cik Paulin Lim, Pengurus Sahagian Pemasaran, The Mines, berkata, "Tujuan mengadakan "The Mines Celebrity Fest" ini adalah untuk mempromosikan produk-produk hasil tangan atau ilham artis-artis ini yang telah lama berkecimpung di dalam bidang seni. Disamping itu, acara ini juga bertujuan mempromiskan The Mines, sebuah pusat membeli belah yang amat sesuai untuk setiap peringkat umur untuk datang membeli belah sambil beriadah. Kami berharap agar datang bersama-sama untuk memeriahkan acara ini sambil berhibur dengan artis-artis terkenal".




Selain itu, bermula dari 13 Jun 2016 (lsnin) hingga 10 Julai 2016 (Ahad), pengunjung dengan pembelian RM200 ke atas (gabungan maksimum 2 resit pada hari yang sama), anda boleh mendapatkan kusyen esklusif dari SPOTLIGHT disertai dengan set sampul raya. Penebusan menerima resit dari semua kedai. 

Dengan pembelian RM300 ke atas (gabungan maksimum 3 resit pada hari yang sama), anda boleh mendapatkan kotak perhiasan eksklusif disertai dengan set sampul Raya. Penebusan hanya menerima resit dari kedai fesyen sahaja. 

Kedua-dua penebusan akan berlangsung at Kaunter lnformasi bertempat di Tingkat 3 dengan satu penebusan sehari untuk setiap pembeli. Sementara stok masih ada.


Disamping itu, pengunjung boleh juga menyaksikan persembahan tarian oleh artist berbakat sempena sambutan Ramadhan yang diaturkan khas oleh The Mines kepada para pengunjung:-



Acara
Tarikh & Masa
Tempat

Persembahan  Angklung

22 Jun 2016 (Rabu), 
3 petang
West Court, Tingkat 3
Pertunjukan Sekitar
Arabian
3 & 9 Julai 2016 (Ahad & Sabtu), 3 petang
Sekitar Pusat
Membeli-belah
Tarian Arabian
6 & 7 Julai 2016 (Rabu & Khamis), 3 petang
Centre Court, Tingkat 3




Untuk maklumat lanjut, 
hubungi Kaunter lnformasi di talian 03-8949 6333 atau kunjungi website kami di www.the-mines.com.my dan Facebook di www.facebook.com/theminesshoppingmall.