Showing posts with label interior design. Show all posts
Showing posts with label interior design. Show all posts

Tuesday, May 31, 2016

Bandar Rimbayu Happy Family Day 2016

Hi Korang,



Ingat tak aku pernah ke Bandar Rimbayu di Teluk Panglima Garang Banting 2-3 bulan yang lepas kan? Alah yang pi tengok rumah contoh IJM Land ni kan. So kali ni aku pi lagi sebab ada Happy Family Day 2016.

Masa dulu pergi rasa cam jauh je, hari tu aku pi rasa sekejap je sebab dah tau tempat kan jadi awal aku sampai. Orang suruh datang 10.30pagi aku kul 10pagi dah sampai, ermm bersemangat waja sungguh.




Sesampai je, orang dah mula ramai.


Ada yang sibuk masuk ke The Gallery untuk tengok tapak-tapak rumah untuk dibeli, ada yang bawak anak-anak masuk 5D motion movies, main Zorb ball, shopping kat flea market dan ada jugak yang sibuk beli makanan kat FnB Station.














Memacam ada lah..


Aku ni tak de apa tujuan so jejalan terus je tempat voting interior design tu ek

Kali ini, IJM LAND mempersembahkan iLDA 2016(IJM LAND Designer Award 2016) di Penduline showrooms di Bandar Rimbayu. Ada 2 designed showrooms yang unik yang disediakan oleh 2 peserta dan orang ramai akan memilih secara undian.


Wah hebat jugak kita-kita rakyat marhaen jadi juri ek hehehhe



Sebelum masuk ke showroom, kenalah mendaftarkan diri untuk dapatkan token undian. Alah isi contact details je bukannya kena jawab soalan 101 interior design scheme pun. Dah siap register, jom kita pi tengok umah.

Showroom A






Showroom A merupakan rumah double storey linked 3 bilik yang aku rasa sangat cool dan trendy rekaannya.

Showroom B









Manakala Showroom B merupakan rumah double storey linked 4 bilik dan 3 bilik air yang designnya modern dan simple.

Kedua-dua finalist ni diberikan budget RM150,000 setiap sorang yang ditaja oleh Platinum Sponsors Signature Kitchen Sdn Bhd dan Urban Culture by Fella Group as well as Gold Sponsors Philips Malaysia Sdn Bhd, Jotun Paints (M) Sdn Bhd serta Inovar Resources Sdn Bhd untuk menukarkan daripada ruang kosong kepada sesuatu yang lebih menarik dan cantik.


Aku vote yang mana ek?
Of courselah Showroom A sebab aku suka rekaannya especially partition di antara living hall dan kitchen.. its so cool.


Abis je voting session tuh, aku pun apa lagi mengenjoykan diri dengan aktiviti yang disediakan kat event ni. Tengok 5D motion movies, pekena urut-urut badan sket dan shoppingggg

Apa pun terima kasih kat Bandar Rimbayu kerana sudi menjemput aku sekali lagi ke event kekeluargaan yang best ni. Semua orang boleh enjoy!


IJM LAND’s Bandar Rimbayu Happy Family Day

Date: 
28 and 29 May 2016

Time: 
10am to 5pm

Venue: 
Bandar Rimbayu Show Gallery Address:
No.1, Jalan Flora 3
Bandar Rimbayu
42500, Teluk Panglima Garang
Selangor

Untuk info lanjut,
call them at 1700 81 8686